4 perkara ‘Basic’ yang anda perlu tahu mengenai Ibadah Korban

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Tidak lama lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha, hari raya kedua terbesar dan penting setelah Hari Raya Aidilfitri.

Kebiasaannya pada Hari Raya Aidiladha ini, seluruh umat Islam akan menjalani ibadah korban.

Tahukah anda apa itu ibadah korban? Jom kita ulangkaji sedikit.

1 – Pengertian ‘Korban’

Perkataan ‘korban’ ini bermaksud mendekati atau menghampiri.

Dari sudut istilah, ia bermaksud segala sesuatu yang digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah sama ada berupa haiwan sembelihan mahupun yang lain.

<< Tempah Sekarang Qurban Murah di Lima Negara >>

Dalam bahasa Arab, haiwan korban disebut juga dengan istilah ‘uhdiyah’.

‘Uhdiyah’ adalah haiwan korban yang merangkumi unta, lembu dan kambing yang disembelih pada hari raya korban dan hari-hari tasyriq sebagai taqarrub (mendekatkan) diri kepada Allah s.w.t.

2 – Hikmah Dan Fadhilat Ibadah Korban

  1. Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim A.S
  2. Mendidik jiwa ke arah taqwa dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T
  3. Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta yang dimiliki ke jalan Allah S.W.T
  4. Menghapuskan dosa dan mengharapkan keredhaan Allah S.W.T
  5. Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutamanya antara golongan berada dan kurang berkemampuan.

3 – Hukum Menjalani Ibadah Korban

Ibadah korban hukumnya sunnat muakkad iaitu sunat yang dituntut.

Menurut Imam as-Syafie, ibadah korban ini hukumnya sunat bagi mereka yang mampu, sama ada ketika berada di tempat tinggalnya, dalam perjalanan (musafir) mahupun ketika mengerjakan haji.

Ukuran ‘mampu’ berkorban itu hakikatnya sama seperti kemampuan untuk bersedekah iaitu mempunyai lebihan harta (wang) setelah memenuhi keperluan harian yang lazim bagi setiap manusia.

4 – Dalil Tentang Ibadah Korban

Dalil Al-Quran, firman Allah s.w.t yang bermaksud;

“Maka, dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.”

(Surah Al-Kautsar ayat 2)

Dalil Hadis Nabi s.a.w, dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

“Barangsiapa yang mempunyai kemampuan tetapi dia tidak berkorban, maka janganlah sekali-kali ia menghampiri tempat solat kami.”

(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Hakim)

Jelas di sini, bahawasanya ibadah korban bukanlah semata-mata melaksanakan sembelihan binatang sepertimana yang pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim ke atas anaknya, Ismail lalu digantikan oleh Allah s.w.t binatang lain bernama kibas.

Akan tetapi, tujuan sebenar ibadah ini adalah bagi mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t seterusnya meningkatkan lagi nilai taqwa dan iman di sisi-Nya.

<< Tempah Sekarang Qurban Murah di Lima Negara >>

Bagi mereka yang berkemampuan, inilah masanya untuk menabur kebajikan. Sungguh besar nilai di sisi-Nya bagi mereka yang melaksanakan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah s.w.t.

Wallahua’lam.

Tempahan Korban Murah Tahun 2022


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!