Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku nak mohon maaf kepada semua 63 ahli dan paling utama kepada 68,850 rakan twitter Tribe Denaihati Network yang telah menerima beberapa tweet yang tajuknya agak lucah. Ramai sangat yang tidak selesa dengan tweet yang berunsur lucah walaupun kandungan entri tidak selucah mana pun. Ahli Tribe Denaihati Network kena faham kita berada dalam network yang besar dimana setiap entri kita automatik akan di tweet oleh ahli kepada rakan twitter mereka yang lain jadi jangan jadikan ahli lain seperti Blogger Trafik Hunter.
Memang ramai yang tak puas hati :
- @Bella @restnrileks @Mariuca > ya, bro @denaihati ada ramai twitter followers, malu kalau org fikir he sokong post lucah..tsk tsk
- @Ariffsah > Tak perlu kot entri2 yang guna keyword keywords lucah. Merosakkan account twitter orang lain je.
- @RestnRileks > Ariff, yanmie. Memang betul. Ramai juga yang tegur (bukan ahli triberr) yang tanya kenapa restnrileks ni lain macam je kandungan dan cara penyampaian. Heheee. Dah la auto tweet status ke Wall Fb juga. Kena fikir ni. Kena fikir.
- @Mariuca > Setuju amat sgt, mmg Merosakkan timeline org, deleted and this is not the first time entry2 sebegini Dari akaun tersebut!
- @Azmanisma > Minta diberi amaran keras kepada yg berkenaan atau removed sahaja sebab,twitter saya disharekan di fb..so tak sesuai kalau ada tajuk macam tu.Saya pun tak ada masa nak check triberr setiap masa
- @Muhammad Hafiz > aku baru je sedar pasal ni.. sbb mmber fb tegur.. aduhh.. malunya aku..
Tujuan Tribe Denaihati Network adalah untuk berkongsi informasi dan luahan rasa hati kepada seberapa ramai rakan twitter yang boleh. Menjadi tanggungjawab kepada setiap ahli untuk berkongsi sesuatu yang tiada unsur lucah kerana ramai yang sangat sangat tidak selesa dengan tajuk entri lucah. Entri bertajuk lucah memang boleh menarik trafik tetapi kalau pandai memaksima teknik SEO entri biasa pun boleh menarik lebih banyak trafik berbanding entri lucah. Tak percaya ini buktinya @ Kajian Trafik Blog.
Ramai yang sedang menunggu untuk masuk Tribe Denaihati Network jadi kepada yang dah jadi ahli kalau rasa Tribe Denaihati Network banyak memberi manafaat jangan dipersiakan. Aku selaku Chief untuk Tribe Denaihati Network tidak teragak-agak akan mengambil tindakan untuk mengeluarkan mana-mana ahli yang menyusahkan ahli yang lain.
Kepada ahli Tribe Denaihati Network ambil masa untuk login akaun Tribber dan lihat senarai entri dan delete mana-mana entri yang tak berkenan dihati dan jangan lupa juga klik +ve karma tanda sokongan pada entri yang kita tweet.
Kepada rakan twitter yang mempunyai twitter follower melebihi 500 kalau nak join Tribe Denaihati Network boleh tinggalkan Username Twitter @ Tribe Denaihati Network.
Kepada ahli Tribe Denaihati Network kalau nak belajar buat setting jom terjah @ Setting Akaun Tribber.
Baca juga Analisa Ringkas Trafik dari Tribber @ Zulseffort.com
65 Comments
Saya pernah sentuh dan sarankan letak #NSFW dan kawal tajuk entri.
diorang bukan tau pun benda ni bro.kalau tau pun,diorang buat dekk je.jenis tak makan saman punya budak…
Curahan rasa pacifista @ ..Highlight Bonus Pacifista
sukar nak kawal jika ahli terlalu ramai – terbaik ahli punya kesedaran sendiri tentang hal2 sebegini
Curahan rasa neo @ ..Buat Duit Dengan BuySellAds – Pengalaman Peribadi Aku
xleh nak join tribe DH..x ckup 500..huhu
Curahan rasa syu90 @ ..blog aku dah takde BE
Harap jangan lagi perkara sama berulang. Sangat memalukan tribe denaihati.
