Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan selama dua minggu iaitu bermula 15 hingga 28 April ini.
Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan, lanjutan tempoh berkenaan dibuat bagi memberi ruang kepada petugas kesihatan memerangani COVID-19 dan pada masa mengelak penularannya dalam kalangan masyarakat.
“Sehubungan itu, berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan pakar-pakar perubatan, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu dari 15 April hingga 28 April 2020.
“Pelanjutan tempoh ini dibuat untuk memberi ruang kepada petugaspetugas kesihatan memerangi penularan COVID-19, selain mengelakkan penularan semula wabak ini dalam masyarakat,” “katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung pada Jumaat.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan fasa pertama PKP bermula dari 18 hingga 31 Mac, diikuti dengan fasa kedua dari 1 April hingga 14 April.
Kredit: Awani
- 403 individu ditahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan
- Jangan balik kampung semasa Perintah Kawalan Pergerakan hukum penjara menanti pada yang tidak patuh
- Majlis Pernikahan Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
- Suntikan RM250 Bilion Bagi Lindungi Rakyat Ketika Wabak COVID-19
- Kadar Pematuhan PKP Melonjak 99 Peratus
4 Comments
mudah mudahan segera berlalu wabah ini,,agar perekonomian semakin membaik lagi, kasihan banyak bermunculan golongan miskin baru efek phk, juga kejahatan meningkat
kesan duduk 2 bulan di rumah memang mencabar.
sangat mencabar kepada bergaji harian atau orang bisnes yang sepenuhnya bergantung kepada jualan secara bersemuka
Semoga Malaysia cepat keluar dari kondisi seperti ini, sehingga transaksi ekspor dari Indonesia ke negara tetangga bisa segera terealisasikan. Amin…
Maka bila PKP dilanjutkan, mereka yang extrovert mungkin sukar untuk kerja di rumah. Kena jumpa orang dan kerja dalam pasukan baru hasil maksimum. Bagi jenis introvert, mereka dah biasa kerja sorang sorang.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Kerja Pejabat Tapi Ada Bisnes RM10 Ribu Sebulan Di Shopee
Comments are closed.