Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menetapkan tatacara baharu pelaksanaan majlis akad nikah di negeri itu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, majlis akad nikah perlu dilaksanakan di Pejabat Agama Islam Daerah dan tidak dibenarkan di premis persendirian atau di tempat awam seperti masjid, surau, dewan atau tempat-tempat awam yang lain.
Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah atau wakilnya hendaklah menyediakan sebuah bilik khas bagi menjalankan majlis akad nikah. Proses nyah cemar hendaklah dilakukan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
Majlis yang dijalankan oleh Jurunikah kariah berkenaan hendaklah dikawal selia oleh Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah atau wakilnya,”
Baca : 4 Perkara Sunat Selepas Akad Nikah
Menurutnya, Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah bertanggungjawab memastikan enam perkara yang ditetapkan dipatuhi semasa majlis itu berlangsung.
Perkara itu adalah Rukun Nikah, membaca taklik selepas akad nikah, tiada berjabat tangan ketika lafaz ijab kabul dan menjaga jarak satu meter setiap orang yang hadir.
Selain itu, tiada sebarang upacara lain seperti membatalkan air sembahyang, sarung cincin, bergambar dan lain-lain dilakukan. Individu perlu memakai penutup muka dan pencuci tangan untuk keperluan pihak-pihak terlibat.
Baca : Belum Rezeki Dikurniakan Cahaya Mata? Lakukan 7 Saranan Ini
Mohd Yusop berkata, majlis perlu dilaksanakan dalam tempoh 30 minit melibatkan tiga sesi setiap hari.
Sesi bermula jam 9.30 pagi hingga 10 pagi, 11.30 pagi hingga 12 tengah hari dan 2.30 petang hingga 3 petang. Majlis itu hanya dihadiri enam pihak yang diwajibkan.
Dokumentasi dan pengeluaran Sijil Perakuan Nikah hendaklah ditangguhkan dan disempurnakan selepas tamat tempoh PKP,”
JAIPk boleh dibatalkan sekiranya tatacara itu tidak dipatuhi atau berdasarkan arahan daripada Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Perak.
Sumber : Sinar Harian
Baca : Penzinaan Selepas Bercerai
5 Comments
nak nikah on9 di harap ada sebab munasabah, musim pkp ni yang pasangan jauh memudahkan
Dimanapun dan bagaimanapun prosesnya semoga setiap pengantin menjadi keluarga yang sakinah mawadah dan warrahmah
Kahwin pada PKP ni memang banyak berjimat. Dari segi yanglain ia boleh menampakkan ketidak sabaran. Apa pun hanya pengantin yang tahu. Kita ucapkan tahniah kepada mereka yang bernikah musim PKP ini.
Curahan rasa ahmadyani @ ..7 Idea Bisnes Dari Rumah Yang Boleh Dilakukan Secara Sambilan Untuk Menambah Pendapatan
Kahwin cara ini di musim PKP nampaknya jauh lebih jimat berbanding musim musim cuti sekolah sebelum PKP.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Tips Dapat Kedudukan Pertama Di Google
wow..untung orang Perak atau mereka yang nak bernikah di Perak.
ada kelonggaran ketika PKP ini.
tidaklah soal jodoh tertanggung lagi
Curahan rasa mrhanafi @ ..30 penyebab kegagalan menurut Napoleon Hill
Comments are closed.