Curahan rasa Hisyamz @ ..Download Manga Secara Pukal
kalau tak kerana triberr twitter denaihati network, takkan blog saya semeriah pengunjung hari ini…follower twitter pun bertambah…ada satu saya perasan en denai..RT entri tapi saya tak buat, itu memang musykil…
Wa.. memang bagus tu.. satu bonus kan.. tapi tak pernah mencuba benda ni pulak..
Curahan rasa Steward John @ ..Merdekakah kita?
hehe.. follower twitter tak ramai.. nak juga join tribe dgn Denaihati Network.. nak kena pulun cari lebih ramai follower la kot.. 🙁
Curahan rasa CMRatu @ ..Teaser : Newborn | Majlis Akikah Ahmad Afnan Bin Ahmad Lutfi
Macam tu ker? kena cari follower yang ramai dulu baru boleh join?
Curahan rasa Steward John @ ..Merdekakah kita?
Nak kena tapis elok-elok ni,susah plak akalua da yang guna keywords yang tak elok nanti
Curahan rasa wazy @ ..Mumble less Monday #10 : Titian Perjalanan
Kita pulak yang akan disalahkan nanti
Curahan rasa Steward John @ ..Be grateful for what you have and never complain
bro denaihati boleh block jer akaun orang tersebut.
Curahan rasa zuls @ ..Hacked!
biasanya yang ada keyword lucah tu delete dari stream tapi leceh gak la kalau nak kena check tiap2 ari
nak keluar la dari tribber sekarang n masuk under denai hati
honestly, saya tak selesa habis. gila2 saya pun tak adalah sampai nak main keyword lucah tu.hehehehe. aduh, kamon bloggers. if bukan Islam saya malas nak komen sangat. tapi, masalahnyer yang buat keyword lucah tu blogger islam. bila kita tweet, followers marah saya. ada yg maki cuz ingatkan saya yang tulis entry tu. huhuhuhu.
jadi blogger biarlah berhemah sikit.
Curahan rasa lizz @ ..Konspirasi September 11 – Komen Tun Mahathir!
Sebab tu kot perlunya seseorang tu belajar etika seorang blogger sebelum menjadi penulis blog.
Curahan rasa Hisyamz @ ..Download Manga Secara Pukal
saya ada pasal untuk mbak saya islam dan saya buat keyword lucah tapi isinya tak ada hal vulgal sedikit pun tujuan kami hanya untuk menguasai search engine dan berhasil menghilangkan artikel vulgar dari halaman pertama google , meski kami sering kena caci maki tp kami berhasil tak ada lagi konten vulgar dihalaman pertama untuk keyword seperti anak smp
Curahan rasa tv review @ ..YouTube: Why It Is So Popular
Salam,
lama tak komen sini, tapi ada je selalu baca entry hihihihi.
betullah memang tak selesa sangat, pernah orang reply tweet dari tribber yang berunsur lucah, dia ingatkan k.yan yang tweet gitu :'( juga dari pemegang akaun yang dimaksudkan diatas, tajuk entry tu teramatlah lucah, kebanyakan entry semuanya berbaur lucah pedahal entry tidaklah selucah mana, cuma joke je pun, patut pemenang akaun tersebut lebih sensitif dengan hal ini.
Curahan rasa yanmie @ ..From Sandakan With Love
haishhhh typo pulak hahahhaa, bukan pemenang tapi pemegang :))
Curahan rasa yanmie @ ..From Sandakan With Love
saya pun kadang2 tidak selesa =..=
Curahan rasa eyra @ ..Cabaran Malaysia #Merdeka54
xpe la bro, jdikan pengajaran…
tak kisah…setiap org melakukan kesilapan
Curahan rasa hafizal @ ..Rebut RM1000 untuk Malaysia #Merdeka54
Saya juga pernah mengalami seperti itu. Dan malah dapat cacian dari seorang sahabat.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Leila Lopes Miss Universe 2011
Tapi bukannya kesilapan kita Bang Iwan..
Curahan rasa Steward John @ ..Be grateful for what you have and never complain
Comments are closed.