Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Jumlah kenderaan yang berada di jalan raya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terus menunjukkan peningkatan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismai Sabri Yaakob berkata, setakat Jumaat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan sebanyak 816 Sekatan jalan raya di seluruh negara dan melakukan pemeriksaan ke atas 585,250 kenderaan.
“Bermakna banyak lagi kenderaan di atas jalan raya, lebih banyak berbanding hari-hari sebelumnya.
“Sebanyak 54,781 pemeriksaan mengejut telah diadakan di seluruh negara dengan sebanyak 4,788 premis telah diperiksa oleh pihak berkuasa,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Sabtu.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata 1,565 individu ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Jumaat berbanding 1,057 hari sebelumnnya susulan melanggar arahan PKP.
Justeru, beliau sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan tidak akan bertoleransi dengan mana-mana pihak yang terus degil melanggar arahan tersebut.
“Daripada 1,565 individu yang ditangkap 1,381 individu yang direman dan 184 individu dijamin polis.
“Sebanyak 544 individu telah dituduh di mahkamah atas kesalahan mengingkari PKP.
“Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga 17 April 2020 (semalam) adalah sebanyak 13639 individu,” katanya.
Sumber: Awani
- Suntikan RM250 Bilion Bagi Lindungi Rakyat Ketika Wabak COVID-19
- Wanita Warga Tempatan Positif COVID-19 Pulih Sepenuhnya
- Jumlah Mangsa Covid-19 melebihi 100,000
- UiTM Tangguh Istiadat Konvokesyen Ke-92 Susulan Penularan Covid-19
- Jangan balik kampung semasa Perintah Kawalan Pergerakan hukum penjara menanti pada yang tidak patuh
2 Comments
kadang bukan saja2 keluar, orang bila kedai tutup kena cari tempat jauh lepas tu kena beratur pula
Kenderaan di jalan raya bukan setakat orang pergi balik kerja, menteri menteri dan timbalan serta sukarelawan yang keluar beraktiviti.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..10 Hari 6 Angka Dengan Bisnes Ebook
Comments are closed.