Arsenal vs Fulham EPL 2012/13 Week #11

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, menentang FC Schalke 04 memang mendebarkan. Arsenal mendahului 2 – 0 melalui jaringan Walcott dan Giroud tetapi tak mampu bertahan dengan serangan bertali arus dari pemain-pemain FC Schalke 04. Pemainan yang racak berakhir dengan keputusan seri 2 – 2. Kedudukan untuk kumpulan B masih terbuka kepada FC Schalke 04, Arsenal dan Olympiakos untuk layak kepusingan kalah mati Champions League 2012/13.

Arsenal vs Fulham

Kehebatan Walcott sejak kebelakangan ini sangat menguja Arsenal Fan tetapi isu kontrak masih membelenggu. Pengurusan Arsenal masih belum mendapat kata putus dari Walcott untuk menyambung kontrak yang akan tamat hujung musim ini. Arsenal mesti berusaha untuk mengekalkan Walcott kerana kemampuan skil pemainan yang bagus dan usia yang masih muda boleh membantu Arsenal menjuari piala.

Arsenal vs Fulham

Arsenal masih lagi bertahan dalam Capital One Cup dan Champions League untuk memberi peluang menjulang piala yang telah lama diidam-idamkan oleh Arsenal Fan. Secara peribadi aku tak kisah pun samada Arsenal menjulang piala atau tidak yang penting prestasi yang baik dan syarikat tak rugi berjuta-juta ringgit. Bola Sepak adalah perniagaan kalau banyak menjulang piala tapi rekod kewangan buruk pun tak bagus juga.

Arsenal vs Fulham

Untuk EPL 2012/13 Arsenal masih berpeluang untuk jadi top 3 kerana beza mata tidaklah begitu jauh dan perlawanan masih banyak lagi. Hari ini mungkin kelihatan Manchester United terlalu kuat tetapi selepas tahun baru macam-macam boleh terjadi. Tidak mustahil kepenatan dan kecederaan selepas boxing day akan mengugat prestasi pasukan seperti yang berlaku kepada Tottenham masa musim lalu.

EPL 2012/13 Week #11 Arsenal akan menanti kedatangan Fulham. Arsenal vs Fulham adalah perlawanan penting kepada kedua-dua pasukan. Arsenal mesti menang perlawanan ini untuk masukan dalam ranking top 5.

Keputusan Arsenal vs Fulham : 3 – 3

Live Arsenal vs Fulham @ Astro Supersport 832 tarikh 10/11/12 jam 11.00 pm waktu Malaysia.

Live Streaming Arsenal vs Fulham @ Goal.com.

Live di Stadium Twitter dengan hashtag #Arsenal

KEPUTUSAN EPL 2012/13 WEEK #11

Everton vs Sunderland : 2 – 1

Wigan vs West Brow : 1 – 2

Reading vs Norwich : 0 – 0

Southampton vs Swansea : 1 – 1

Stoke City vs QPR : 1 – 0

Aston Villa vs Manchester United : 2 – 3

Manchester City vs Tottenham : 2 – 1

Newcastle vs West Ham : 0 – 1

Chelsea vs Liverpool : 1 – 0

89 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!