Malaysia Ngaji Perdana

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, seperti Ramadhan tahun-tahun lepas Rumah Ngaji menganjurkan majlis khatam Al Quran satu Malaysia yang dinamakan sebagai Malaysia Ngaji Perdana. Kali ini acara utama Malaysia Ngaji dibuat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya. Peserta akan berkumpul untuk membaca Al Quran selama sejam pada jam 12 – 1 pm.


Malaysia Ngaji bukan sahaja dianjurkan di Masjid Sultan Mizan sahaja tetapi beratus-ratus lokasi di seluruh dunia. Semuga majlis begini dapat membudayakan Al Quran dalam kehidupan kita masyarakat Malaysia. Tahniah kepada Rumah Ngaji, Karangkraf dan Dato’ Hussamuddin yang telah menggerakkan gelombang besar Al Quran untuk manafaat kehidupan manusia.


Kepada semua yang membaca entri ini sila kongsikan entri ini dengan hashtag #MalaysiaNgaji supaya menjadi gelombang besar Al Quran yang bakal jadi asbab hidayah dari ALLAH.

Dapatkan berita terkini dari FB page Rumah Ngaji dan hashtag #MalaysiaNgaji.

28 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!