Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin panas. Blog ketiga yang terpilih adalah blog status PR3 Faizal Fredley telah mengumpul 4565 mata pada pusingan awal akan meneruskan perjuangan.MacBook Air menjadi impian dan harapan Faizal Fredley semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca luahan hati Faizal Fredley kenapa MacBook Air menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin.
Kalau kail panjang serawan,
Lautan dalam memang tak terduga,
MACBOOK AIR Memang Menawan,
Kalau dapat confirm tak tidur Malam.
Kalau takut dilambung ombak,
Takkan berumah di tepi pantai,
Kalau tiada usaha yang berterusan,
Jangan la harap nak menang contest DENAIHATI.
2,3 kucing berlari,
Berlari-lari di laman rumah,
DENAIHATI.COM hidupkan untuk memberi,
Kalau dah rezeki MACBOOK AIR jadi gadget impian.
Assalamualaikum, contest dari Denaihati memang selalu dinanti. Alhamdulillah kali ini dengan hasil usaha dan sokongan dari teman-teman blogger yang lain akhirnya aku berjaya untuk ke peringkat seterusnya dalam usaha untuk memenangi gadjet impian dari pihak Denaihati.
Setinggi-tinggi penghargaan aku ucapkan kepada team Denaihati yang sering menganjurkan contest yang gempak selain berkongsi ilmu dunia blogging yang berterusan searus dengan perjalanan dunia yang semakin menggila ini.
Tahun lepas team Denaihati.com muncul menganjurkan contest akhir tahun yang terbesar dengan sokongan berberapa pihak seperti Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd, Kedai Kak Siti, Rakan Niaga Al Ansar dan Serverfreak telah berjaya menggemparkan dunia blogger. Contest tersebut berjaya menarik sehingga ratusan blogger untuk turut serta dalam contest yang dilancarkan pada penghujung tahun 2011 itu.
Sebagai tugasan akhir untuk memenangi MacBook Air yang super awesome ini, aku dengan ini bersusah payah walaupun dalam kesibukan final exam yang memang menyentak separuh kawalan akal fikiran, namun berjaya menghasilkan satu entry kenapa aku layak dapat gadget impian dan menjadi pemenang contest ini.
Aku sekarang menggunakan Acer Aspire 4315 yang telah dibeli secara ansuran 5 tahun lepas. Bayaran terakhir telah aku habiskan 3 tahun lepas. See? Lamakan untuk aku ambil masa bagi nak langsaikan hutang laptop dulu. Biasalah student kan, manalah ada duit nak beli cash. Lagi satu laptop yang aku guna untuk taip entry yang korang sedang baca ni pun dah berusia hampir 5 tahun. So, faham-faham la. Heheh.
Sekarang gadget yang muncul di pasaran jauh lebih canggih dari laptop aku. Kadang-kadang aku nak online di mamak pun segan nak keluarkan laptop aku ni. Yelah, kaler yang hitam pun dah jadi kelabu, keyboard tak payah citer, dah beribu cap jari ada.
Untuk connect wifi pula memang susah. Kadang-kadang boleh connect, kadang-kadang hampeh. Yang ni bukan disebabkan wifi yer, ni disebabkan laptop aku yang banyak berjasa siapkan assignment aku sepanjang aku bergelar mahasiswa.
Bateri? Hahahah. Buat aku gelak je. Laptop aku ni mana boleh pakai bateri kot.
Masalah berat tu belum dicerita lagi. Aku rasa macam bawak beras satu guni bila bawak laptop ke kelas atau library. Lama-lama aku pun dah jadi tough dah tak payah sibuk-sibuk pergi gym. Tambahan pulak aku pergi kelas dan library naik bas lagi la menyusahkan. Nak ku tinggalkan tak mampu sebab ada gunanya. Sabar jelah.
Lagi satu aku ni merupakan student computer network engineering, so sudah semestinya perlu menggunakan sofware yang berat. Jadi, korang bayangkanlah dengan Intel Celeron processor 560 (2.13 GHz, 533 MHz FSB, 1 MB L2 Cache), 512MB DDR2 beserta 120GB HDD, macam mana aku nak gunakan sofware yang perlu untuk course aku ni? Sekadar nak guna Microsoft Word untuk taip assignment bolehlah. Itu pun kadang-kadang heng.
So kalau aku menang contest gadget impian ni bolehlah aku dengan tanpa sengan silu online kat mamat or library untuk update blog atau layan tips blogging dari denaihati.com. Lagipun nak guna untuk buat kerja pun senang. Nak angkut kat mana-mana pon boleh.
Ciri-ciri Macbook Air yang membuat aku begitu tertarik
Macbook Air memang kedengaran agak mewah, dan hanya segelintir sahaja orang yang memilikinya. Mungkin bagi orang seperti aku agak keterlaluan jika aku menggunakannya. Namun hidup hanya sekali dan peluang untuk aku dapatkan MacBook ini bukan selalu datang. Kali ini biarlah aku cuba. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam, untung aku? tiada siapa yang tahu. Hidup mesti berani gagal kerana kadang-kadang gagal ini memberi kita kematangan yang sudah semetinya tiada dijual di mana-mana kedai di dunia ini.
