Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada hari Jumaat lepas Team Denaihati telah ke majlis Soft Launch Malaysia Social Media Week (MSMW 2013). Ramai juga yang datang hari tu. Sebut tentang Malaysia Social Media Week, acara ni pernah diadakan pada awal tahun 2012. Mesti rakan blogger masih ingat lagi. Blog Denaihati.com telah berjaya menang pertandingan antara blog di Malaysia dalam kategori ‘Best of The Best Blog of The Year‘. Semua atas jasa baik Rakan Denaihati yang sudi vote dan memberi sokongan. Terima kasih banyak-banyak.
Kali ni MSMW diadakan lagi untuk tahun 2013. Jom kita tengok apa yang menarik di majlis pra-pelancaran Malaysian Social Media Week 2013.
Setelah selamat sampai di Berjaya Times Square di mana MSMW 2013 Soft Launch diadakan, ternampak ada badut tinggi sedang memegang belon berbentuk pedang, bentuk ‘hati’ dan banyak lagi. Belon tu diikat oleh badut tu dan kemudian diberi kepada kanak-kanak dan orang ramai yang hadir. Ada juga yang mengambil kesempatan bergambar dengan badut berambut kuning tu.
Sementara menunggu kehadiran tetamu undangan yang akan merasmikan majlis pelancaran MSMW 2013, bermacam-macam acara diadakan seperti persembahan nyanyian daripada live band, flashmob Gangnam Style, acara “Money Chamber” yang menawarkan hadiah berupa wang tunai sebanyak RM600 dan macam-macam lagi.
MSMW 2013 Soft Launch telah dirasmikan oleh YB Khairy Jamaluddin. Turut bersama dalam acara perasmian adalah artis Altimet, Sasi The Don dan juga partners yang terlibat dalam menjayakan Malaysia Social Media Week (MSMW) 2013.
MSMW 2013 akan berlangsung dari 26 Feruari hingga 3 Mac 2013. Selain tu turut diadakan Social Media Summit dan juga Social Media Awards. Tak pasti untuk Social Media Awards dah boleh calonkan blog atau belum. Tapi nampak macam dah ada pencalonan awal blog yang akan bertanding tahun 2013. Antara kategori yang akan dipertandingkan ialah Favourite Lifestyle Blog, Favourite Gadgets Blog, Favourite Travel Blog, Favourite Business Blog, Favourite Photography Blog dan banyak lagi.
Senarai Pemenang Anugerah MSMW 2012.
Maklumat lanjut boleh lihat di laman web rasmi MSMW 2013.
Untuk mendaftar sebagai calon sila Borang Pencalonan.
Like Facebook MSMW 2013
Follow Twitter @MSMW_2013
91 Comments
seronok tengok gambar gambar di atas..
mesti gembira tak terkata bila tuan DH menang Blog of the year..
untuk 2013 ni MB dah daftar dah..cuma tunggu approval dari pihak MSMW2013…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Misi Durian Crepe
malas dah nak calonkan blog sendiri…hehehe
Curahan rasa yas @ ..Penjelasan Rosyam Noor Dan Ucapan Pierre Andre ASK2012
Bila DH masuk nanti, pasti ramai rakan2 semua vote tuan punya Denaihati.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..iphone 5 Gadget Impian
Jadikan MSMW 2013, tahun yg paling ramai mengambil bahagian, bolehlah menguji di mana kedudukan blog kita bila diundi di sini
Curahan rasa sensasi2020 @ ..iphone 5 Gadget Impian
Pasti lebih meriah lagi drp tahun lepas.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..iphone 5 Gadget Impian
Mana-mana blog rakan2 kita yg masuk, bolehlah sama2 vote buat mereka. Jangan lupa Blog DH begitu juga.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..iphone 5 Gadget Impian
semoga blog DH mendapat ramai undian nanti..
Curahan rasa donnyien @ ..Rahsia hidup bahagia Part 1
i was there! Ruginye xjumpe..huwaaaa~
Curahan rasa luqmanzakaria @ ..Citer Dongeng tapi betul Versi Melaka
aku cuma harap lebih ramai blog orang kita menang.
Curahan rasa titan @ ..Masalah malware inteliconcept.com
harap DH masuk dan MENANG 😀
Curahan rasa Ekspresi Ruang @ ..Ekspresi Ruang: Payungan Awan Di Lembah Himalaya Pakistan
dh turut mencalonkan diri juga?
Curahan rasa onlajer @ ..Awal Tahun Di Madinah Al Munawaroh
wah tak sabar … DH pasti menjadi fevret
Curahan rasa Zarul Umbrella @ ..Cabaran Six Pack Semakin Hampir Ke Kemuncak
Bro mesti daftar sebab ada katogeri khas utk bro tu … kami sokong
Tetap akan sokong DH
Curahan rasa Razifredz @ ..Rindu …
event yang luar biasa nii, sangat hebat mas denaihati
Curahan rasa fahmy @ ..Cara Alami Mengobati Bisul
InsyaAllah akan sentiasa memberikan sokongan
Curahan rasa Orang Kampung @ ..10 Tips Belanjawan Harian
Comments are closed.