Majikan Mantik Hani dihukum gantung sampai mati

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku pernah menulis isu sedih Mantik Hani bertajuk “MANTIK HANI pergi tak kembali yang tinggal mesti diHUKUM“. Makamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada A. Murugan, bekas majikan yang telah didapati bersalah menyebabkan kematian pembantu rumah, Mantik Hani.

Gambar A.Murugan dari Utusan.com.my

Setuju dengan kata-kata, Penasihat Menteri di Kedutaan Republik Indonesia di Malaysia, Amiruddin Pandjaitan “Bagi kedutaan, yang penting adalah keadilan dapat ditegakkan dan yang melakukan telah dibuktikan bersalah serta dikenakan hukuman setimpal mengikut undang-undang di Malaysia“.

Aku memang tidak punyai pengalaman mempunyai pembantu rumah atau bibik samada dari Indonesia atau Kemboja. Melihat pengalaman teman dan saudara mara memang bukan mudah untuk mendapat pembantu rumah yang baik. Ada teman yang sudah bertukar belasan pembantu rumah barulah dapat pembantu yang berkualiti seperti kehendak hati. Yang parah setiap kali bertukar pembantu melibatkan wang ringgit.

Walau bagaimanapun masalah pembantu rumah bukanlah menjadi lesen untuk mereka didera dan dipukul. Kebodohan Majikan seperti A. Murugan telah menyebabkan menyukarkan hubungan diplomatik antara Indonesia dan Malaysia. Sebahagian rakyat Indonesia telah berdemostrasi dan membakar bendera Malaysia di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta. Pengambilan pembantu rumah dari Indonesia telah dibekukan dan ini menyebabkan majoriti agen pembantu rumah beralih arah ke Kemboja. Itulah setiap kejadian pasti ada hikmahnya kini nasib pembantu rumah Indonesia lebih terbela dan lebih ramai pembantu rumah dari Kemboja memasuki pasaran sebagai ganti pembantu rumah Indonesia.

Semuga peristiwa ini menjadi pengajaran kepada kita yang dianugerahkan akal oleh Allah swt untuk berfikir.

[ad#advertlets336]

131 Comments

  1. kalau mmg dah sah die salah, itu jelah hukuman terbaik.huhuhu.hope dapat beri pengajaran pada majikan lain. jangan ingat dia majikan, boleh buat sesuke hati pada org

          1. Seperti juga saya tulis dekat komen sebelum ni, benda ni rasanya tidak akan ada akhirnya sekiranya kita tak ubah cara pemikiran kita tu.

  2. rasanya dah banyak kali kes dera pembantu rumah ni dipaparkan dlm berita.. hukumanpun dah dinyatakan dengan jelas.. tapi masih ada lagi yang tak sedar..

  3. Pingback: IMCurtain.com

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!