Nipis – Macbook Air, notebook ternipis di dunia, Notebook senipis 0.76 inci atau 1.94 cm ini mempunyai berat seringan 3 pound atau 1.36 kg.
Processor and Memory
Intel Core 2 Duo processor with 4MB on-chip shared L2 cache running at full processor speed
- 800MHz frontside bus
- 2GB of 667MHz DDR2 SDRAM onboard
Storage
- 80GB 4200-rpm Parallel ATA hard disk drive2
- Optional 64GB solid-state drive2
- Optional external USB MacBook Air SuperDrive
Display
13.3-inch (diagonal) glossy widescreen TFT LED backlit display with support for millions of colors
Supported resolutions: 1280 by 800 (native), 1152 by 720, 1024 by 768, 800 by 600, 800 by 500, 720 by 480, and 640 by 480 pixels at 16:10 aspect ratio; 1024 by 768, 800 by 600, and 640 by 480 pixels at 4:3 aspect ratio; 720 by 480 pixels at 3:2 aspect ratio
Benda ni memang nipis walaupun banyak benda nak kena beli sebagai tambahan untuk make sure aku boleh guna Macbook Air ni dengan lebih sempurna. Tapi aku tak kisah dengan keringanan dan kenipisan tu, memang telah memikat hati ini.
Sekian. Itu sahaja dari aku untuk contest ini. Mungkin peluang aku nak menang cukup tipis sebab aku tau aku tiada kreativiti untuk menghasilkan video muzik atau edit gambar untuk nampakkan kesungguhan aku menghasilkan entry yang bermutu seperti peserta lain. Namun aku percaya jika dah rezeki memang tak ke mana dan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL menjadi pencetus semangat kenapa aku menyertai contest ini.
Sebelum bersurai kita layan lirik Lelaki Seperti AKU yang telah diubah liriknya sesuai dengan contest gadget impian ini.
Memang tak ada Notebook seperti kamu
Tapi yang lebih hebat banyak
Memang tak ada Notebook secanggih kamu
Tapi yang lebih canggih banyak
Maka tak perlu ku susah hati
Ada yang baik nak bagi ku free
Untuk ku jadikan Notebook peribadi
Memang tak ada Notebook senipis kamu
Tapi yang lebih nipis banyak
Memang tak ada Notebook seringan kamu
Tapi yang lebih ringan banyak
Maka tak perlu ku keluarkan simpanan
Untuk beli Macbook Air Idaman hati
Kerana ada yang murah hati
Oo Denaihati tolonglah beriku Macbook Air
Nak ku beli tak mampu
Ku harap pada kamu
Ku yakin pasti dapat
Kalau itu rezeki
Oo denaihati.com tolonglah beriku Macbook Air
Ku tahu kamu baik
Ku tahu kamu kacak
Ku belum rasa lagi
Canggihnya Macbook Air
Ceritanya aku ingin guna Macbook Air
Makanya dari itu haraplah ku menang
Kerna aku memang sangat nak menang!!
– lirik edited by Cikgu Naman
Nota :
- Faizal Fredley diberi masa sehingga 11.59pm, 17/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
- Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.
415 Comments
Saya cadangkan saudara Faizal Fredley hanya mengantikan RAM 512 ke 1Gb…or terus 4Gb..untuk laptop ACER anda jika gagal memenangi MAC Airbook….Laptop anda lembab sebab RAM aja…kalau up RAM..netword n internet pun laju… 🙂
RAM dan upgrad ke 3Giga byte dah..lembab sb processor kot…harap2 leh menang…
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Aku Nak Menang Macbook Air Dari Denaihati
Bro nak juga MacBook… laptop bro sekarang pun cam dah nazak
Curahan rasa Bro Framestone @ ..Tazkirah : Sebelum Memberi Nasihat
tq bro..bro byk cabel nak macbook kacang jer bagi bro kan..heheh
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Blogger Diperlukan Dan Menang Macbook Air
kalau dapat macbook air ni beruntunglah .good luck ff!..lepas ni open table..hehehe
kalau dapat tapi nak dpat tu susah sgt2 …
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Blogger Diperlukan Dan Menang Macbook Air
MacBook Air ini memang smart.. Aku penggemar barangan
Apple sejak 2001. Gd luck untuk broth erkita Faizal..
Berentap dengan ArifShah utk dapatkan MacBook air kot..
Gd luck to u both…
Curahan rasa nurmisnan @ ..Doa susah mendapat anak atau mandul
tu la..berentap degn ariffshah yg merisaukan aku…memang nak menang tu amat2 tipis..
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Blogger Diperlukan Dan Menang Macbook Air
dahsyat siap ada lagu, tukar lirik lagi, kalau ada video nyanyi lagu tu lagi menarik.
