Malaysia Tanah Tumpah Darah Kami

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setelah mengembara ceruk rantau merata dunia antaranya kembara Eropah, kembara New Zealand, kembara Palestin dan kembara Turki aku sangat bersyukur dipilih oleh ALLAH untuk dilahirkan di Tanah Tumpah Darahku, MALAYSIA yang terlalu banyak tempat menarik.

Hari Malaysia

Di tanah bertuah inilah aku dilahirkan di sebuah rumah usang di dalam kebun getah di kampung yang jauh pendalaman tanpa kemudahan asas, mandi air perigi, berlampukan pelita minyak tanah dan masak dapur kayu api. Hari ini segalanya sudah berubah kampung tersebut dilengkapi dengan berbagai kemudahan asas cuma semakin sepi kerana anak-anak kampung ramai yang berhijrah ke bandar mengejar rezeki.

Di tanah tercinta inilah aku menuntut ilmu berjalan kaki di jalan tanah merah berdebu menuju ke sekolah rendah yang jaraknya empat batu dari rumah. Alhamdulillah dengan kuota anak kampung pendalaman aku berjaya melanjutkan pelajaran sekolah menengah di sebuah sekolah berasrama penuh meninggalkan keluarga buat pertama kali. Menjadi seorang murid yang sederhana pandai aku terpilih untuk melanjutkan pelajaran keluar negara tetapi memilih untuk belajar di universiti tempatan. Menjadi kumpulan pelajar pertama yang tidak mendapat biasiswa yang ditukar kepada pinjaman tetapi alhamdulillah berkat usaha dapat juga diskaun bayaran balik pinjaman sebanyak 75%.

Di tanah penuh berkat inilah aku mencari rezeki setelah tamat pengajian dengan memulakan pekerjaan sebagai pembantu penyelidik di universiti tempat aku belajar. Mungkin bukan rezeki aku disitu akhirnya aku terpaksa berhijrah penjadi eksekutif pemasaran di sebuah syarikat Ali Baba. Walaupun hanya setahun bekerja tetapi di syarikat ini aku diberi peluang untuk keluar negara buat kali pertama iaitu bercuti di Pulau Phuket. Demi untuk berbakti kepada masyarakat aku berhijrah bekerja ke Jabatan Kerajaan selama enam tahun sebelum berhijrah ke Badan Berkanun selama tiga tahun. Dunia pekerjaan terakhir aku adalah bekerja dengan syarikat konglomerat yang terkenal merata dunia selama lebih kurang tiga tahun. Segala ilmu dan pengalaman gerih perih selama aku berkerja lebih 14 tahun aku gunakan untuk berniaga sendiri. Rupanya berniaga sendiri indah khabar dari rupa, lebih teruk dari aku sangkakan terpaksa kerja siang malam untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga. Dulu semasa bekerja paling malas bekerja cukup bulan pasti anda gaji yang masuk ke dalam akaun.

Malaysia negara tercinta

Di sinilah lahirnya sebuah cinta apabila aku berkahwin dengan isteri pada usia 25 tahun setelah gagal dengan beberapa cinta monyet. Kami melalui berbagai pengalaman susah susah susah senang hidup bersuami isteri sehingga lahir enam orang cahaya mata dengan seorang telah dijemput ALLAH lebih awal. Bertahun-tahun isteri dan anak ditinggalkan di rumah kekadang berjumpa beberapa jam sahaja sehari itupun di kala malam waktu tidur, tanpa ada hari minggu seperti keluarga yang lain demi mencari kesenangan. Pernah juga akau merantau di negara orang meninggalkan keluarga bertahun-tahun demi mengejar cita-cita untuk menjadi insan berjaya. Tetapi itu semua sudah menjadi sebuah kenangan dan pengalaman yang terlalu mahal nialinya.

Tiada apa yang nak aku banggakan dengan prestasi kehidupan setakat ini selagi belum dapat membalas jasa kepada Tanah Tumpah Darahku yang telah banyak berjasa memberi berbagai peluang kehidupan kerana semua itu belum pasti ada di negara-negara yang lain. Semuga aku, keluarga, anak, cucu, cicit dan keturunan aku sehingga hari kiamat bakal menjadi manusia yang sentiasa berbakti bukan sahaja kepada Tanah Tumpah Darah kami, Malaysia malahan memberi manafaat kepada seluruh alam.

