Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) bersama rakan sinergi bergabung untuk meneruskan misi Malaysia #QuranHour 1439H / 2018M sempena Hari Kebangsaan ke 61.
Aktiviti berinteraksi dengan Al Quran melalui baca, faham dan amal ini julung kali diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 14 Shah Alam pada 30 Ogos ini bermula jam 10.30 pagi hingga 1 petang.
Malaysia #QuranHour kali ke 4 ini bertemakan “9 Budaya Membina Tamadun” yang diambil daripada Surah Al Naml. Surah tersebut menjadi kesinambungan penghayatan Surah Al Hujurat bagi World #QuranHour pada 7 Jun lau, iaitu dari sebuah pemupukan sahsiah diri dan etika sosial kepada kaedah membangan tamdun dalam membina sistem pentadbiran sesebuah keluarga, komuniti, organisasi dan negara.
Antara intipati daripada surah An Naml melalui kisah Nabi Daud A.S. dan Nabi Sulaiman A.S. ialah pertingkatkan ilmu pengetahuan, pembentukan , perkadaran generasi pelapis, mengoprimumkan potensi diri dan sumber, tadbir urus yang baik, latihan dan syukur sebagai pelonjak upaya motivasi, disiplin dan ketegasan, mempunyai visi dan misi, tepat dalam membuat keputusan, dan bermesyuarat untuk menegakkan kebenaran.
Malaysia #QuranHour kali ini memfokuskan pembinaan tamadun Malaysia melalui pembentukan kerangka fikir dan tindakan golongan pemimpin dan masyarakat berbilang kaum berpandukan Al Quran, selaras dengan prinsip Rukun Negara dan #SayangiMalaysiaku
Malaysia #QuranHour 1439H / 2018M dinaungi oleh JAKIM dan dianjurkan oleh Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Rumah Ngaji, Majlis Dakwah Negara, AKademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd dan Takaful Ikhlas Berhad.
Lokasi Malaysia #QuranHour akan diadakan di seluruh negara dan di luar negara termasuk di tanah suci oleh rakyat Malaysi dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pelajaran pada hari tersebut.
Gerakan kempen #QuranHour serta doa dari Mekah, diharapkan ia dapat mempercepatkan gelombang Al Quran ke seluruh dunia, seterusnya kita mencapai negara Baldatun Thayyibatun Wa Rabbun Ghafur atau negara yang makmur dan mendapat keampunan Allah SWT.
Jemaah diajak bertadabbur surah Al Hajj yang mengambil ibrah kisah Nabi Ibrahim A.S. dan keluarganya. Ia juga menceritakan pensyariatan ibadah korban dan menyantuni orang susah di kalangan fakir dan miskin di Kota Mekah. Ibadah korban datang daripada jiwa dermawan yang diberi kesenangan dalam kehidupan.
Dijemput beramai-ramai untuk sama-sama membaca Surah Al-Naml, mendengar tadabbur dan kemudian kita amalkan dalam kehidupan seharian.
Jangan lupa janji temu kita:
30 Ogos, 10.30 pagi – 1 tengahari
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dan di lokasi-lokasi berhampiran anda.
Daftar lokasi hotspot di: bit.ly/MQH1439H
Bawa bersama Al-Quran terjemahan. Kepada mereka yang tidak dapat hadir, bolehlah lakukannya di lokasi masing-masing.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari facebook.com/WorldQuranHour dan laman sesawang www.worldquranhour.com
27 Comments
Alhamdulillah. Malaysia Quran Hour program yang sangat bagus dan harap dapat diteruskan sampai bila-bila. Harap program seperti ini dapat menarik lebih ramai untuk sertai terutama golongan remaja.
Curahan rasa Normala @ ..Fibroid Ketika Mengandung
Alhamdulillah. Malaysia Quran Hour program yang sangat bagus dan harap dapat diteruskan sampai bila-bila. Semoga ia dapat menjadi bekalan kita diakhirat kelak.
Alhamdulillah program yang bagus untuk muhasabah dan dapat mentarbiah diri dekatkan diri dengan AlQuran. Mudah-mudahan program Quran Hour ini jadi program wajib setiap tahun di Malaysia. Insyallah..
Curahan rasa Nur Razali @ ..Promosi Suplemen Kalsium Shaklee Buy 3 Off 5% OsteMatrix® Sepanjang Bulan September 2018
alhamdulillah satu program yang menarik untuk membawa kita kembali ke fitrah. semoga idea ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan lebih ramai lagi yang bantu untuk mempromosikannya.
Curahan rasa sharmien @ ..Selamat Hari Merdeka!
Program yang bagus, Saya sangat mendukung program seperti ini. Sudah sewajarnya program ini dipromosikan.
Ini antara aktiviti yang terawal saya sertai semasa saya menjadi siswi IIUM . Semoga aktiviti ini diteruskan utk mmberi manfaat kpd semua
Pogram yang bagus begini patut dapat promosi @ publisiti percuma. Semoga menjadi bekalan akhirat
Curahan rasa encikhafiz.my @ ..Harga Kereta Perodua Selepas SST September 2018
Promosi dan publisiti percuma boleh diletakkan dalam blog tuan, buat satu artikel khas tentang Quran Hour.
Dulunya saya ingat program ini, idea luar yang diikuti oleh Malaysia. Rupanya Idea kita yang mula diikuti oleh luar. Siapa yang ada kesempatan, wajar untuk ikut program ini.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Lelaki Lembut vs Pondan vs LGBT
Program yang banyak manfaatnya kepada kita semua..
siapa yang mengambil bahagian akan dapat untung la..
untung dalam bnetuk pahala dan pelbagai kebaikan yang yang lain
Curahan rasa mrhanafi @ ..Keunikan Tasbih Biji Pisang Sunan Bonang Amat Mengujakan
alhamdulalah program yang sangat baik ini masih terus berjalan dengan baik mudah2an slalu lancar dan slalu di mudah kan..
Alhamdulillah, program Malaysia Quran Our terus dilaksanakan dan menerusi sembilan budaya tamadun yang ditampilkan dari intipati surah ‘semut’ atau an-Naml dapat kita jadikan mukjizat agung sepanjang zaman ini sentiasa relevan setiap masa dan pengkajian masih berterusan hingga kini.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Al-Hawa Ameer
Semoga tamadun Islam kembali gemilang seperti zaman pemerintahan khalifah khalifah terdahulu seperti Rasulullah SAW.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Soalan Temuduga Pegawai Penerangan
alhamdulillah…
satu program yang sangat bagus dan terbaik untuk dilakukan selalu…
setiap bulan pun takpe jika ada sambutan yang menggalakkan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Keunikan Tasbih Biji Pisang Sunan Bonang Amat Mengujakan
Sudah lama tak ke Seksyen 14 sejak tamat belajar. Bagus program macam ni supaya kita dapat hayati Al Quran, makna bacaan dan apa yang di suruh di sebaliknya.
Curahan rasa Rahimah Majid @ ..Customer Merayu Tolonglah Jual Topi Musim Sejuk Tu Pada Saya
InshaAllah.. Bertemu nanti pada 30 Ogos ini. Moga Al Quran sentiasa di hati kita
Curahan rasa aryn fadz lee @ ..7 TIPS MENJAYAKAN TANDEM NURSING ATAU MENYUSUKAN ANAK SECARA SERENTAK
Comments are closed.