Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada hari Jumaat lepas Team Denaihati telah ke majlis Soft Launch Malaysia Social Media Week (MSMW 2013). Ramai juga yang datang hari tu. Sebut tentang Malaysia Social Media Week, acara ni pernah diadakan pada awal tahun 2012. Mesti rakan blogger masih ingat lagi. Blog Denaihati.com telah berjaya menang pertandingan antara blog di Malaysia dalam kategori ‘Best of The Best Blog of The Year‘. Semua atas jasa baik Rakan Denaihati yang sudi vote dan memberi sokongan. Terima kasih banyak-banyak.
Kali ni MSMW diadakan lagi untuk tahun 2013. Jom kita tengok apa yang menarik di majlis pra-pelancaran Malaysian Social Media Week 2013.
Setelah selamat sampai di Berjaya Times Square di mana MSMW 2013 Soft Launch diadakan, ternampak ada badut tinggi sedang memegang belon berbentuk pedang, bentuk ‘hati’ dan banyak lagi. Belon tu diikat oleh badut tu dan kemudian diberi kepada kanak-kanak dan orang ramai yang hadir. Ada juga yang mengambil kesempatan bergambar dengan badut berambut kuning tu.
Sementara menunggu kehadiran tetamu undangan yang akan merasmikan majlis pelancaran MSMW 2013, bermacam-macam acara diadakan seperti persembahan nyanyian daripada live band, flashmob Gangnam Style, acara “Money Chamber” yang menawarkan hadiah berupa wang tunai sebanyak RM600 dan macam-macam lagi.
MSMW 2013 Soft Launch telah dirasmikan oleh YB Khairy Jamaluddin. Turut bersama dalam acara perasmian adalah artis Altimet, Sasi The Don dan juga partners yang terlibat dalam menjayakan Malaysia Social Media Week (MSMW) 2013.
MSMW 2013 akan berlangsung dari 26 Feruari hingga 3 Mac 2013. Selain tu turut diadakan Social Media Summit dan juga Social Media Awards. Tak pasti untuk Social Media Awards dah boleh calonkan blog atau belum. Tapi nampak macam dah ada pencalonan awal blog yang akan bertanding tahun 2013. Antara kategori yang akan dipertandingkan ialah Favourite Lifestyle Blog, Favourite Gadgets Blog, Favourite Travel Blog, Favourite Business Blog, Favourite Photography Blog dan banyak lagi.
Senarai Pemenang Anugerah MSMW 2012.
Maklumat lanjut boleh lihat di laman web rasmi MSMW 2013.
Untuk mendaftar sebagai calon sila Borang Pencalonan.
Like Facebook MSMW 2013
Follow Twitter @MSMW_2013
91 Comments
seronok pergi event mcm ni..meriah..semoga blog denaihati menang lg thn depan..amin..
Curahan rasa cik tom @ ..3 Blog Pilihan Terbaik
dapat beri sokongan dari jauh dan saya akan turut memberi sokongan kepada rakan-rakan blogger yang turut serta nanti
Curahan rasa wazy @ ..Warkah November
All the best bro! 🙂
Curahan rasa Faris Al-Muhandisu @ ..Kontroversi Lawak Rosyam Nor dalam ASK 2012
Kegiatan yang banyak diminati para blogger ini
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Tahap Perkembangan Anak
wahhhh cam best je…xdpt nk pergi aritu..
Curahan rasa anisa @ ..Burn 200 Calories Gangnam Style!!
sha sokong dari jauh aje lahh hohoho
Curahan rasa sha @ ..iPhone 5 gadget impian
Kembali lagi…Pendaftaran sudah dibuka..
Curahan rasa Mummy Akmar @ ..iPhone 5 Gadget IMPIAN
Medium meningkatkan potensi
Curahan rasa fmtt @ ..Kenduri: Biasakan Yang Sepatutnya
wah.. dah keluar..
dah boleh mula melobi…
Curahan rasa hisham @ ..Harga Tayar Malaysia Terikini 2012
Teringin juga nak mendaftar. Tapi perlu bina network daripada sekarang untuk tingkatkan potensi kemenangan…
Nampaknya social media di Malaysia sudah makin mantap.
Looking forward to 2014!
Wah, ada malaysia social media award lagi. Pasti saya tak ikut.
Curahan rasa Naziman @ ..Menjana Idea Menulis hapuskan masalah Kekeringan Idea
wah dah kembali Malaysia social media award 2013.. pendaftaran sudah dbuka
Curahan rasa donnyien @ ..3 Blog Pilihan Terbaik
Semoga Tuan Denaihati terpilih lagi menerima anugerah…InsyaAllah
Curahan rasa Orang Kampung @ ..Aktiviti Masjid Al Hasan
hampir setahun sudah …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Adab pengantin baru
Memang tak terasa seperti baru kemarin DEnaihati menang kategori best of the best
Curahan rasa munir ardi @ ..3 POWERFUL Ways To Get Profit From Your BLOG… Starting TODAY!
Comments are closed.