4 Perkara Sunat Selepas Akad Nikah

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Majlis akad nikah dalam Islam selalunya dilakukan di masjid atau di rumah pengantin perempuan. Ia akan dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan.

Kebiasaannya yang banyak dilihat, pasangan pengantin akan mengambil peluang untuk melakukan solat sunat nikah bersama-sama sebaik sahaja selesai majlis akad.

Baca : Lelaki ini menghadiahkan isterinya senaskah Al-Quran tulisannya sendiri pada hari pernikahan mereka.

Sebenarnya, selain dari menunaikan solat sunat nikah, ada beberapa perkara sunat lain yang boleh kedua mempelai lakukan.

Jom baca 4 perkara sunat selepas akad nikah.

1. Solat Sunat Selepas Akad Nikah

Lafaz Niat : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”
Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun.
Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas.
Membaca doa selepas salam.

Ia wajar dilakukan di bilik ketika suami memasuki untuk bertemu/mendatangi isteri dan bukan dilakukan secara terbuka sejurus selepas nikah.

2. Sujud Syukur

Lafaz Niat : ” sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala”
Takbiratul ihram iaitu mengangkat tangan sebagaimana takbir dalam solat.
Sujud sebanyak 1 kali.
Membaca doa seperti yang biasa dibacakan dalam solat.
Memberi salam.

3. Si suami meletakkan tapak tangan diatas ubun-ubun isteri lalu membacakan doa

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.” (Riwayat Abu Daud).

4. Isteri bersalaman dengan suami sambil mencium tangan suami lalu mengucapkan 2 kalimah syahadah

Baca : Kahwin aturan keluarga vs Kahwin pilihan sendiri

Ini adalah 4 perkara sunat dilakukan sejurus anda berdua sah diijabkabul sebagai suami isteri. Namum berhati-hati, anda tidak digalakkan untuk mencium ubun-ubun isteri kerana ia adalah acara dalam agama lain.

Selalunya, saudara-mara yang akan mengarahkan pengantin lelaki mencium isteri dan anda haruslah menolaknya dengan berhemah.

Wallahua’alam.

Dah baca klik share 🙂

Baca : Siapakah suami dan isteri kelak di syurga?

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!