Malam Jumaat

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pasti ada abang dan kakak senyum baca tajuk entri ni. Perkataan Malam Jumaat memang jadi gurauan ramai terutama yang sudah berkahwin dan belum berkahwin pun tumpang sekaki.

Malam Jumaat memang istimewa berbanding malam-malam yang lain bukan sahaja untuk hubungan seksual suami-isteri tetapi untuk pelbagai amalan. Amalan membaca Yassin di malam jumaat bukanlah sunnah Nabi tetapi telah menjadi budaya zaman berzaman di kebanyakan Surau dan Masjid di Nusantara.

Selain membaca Yassin juga disunatkan untuk kita bangun di 2/3 malam untuk solat Tahjud, solat Tasbih dan solat Hajat. Di saat ini Allah SWT berada paling hampir dengan manusia yang mencari-Nya ketika manusia lain sedang asyik diulik pasangannya atau enak dibuai mimpi. Waktu ini juga waktu paling sesuai bermunajat kepada Allah SWT terutama kepada yang sedang dilanda berbagai masalah hidup.

Di samping itu jangan lupa amalan-amalan sunnah yang lain seperti potong kuku, cukur misai dan kemaskan janggut. Nabi Muhamad juga mengamalkan membaca surah Al-Kahfi setiap hari Jumaat dimana fadilatnya sangat besar iaitu terhindar dari fitnah Dajjal.

Semua makluk Allah SWT kecuali manusia dan jin berada dalam ketakutan pada menjelang malam Jumaat kerana Allah SWT juga telah janjikan kiamat akan berlaku pada hati Jumaat.

Marilah kita maksimumkan kehebatan Malam Jumaat.


Spread the love

67 Comments

  1. hehe, betul tue.. bacaan yassin tak termasuk dalam sunnah nabi.. tapi yang betul2 sunnah pada hari jumaat ialah sujud sajdah dan baca surah kahfi.. hoho.. kalo betol2 nak ikot sunnah boleh buat 2 benda nie.. jzkk
    Curahan rasa samanosuke_04 @ ..Piknik Survivor Moscow 2011!!My Profile

    1. Sujud sajadah ketika solat subuh tetapi bukan setiap minggu mesti diselang selikan itu yg diamalkan di masjid nabawi dan masjidilharam.

      1. di waktu subuh jumaat, amalam yang boleh dilakukan adalah membaca surah As-Sajadah dan membaca surah Al-Insan. Surah surah ini diharapkan dapat diamalkan.

  2. marilah kita sama sama mengingati satu sama lain. moga kita semua dirahmati Allah

  3. Assalam..
    Masa sebelum kahwin lebih byk dari masa lepas kahwin walaupun masa tak berubah, cukup 24 jam….
    Amalan sebelum kahwin pun byk dari selepas kahwin sbb sebelum kahwin, fikir diri sendiri je. Lepas kahwin kena fikir ttg suami dan anak pulak…Tp pahala org yg berkahwin lebih byk dari org belum kahwin kan..
    Curahan rasa iza @ ..Mangsa Masih Hidup Ketika KemalanganMy Profile

    1. Ada perkara2 yang memang lebih afdal dilakukan pada hari tertentu terutama Jumaat. Insyallah akan akan buat entri untuk perkara wajib kita lakukan setiap hari.

  4. uh. puasa sunat Khamis. kat Cairo ni musim panas, jadi siang lagi panjang. Tak tertahan~ huhu

  5. Menjelang hari Jumaat itu sendiri cukup menggentarkan sebenarnya. Maklumlah dikatakan hari Kiamat bakal jatuh pada hari Jumaat ini. Jadi kot ia pun ‘celebrate’ malam Jumaat tu. Berpadalah! Tanyakan pada diri “Masihkah ada esok untukku?”….Akhirat itu kekal, dunia sementara…

  6. alangkah baiknya jika kita dpt terapkan dlm diri mengikut setiap sunnah nabi saw tanpa berkira akan harinya.
    Maklumlah, mlm jumaat cuma sehari dlm seminggu. Melainkan ada fadilat yg menyatakan jumaat lbh pahalanya,maka hari2 lain patut mendapat galakan yg sama.

    Tp,semuanya memerlukan kebiasaan n kekerapan. Lbh biasa n kerap,jika tidak dibuat sehari pasti akan menimbulkan rasa yg tidak selesa

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!