Malam Jumaat

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pasti ada abang dan kakak senyum baca tajuk entri ni. Perkataan Malam Jumaat memang jadi gurauan ramai terutama yang sudah berkahwin dan belum berkahwin pun tumpang sekaki.

Malam Jumaat memang istimewa berbanding malam-malam yang lain bukan sahaja untuk hubungan seksual suami-isteri tetapi untuk pelbagai amalan. Amalan membaca Yassin di malam jumaat bukanlah sunnah Nabi tetapi telah menjadi budaya zaman berzaman di kebanyakan Surau dan Masjid di Nusantara.

Selain membaca Yassin juga disunatkan untuk kita bangun di 2/3 malam untuk solat Tahjud, solat Tasbih dan solat Hajat. Di saat ini Allah SWT berada paling hampir dengan manusia yang mencari-Nya ketika manusia lain sedang asyik diulik pasangannya atau enak dibuai mimpi. Waktu ini juga waktu paling sesuai bermunajat kepada Allah SWT terutama kepada yang sedang dilanda berbagai masalah hidup.

Di samping itu jangan lupa amalan-amalan sunnah yang lain seperti potong kuku, cukur misai dan kemaskan janggut. Nabi Muhamad juga mengamalkan membaca surah Al-Kahfi setiap hari Jumaat dimana fadilatnya sangat besar iaitu terhindar dari fitnah Dajjal.

Semua makluk Allah SWT kecuali manusia dan jin berada dalam ketakutan pada menjelang malam Jumaat kerana Allah SWT juga telah janjikan kiamat akan berlaku pada hati Jumaat.

Marilah kita maksimumkan kehebatan Malam Jumaat.


Spread the love

67 Comments

  1. malam jumaat sangat istimewa. tetapi banyak jugak anak2 muda yang menghabiskan masa di restoran2, lepak-lepak.. Satu permandangan yang tk elok jika dilihat masyarakat. Sebagai umat Islam, kita seharusnya menghormati malam yang penuh berkat ini. Selain itu, malam jumaat juga boleh dijadikan sebagai medium untuk muslim solat taubat dan memohon keampunan kepada Allah s.w.t.
    Curahan rasa Princess @ ..Rawatan kecantikan- pembersih dan masker muka daripada bahan di rumahMy Profile

  2. “Dari Abu Said Al-khudri ra dari Nabi Muhammad SAW. Baginda bersabda:Siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka disinari Allah baginya dengan antara dua Jumaat.” (Diriwayatkan oleh Baihaqi)

    1. Usaha buat 40 hari berturut2 memang mujahadah tapi isyak bila dah jadi darah daging bila tak buat rasa rugi je kalau tak dpt tengah malam boleh buat. 30min sebelum suboh.

  3. Nice reminder. Asyik melagha je, somehow need to start making redemption 🙂

  4. Perbanyakkan solat² sunat..yg wajib mmg wajib dibuat.bg yg ade mslh idup tu afdal buatlah n byakkanr bdoa.insyaAllah.Allah akn makbulkn.

    Buat slt taubat dulu.

  5. utk perkongsian, membaca alkahfi bermula dengan fajar hari jumaat sehingga waktu maghrib. maka pergunakanlah waktu yang disebutkan sebagai afdal utk membaca surah alkahfi. Insya allah semoga kita dipermudahkan. amin.
    Curahan rasa lutfi lokman @ ..Air terjun- UQU dan FotografiMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!