Makan sambil beramal di Red Rebung Cafe

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, baru-baru aku dan famili dijemput hadir ke majlis perasmian Red Rebung Cafe sebuah tempat makan baru di Bandar Seri Putra. Uniknya cafe ini diusahakan oleh jemaah Surau As Syakirin. Lokasi cafe di pintu masuk kawasan Surau. Banyak menu yang menarik antaranya Ayam Penyet, Fish n Chips, Chicken Chop, Lamb Chop, Pilihan Mee dan macam-macam lagi.

20120219-093044.jpg
Red Rebung Cafe, Bandar Seri Putra

Hasil keuntungan Red Rebung Cafe akan disalurkan ke tabung Surau As Syakirin untuk menampung kos pengurusan dan aktiviti bulan. Keuntungan juga akan digunakan untuk menguruskan Pusat Tahfiz As Syakirin yang berada disebelah Surau As Syakirin. Ini yang dikatakan makan sambil beramal.

20120219-093401.jpg

Salah seorang pengasas Red Rebung Cafe adalah adik aku yang sedang berada di Jordan jadi kedatangan kami sebagai tanda sokongan ke atas projek yang kreatif mungkin tidak banyak dilaksanakan di masjid dan surau di Malaysia.

20120219-093810.jpg

Kepada penduduk Bandar Seri Putra, Bandar Mahkota dan yang berhampiran jom cuba menu Red Rebung Cafe. Kepada pengurusan kena banyak bersabar kerana buat kerja mulia ini pasti banyak ujiannya sedangkan Rasulullah pun diuji inikan pula kita manusia biasa.

20120219-094228.jpg

Peta menuju Red Rebung Cafe, Surau As Syakirin, Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor.

Surau As Syakirin juga menyediakan khidmat penyembelihan ayam halal. Pusat pembelian ayam halal terletak disebelah Red Rebung Cafe dengan kabar boleh order atas panggilan untuk penduduk persekitaran. Kepada Rakan Denaihati yang sudi untuk menghulur sedikit infaq boleh terus ke website Surau As Syakirin. Surau As Syarikirn memang aktif dengan berbagai majlis ilmu untuk jemaah setempat.


Spread the love

100 Comments

  1. salam..terimakasih kpd kawan2 yg memberi respon..sy masih dijordan insyallah blk hujung bulan ni..cuma nak.inform semua rakan denaihati madrasah as syakirin menggunakan sistem open madrasah dimana selain dr khusus kepada pelajar lelaki yg full.time hafiz quran madrasah ini juga menawarkan pendidikan tadika.tahfiz umur 4-6 tahun..part time student yg pagi sekolah.biasa ptg akan belajar quran..target dari darjah 4 sampai tingkatan 5 boleh hafal.quran..dan yg spesial utk org2 dewasa juga ada sistem pengajian ala.pondok..belajar quran dan kitab hafis..sesiapa yg berminat boleh http://www.surausyakirin.org

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!