Pernah dulu ku fikirkan, Tanpa Malaysia tak mengapa, Bila aku pergi jauh baru ku rasakan, Sunyinya di hati, Baru kini ku tahu, Nilai cintamu … Malaysia.

Luahkan perasaan anda untuk bumi bertuah … Malaysia Tanah Tumpah Darah Kita …. wangian yang hilang di Timur jauh.


Spread the love

620 Comments

  1. Memang pengalaman banyak mendewasakan kita.
    Semakin meningkat umur kita, kita akan semakin menghargai apa yang kita ada sekarang. Susah payah dan pahit maung yang kita lalui dulu meletakkan di mana kita sekarang.
    Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
    Saya Sayang Malaysia.
    Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Kerana Seringgit Manusia BiadapMy Profile

    1. Siapa yang tak bangga dengan negara sendiri kan? Di sebalik perit jerih pejuang terdahulu, kita sekarang mampu tidur lena tanpa sengketa.

      Semoga keamanan yang kita kecapi hari ni, dapat juga di kecapi oleh keturunan kita yang akan datang. Insyaallah.
      Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Kerana Seringgit Manusia BiadapMy Profile

      1. Itulah hakikat negara kita. Memang kita bersyukur, negara kita maju, aman dan dan sebagainya. Tapi di sebalik keamanan dqn kemajuan yang kita kecapi masih ada lagi golongan yang benar-benar susah yang terpinggir daripada apa-apa bantuan.

        Semoga pihak yang terlibat melihat perkara ni dengan lebih serius.
        Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review Blog Mereka.My Profile

      2. dalam persimpangan dilema juga isu seperti ini bro…antara usaha kita memajukan diri sendiri dan keprihatinan kerajaan dalam membantu rakyat…cara yang bagaiman sepatutnya kerajaan buat agar tiada lagi golongan miskin di negara ini..adakah dengan berikan ikan tau beri batang kail…dipihak rakyat pula..dah kaya raya..tapi tidak pula terdetik hati nak bantu sesama sendiri…anggaplah itu sebagai salah satu jas akita kepada negara dengan menbantu sesama rakyat Malaysia
        Curahan rasa blogger lelaki @ ..Hujan Emas Hujan BatuMy Profile

      3. Ya Allah kesiannya… ramai lagi mereka yang susah tanpa kita ketahuikan… 16 september lalu juga saya mendengar cerita seorang kanak-kanak berumur 5 tahun jual kuih jalan kaki 5, 6 km sehari dari rumah dia… haduii… kesian… mak dia kata kalau kuih tak habis dia tak boleh pergi tengok ayahnya kat hospital… susah yang amat keluarganya tuk mencari sesuap nasi…
        Curahan rasa Putributterfly Punyablog @ ..Cabaran Kedua Iphone 5sMy Profile

        1. manalah tahu suatu hari nanti..bro Denai Hati akan terbitkan buku biografi dan kisah hidupnya dalam sebuah buku…aku pasti ada banyak cerita dan kisah yang bro DH nak kongsikan,,,terutama dalam memberi kesedaran kepada masyarakat
          Curahan rasa blogger lelaki @ ..Kena Tampar Dengan CikguMy Profile

    1. Saya masih lagi belum kesempatan untuk lihat negara luar. Negara sendiri pun masih banyak keunikkan yang belum dijelajahi. Malaysia negara yang unik, itu sebab ada rakyat negara luar juga cintakan Malaysia ini, dan ambil keputusan untuk menetap, malah ada yang ambil kerakyatan pun.
      Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Bisnes Dari RumahMy Profile

      1. samalah bro..aku pun belum ada kesempatan nak mengembara ke luar negara..(setakat pergi sempadan siam tu apalah sangat tak diambil kira)…naik kapal terbang pun belum pernah…cuma tumpang baca dan ambil iktibar daripada penulisan seperti blog Denai Hati untuk kenal negara orang dan bandingkan dengan negara sendiri
        Curahan rasa blogger lelaki @ ..Hujan Emas Hujan BatuMy Profile

