Assalamualaikum dan salam 1Dunia, baru-baru aku dan famili dijemput hadir ke majlis perasmian Red Rebung Cafe sebuah tempat makan baru di Bandar Seri Putra. Uniknya cafe ini diusahakan oleh jemaah Surau As Syakirin. Lokasi cafe di pintu masuk kawasan Surau. Banyak menu yang menarik antaranya Ayam Penyet, Fish n Chips, Chicken Chop, Lamb Chop, Pilihan Mee dan macam-macam lagi.
Hasil keuntungan Red Rebung Cafe akan disalurkan ke tabung Surau As Syakirin untuk menampung kos pengurusan dan aktiviti bulan. Keuntungan juga akan digunakan untuk menguruskan Pusat Tahfiz As Syakirin yang berada disebelah Surau As Syakirin. Ini yang dikatakan makan sambil beramal.
Salah seorang pengasas Red Rebung Cafe adalah adik aku yang sedang berada di Jordan jadi kedatangan kami sebagai tanda sokongan ke atas projek yang kreatif mungkin tidak banyak dilaksanakan di masjid dan surau di Malaysia.
Kepada penduduk Bandar Seri Putra, Bandar Mahkota dan yang berhampiran jom cuba menu Red Rebung Cafe. Kepada pengurusan kena banyak bersabar kerana buat kerja mulia ini pasti banyak ujiannya sedangkan Rasulullah pun diuji inikan pula kita manusia biasa.
Peta menuju Red Rebung Cafe, Surau As Syakirin, Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor.
Surau As Syakirin juga menyediakan khidmat penyembelihan ayam halal. Pusat pembelian ayam halal terletak disebelah Red Rebung Cafe dengan kabar boleh order atas panggilan untuk penduduk persekitaran. Kepada Rakan Denaihati yang sudi untuk menghulur sedikit infaq boleh terus ke website Surau As Syakirin. Surau As Syarikirn memang aktif dengan berbagai majlis ilmu untuk jemaah setempat.
100 Comments
pasti akan mendapat berkah dan rahmat dari Allah SWT
Curahan rasa Dadan @ ..Info Lowongan Kerja PT INTI – Februari 2012
yups…bisness nih insyaallah akan diberkati Allah kerana niatnya bagus..semoga sentiasa maju jaya la sentiasa
suatu bisnis yang bagus, bahagia di dunia bahagia di akhirat…
Curahan rasa Dadan @ ..Info Lowongan Kerja PT INTI – Februari 2012
betul tu…bahagia dunia akhirat..insyaallah
Alhamdulillah, syukur. Moga Allah memberkati usaha yang mulia ini. InsyaAllah kalau ada kesempatan ke Serdang, akan singgah kat cafe ni…sebagai sokongan kepada usaha ini.
Curahan rasa dinar @ ..Harga emas minggu ini bergantung kepada keputusan EuroGroup!
singgah jangan tak singgah 🙂
konsep perniagaan yg bagus dan ada niat yang baik! 🙂
nilah yg kita mahukan..surau dan masjid bukan setakat untuk bersolat tapi jadi sumber pendapatan untuk orang muslim..harap banyak surau/masjid dapat ikut surau as syakirin ni dan mengenepikan idealogi politik demi pembangunan ummah
Curahan rasa Adib @ ..Topup RM 5 Dari Kementerian Belia Dan Sukan
yups..betul tu..sepatutnya dari dulu lagi kelebihan dan kesempatan ini diterokai..menjana pendapatan ummah 🙂
konsep yang bagus, sambil berniaga, sambil beramal.
Curahan rasa rosezha @ ..Anda tahu atau tidak iklan dan tagline ini
berniaga sambil beramal..dua2 memberi pahala..alhamdulillah 🙂
Emang pada kreatip banget, ,, good job.
Curahan rasa salsabila @ ..Lancome Perfume
Hmmmm saya lah yg paling lucky sbb cafe ni belakang rumah je…..past 2 day baru jer g merasa menu d sana. So best rekomen is nasi ayam penyet…memang sedap sangat especially sambal dia….saya n hubby siap minta extra sambal lagi…..Harga pun cuma RM 6.90. So x rugi kalau ke mari….Mohhh lerrr……..
wah…belakang rumah je? untung la… 🙂
Bagus idea ni. Orang yang makan juga dpt saham akhirat. Moga berkekalan dan terus maju.
hoa..bagus konsep nih..sambil makan sambil beramal.. 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Populariti dan Networking Besar beri Kelebihan
harap2 ramai yang mencontohi konsep nih selepas nih..amin
Konsep baru dalam perniagaan makanan.Makan sambil beramal.
Curahan rasa azman @ ..Ragam Kaki Nombor
Sebuah inovasi baru dari jemaah Surau As Syakirin.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..KEUMALA
hal ini patut menjadi rujukan..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..KEUMALA
Wah… menunya ada Ayam penyet,… saya paling suka.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..KEUMALA
yups..inovasi yang harus diikuti oleh semua 🙂
satu pendekatan yg menarik ni
nanti kalau terlepas kat sana
boleh test makan ayam penyet 🙂
Curahan rasa auc dot com @ ..Kenapa Perdagangan mata wang (Forex) di Internet Diharamkan?
ada baca tadi komen salah seorang..dia kata ayam penyet dekat restoran nih sedap..harus cuba 🙂
Alhamdulillah, bukan 100% nak keuntungan tapi untuk beramal. Harap banyak yang macam ni
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Pacifista Rewards Dah Terkubur
yups…untung tu perlu juga tapi jangan kira untung..amal pun harus diambil kira…pendekatan yang bagus kan 🙂
Salam,
Wahh baguslah ada cafe macam ni, bukit mahkota tu kat mana ye? kat bangi tu ke? insyaallah kalau lalu sana nak juga makan sambil beramal 😀
Curahan rasa yanmie @ ..Bantu Saya Menang iPhone 4s
lepas pergi makan jgn lupa plak buat review kak yan 🙂
memang x pernah jumpa lagi cafe/kedai makan dlm kawasan surau… cara pengelolaan pun nampak modern & bergaya..
Curahan rasa kakyong @ ..Contest Malaysia Top Blogger | Meh le kome support kakyong[dot]com©
betul2…nampak menarik kan 🙂
Comments are closed.