Curahan rasa rosezha @ ..Santai: Percutian di Kota Kinabalu – 1
video ada jer..tapi bukan aku nyanyi..cikgu naman yg nynyi..siap main gitar lagi
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Blogger Diperlukan Dan Menang Macbook Air
Semoga berjaya Faizal!
Curahan rasa azmanisma @ ..Sms Scam! Power Root
terima kasih..walaupun komen pendek jer tapi aku hargai…
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Blogger Diperlukan Dan Menang Macbook Air
usaha selagi ada kemahuan
moga berjaya Faizal
gunakan segala kesempatan yg ada nih
pasti akan berjaya
Curahan rasa auc dot com @ ..Nokia N9 Guna OS Andriod 4.0 | Ice Cream Sandwich
tgh usaha sehabis mungkin tp kalau x berjaya juga anggap lah x der rezeki…
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Blogger Diperlukan Dan Menang Macbook Air
hahaha sangat sadis tengok laptop yang diguna faizal fredley… gud luck FF semoga dapat macbook air ni
Curahan rasa Freaky @ ..Menggunakan Theme Genesis 1.7
Ke gambar laptop tu wayang je kot. Kalau yang sebenar agaknya lagi sadis kot. hehehehe
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Wordless Wednesday #9
gambar tu aku amik kat google…segan lak nak lepak gambar laptop aku yg betol..lari teruk kot
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Blogger Diperlukan Dan Menang Macbook Air
aku yg guna ni lagi sadis…nk buat design pom x boleh…
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Blogger Diperlukan Dan Menang Macbook Air
aku rasa macam aku jeles tapi aku rasa nak tolong gak kawan aku merangkap sifu aku ni. aku garap FF monang!!!
Curahan rasa Amal Espraza @ ..(Gambar) Himpunan Kostum Batman Sejak Dulu
tengkiu bro..hahahha..sifu la sangat….apa terima ksih amal..
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Blogger Diperlukan Dan Menang Macbook Air
Saya suka alasannya, suka syairnya, semoga sukses dalam meraih impiannya…
Curahan rasa Dadan @ ..Keutamaan Hari Jum’at
oh tak lupa saya pun suka gadget impiannya MacBook Air memang juga jadi salah satu impian saya
Curahan rasa Dadan @ ..Keutamaan Hari Jum’at
Dadan suka syair.. lepas ini boleh amalkan syair di rumah. hik3
Curahan rasa nurmisnan @ ..Doa susah mendapat anak atau mandul
Dalam bilik air pun boleh. bersyair sambil mandi…. akekeke
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Wordless Wednesday #9
Oh suka sekali, apalagi syair dari daerah saya sendiri, sambil kerja terkadang suka dendangkan syair buat melepas kejenuhan…heheh
Curahan rasa Dadan @ ..Keutamaan Hari Jum’at
tu pantun kot…tapi aku main hentam jer….hahah…
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Blogger Diperlukan Dan Menang Macbook Air
Saya ikut sokong Faizal Fredley tuk dapatkan gadget impiannya…
Curahan rasa Dadan @ ..Keutamaan Hari Jum’at
cayalah musuh gua ni..hahahaha
kalau menang boleh patah dua ek FF oi..
Curahan rasa ujang @ ..Kisah Rasulullah SAW dgn Bukit Uhud
x caya aku bila musuh macam ko ni dtg support..mesti ada udang di sebalik balik….
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Blogger Diperlukan Dan Menang Macbook Air
ohh ini sape yang dapat point paling banyak menang la ye? ok good luck bro
macbook memang best 😛
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Persefahaman Asas Pembangunan Ummah
kita tunggu saja, siapa yang akan mendapat rezeki gadget impian tahun ini..
Curahan rasa Dadan @ ..Keutamaan Hari Jum’at
yup..harap2 dpt byyk markah ler…tp ramai yg otai join ni…susah nak menang
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Blogger Diperlukan Dan Menang Macbook Air
yup..dpt poin byk akan menang…tp pserta lain semua hebat…
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Blogger Diperlukan Dan Menang Macbook Air
eh silap..diubah dari lirik yg diubah..keh keh
Curahan rasa cikgu naman @ ..Bolehkah Jadi Kenyataan Gajet Impian Ini?
patutlah mcm lebih kurang je lirik..haha.ingat nak marah dah ciplak..rupanya ada tulis situ ..sepatutnya bukan edit by cikgu naman..diubah dari lirik cikgu naman gitu..;)
good luck bro!!! kalau dapat tu memang xdpat tido mlm jgn telan pil tido pulak…
Curahan rasa cikgu naman @ ..Bolehkah Jadi Kenyataan Gajet Impian Ini?
Nasib baca sampai habis kalau tidak kena marah ler
brother kita.. har3
Curahan rasa nurmisnan @ ..Doa susah mendapat anak atau mandul
heheheh..suka sgt dgr cikgu nyanyi lagu tu….lagi pasal iphone 4s pom best
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Blogger Diperlukan Dan Menang Macbook Air
Comments are closed.