Hibah Tabung Haji 2018 diumum 1.25 peratus, penyimpan kurang gembira?
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengumumkan kadar agihan hibah Tabung Haji bagi Tahun Kewangan 2018 ialah 1.25 peratus.
Menurut Mujahid, pengagihan hibah kepada semua pendeposit Tabung Haji ialah sebanyak RM913 juta.
“Bayaran hibah sebanyak 1.25 peratus ini akan memberi manfaat kepada 9.3 juta pendeposit TH,”
Untuk rekod, TH mengumumkan 4.50 peratus hibah tahunan dan tambahan hibah haji sebanyak 1.75 peratus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2017 melibatkan pembayaran berjumlah RM2.7 bilion.

Hibah Haji dan Hibah Tahunan
Hibah haji adalah merupakan satu “hadiah” khas yang diberikan kepada para pendeposit Tabung Haji yang belum pernah menunaikan ibadah hajo untuk meningkatkan tabungan mereka. Ianya terhad kepada bayaran haji semasa sahaja.
Hibah tahunan adalah merupakan “hadiah” yang diisytiharkan oleh Tabung Haji mengikut prestasi kewangan tahun semasa, Ianya diberi bagi menghargai kesetiaan pendeposit yang sentiasa yakin dan aktif menyimpan di TH. Ianya adalah “hadiah” yang diisytihar oleh TH, berdasarkan konsep Wadiah Yad Dhamanah iaitu mengikut kemampuan kewangan TH pada tahun semasa.

Sejarah Pembayaran Kadar Dividen Tabung Haji Dan Bonus
Sebagai perbandingan, berikut adalah sejarah pembayaran dividen dan bonus TH dari tahun 2010 hingga 2017.
TAHUN : DIVIDEN/ BONUS TAHUNAN & BONUS HAJI = JUMLAH DIVIDEN
2017 : 4.50% + 1.75% = 6.25%
2016 : 4.25% + 1.5% = 5.75%
2015 : 5 % + 3% = 8%
2014 : 6.25% + 2% = 8.25%
2013 : 6.00% + 2% = 8%
2012 : 6.50% + 1.50% = 8%
2011 : 6.00% + Tiada bonus = 6.00%
2010 : 5.50% + Tiada bonus = 5.50%
Menurut Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, TH merekodkan defisit sebanyak RM4.1 bilion berakhir 31 Disember tahun lalu di mana menunjukkan pembayaran hibah sejak 2014 melanggar Akta TH 1995.
Apa kata pendeposit di Tabung Haji?


Pelbagai reaksi yang ditonjolkan penyimpan dan orang ramai kerana pada tahun ini Tabung Haji lewat mengumumkan hibah. Apa kata penyimpan di Tabung Haji?