      2. saya ada kawan, nenek moyangnya org indonesia. malah bangsanya pun asal bangsa indonesia. bila dah lama menetap di sini mereka ambil kerakyatan malaysia. anak2 mereka, iaitu kawan saya ni sangat bijak dalam pelajaran
        Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Kristal MayaMy Profile

  2. nak berjaya mmg susah 🙂 perlu usaha yang bersungguh sungguh. apatah lagi dulu susah. sekarang nak apa? semua ada depan mata. Malaysia sekarang banyak kemudahan daripada dulu. saya , awak, dia, kami, mereka, kita dan semua orang malaysia sayang malaysia sbb disini lahirnya sebuah cinta 😀

  3. pengalaman dok kat negara org mmg menginsafkan. Kenapa kalu korang tengok aku ni kalu kat FB tu cool jer. jarang sgt komen sesuatu isu hangat. Bukan sbb malas nak komen, tp aku rasa walaupun negara ni tak perfect, tp aku bersyukur jadi rakyat negara ni. Yup, perlu penambah baikan dari masa ke semasa. itu perlu. Negara yg aku pernah tinggal dulu, top 10 negara paling susah kat dunia. Hazab! Kalu compare org paling susah kat malaysia, takde yg sesusah diaorg. Org malaysia takde tido kat tepi jalan berdindingkan kotak kertas bawah suhu 10 celcius. org susah pun ada rumah (kecuali org gelandangan) itu pun dapat bantuan makan ape bagai. So diaorg pun sedikit sebanyak bersyukur. Life mmg hard kat negara tu. kat negara tu, kalu korang lahir OKU lagi lah family buang terus. kat sini org OKU kita hargai dan sayang. Orang miskin kita bantu mana termampu. So mmg kadang2 tengok life tak adil. Tp hakikatnya diaorg bangga jadi rakyat negara tu, dan bersyukur atas rezeki yg diaorg ada.. Kita pula macam mana? 🙂
    Curahan rasa cheramiche @ ..Augmented Reality Hunt 2014My Profile

    1. Tak dinafikan Malaysia lebih baik berbanding negara2 membangun yang lain..namun kita perlu sentiasa maju ke hadapan dan berani menegur segelintir pemimpin dan kerajaan yang kadang-kala bagaikan nak merosak keharmonian dan kemajuan yang telah dikecapi selama ini..bukannya nak menambah baik..
      Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari MalaysiaMy Profile

  4. Ya rasa bertuah lahir di Malaysia. Lagi-lagi saya yang lahir selepas merdeka. Tak rasa hidup susah orang-orang sebelum merdeka. Alhamdulillah. Moga keamanan ini akan tereus kekal dan moga keamanan yang dirasa ini tidak menjadi sebab untuk terus lupa kepada pejuang-pejuang terdahulu serta saudara seislam kita yang ditindas.
    Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Layak ke cabaran seterusnyaMy Profile

    1. syukur sangat pada hari ini..anak aku tidak rasai seperti yang kita lalui semasa kecil dulu..Malaysia dah banyak berubah dan maju…kini anak aku membesar dalam rumah batu..aku dullu pernah merasa tinggal dalam rumah buluh dan rumah kayu…itu yang buat kita gusar sebab anak kita tak pernah merasa susah…bagi aku mereka akan suakr untuk kenal erti menghargai kesenangan yang dinikmato sekarang
      Curahan rasa blogger lelaki @ ..Hujan Emas Hujan BatuMy Profile

    1. kisah hidup bro DH bagaimana dia cuba gambarkan walau susah..walau senang..Malaysia tetap dihati…disinilah bumi yang membesarkan kita..dilangit ini membekal udara buat kita..jadi tiada slaahnya kita berbangga dilahirkan di bumi bertuah ini..bumi Malaysia.
      Curahan rasa blogger lelaki @ ..Hujan Emas Hujan BatuMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!