Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest SEO “HIDUP SEORANG BLOGGER” semakin panas. 55 blogger telah mendaftar termasuk 7 blogger dari negara jiran Indonesia dan tak mustahil lebih ramai akan ikut serta setelah membaca tips ringkas SEO dalam entri ini. Tips SEO yang akan aku persembahkan ini memang bagus dan aku sendiri pun banyak belajar dari tips ni …kenapa tak percaya??? Jadi kenalah baca sampai habis jangan sekerat-sekerat dan bagus RE TWEET dan Share kat FB tu..heee.
Kepada sesiapa yang telah membaca entri aku SEO Tutorial: Komponen Yang Mempengaruhi Google Ranking, korang nampak dalam carta tu Link Popularity terletak di tangga kedua sebagai salah satu komponen penting kepada Google untuk menyenaraikan page korang dalam Google search. Disebabkan entri ni bertemakan pertandingan SEO Hidup Seorang Blogger, kat sini aku nak kasi satu penerangan mudah kepada korang supaya semua orang dapat idea macam mana Link Popularity ni dikira. Dengan itu, pertandingan ni nanti jadi lebih sengitlah kan. hehe.. Barulah adil macam tu.
Pertama sekali nak tanya, laman web apa yang paling popular dalam internet selain Google? Laman web ni memang satu dunia popular, walaupun kita tak nampak orang link website-website ni kat mana-mana, tapi kalau kena keyword dia kat Google memang senang sangatlah nak cari. Jawapan dia kita tunggu di penghujung entri ni ye.
Perkara asas untuk menaikkan populariti sesebuah laman adalah link. Konsep dia senang je, semakin banyak link yang diterima oleh laman web tu dari pelbagai domain lain, semakin popular laman web tu. Populariti ini dikesan apabila Google mengindex laman web, spiders ni akan sampai semula ke laman web yang telah dilinkkan dari tempat lain. Dalam bahasa yang lebih mudah, contohnya kalau blog.ariff mendapat satu link daripada satu juta laman web atau blog yang lain, maka berjuta-juta kalilah Google bot akan mengindex blog.ariff (kemungkinan akan mendapat PR yang lebih tinggi pada update yang seterusnya). Itu pada asasnya.
Tapi Google pun pandai. Dalam hal ini mereka tahu yang orang akan mula buat berjuta-juta website baru yang lain semata-mata untuk memberi linkback ke website mereka (ada yang menjual kepada website lain). Untuk menangani masalah ini, mereka ambil kira maklumat click through daripada link-link ini, anchor text yang digunakan, IP, ISP dan pelbagai data lain. Kadang-kala sebuah laman web tidak perlu untuk memiliki linkback yang banyak untuk menjadi popular kalau kadar click through untuk laman web tersebut terlalu tinggi.
Dalam hal pertandingan SEO Hidup Seorang Blogger ini pula, disamping usaha-usaha untuk memantapkan entri pertandingan yang berlandaskan best SEO practices, click through rate adalah penting untuk mendapatkan 10 tempat pertama dalam Google Search Engine Result Page (SERP) dan seterusnya kekal di kedudukan tersebut sehingga pertandingan tamat. Kreativiti peserta adalah penentu kepada keputusan pertandingan ini. Sedikit tips: Anda boleh tweet entri tersebut tiap-tiap hari dengan mesej yang berlainan serta meminta rakan-rakan anda untuk ReTweet entri tersebut.
Oh ya, sebelum terlupa website yang aku maksudkan di awal entri ini adalah website pornografi. Kita tak nampak link dia pada laman web biasa atau blog orang lain, tapi kalau kena pada keywordnya memang laman web pornografi ni akan tersenarai di page pertama SERP dan biasanya kita tak perlu cari jauh sebab ianya dah memang popular!
Selamat berjaya kepada semua peserta pertandingan Hidup Seorang Blogger. Untuk tips SEO asas dalam bahasa Malaysia, silalah ke laman SEO blog.ariff.
Keterangan Penulis : Entri ini adalah hasil karya Ariffshah yang merupakan seorang blogger yang sangat ngetop sekarang. Blog beliau Ariffshah.com penuh dengan panduan dan tips yang dapat membantu teman-teman blogger baru dan lama berblogging.
P/s : Senarai penuh blogger berdaftar untuk Contest HIDUP SEORANG BLOGGER.
[ad#Mangga 300]
163 Comments
boleh dijadikan panduan ni untuk tingkatkan blog popularity 😀
Curahan rasa etomyam @ ..Bandung Cincau Paling Istimewa
Betul tu.. kena catat semua benda ni dalam kertas agar tak lupa.
Curahan rasa Steward John @ ..Experience the infusion of Urban Music and Nature Inspired Music only in Stompin Sabah 2010
owh.. banyak lagi saya tak tau tentang hal ini.. untuk juga sertakan diri dalam contest ni.. mula-mula tahu pasal PR.. sekarang baru nak tahu pasal SEO pula.. blogger ariffshah makin popular.. kalah artis.. huhuhu..
Curahan rasa Faarihin @ ..Contest Hidup Seorang Blogger
nak taip untung jadi untuk la pula.. hehehe..
Curahan rasa Faarihin @ ..Contest Hidup Seorang Blogger
nanti lepas belajar PR, pastu Meta Tag,Anchor Text,LinkWheel,RSS Submission,Authority Site dan banyak lagi..sure pro la nanti..hehe
Curahan rasa Maliq @ ..Blogger Or maybe WordPress – How They Compare
Wah bolehlah bro kongsi-kongsikan ILMU tu kat kitaorang yg masih merangkak ni.
haha..takder lah bro..sy pun masih newbie dan belajar lagi..boleh jer kongsi ilmu setakat yang termampu..mat saleh cakap..sharing is caring..hehe
Curahan rasa Maliq @ ..Blogger Or maybe WordPress – How They Compare
Ramai jer blogger dekat luar tu kata sharing is sexy.. mungkin ni la yang dikatakan sexy ni.. hehe
Curahan rasa Steward John @ ..Hello Diva- Goodbye Hallmark
Betul ker ni bro? tengok dah masuk dekat tangga pertama keputusan carian contest terbaru tu.. hehe
Curahan rasa Steward John @ ..How to- Change your favicon for blogger and wordpress
Yer la.. salah sorang artis dalam dunia berblogging tu..
Curahan rasa Steward John @ ..How to- Change your favicon for blogger and wordpress
tengok je lah =)
Curahan rasa anastasyea @ ..Idea Kekeringan Di Bulan Puasa
biar tengok n belajar sis 😀
Curahan rasa Maliq @ ..Google Image Baru Tidak Menguntungkan Hidup Seorang Blogger
Kalau omputih cakap, watch and learn.. macam mana kalau learn and participate? mesti lagi best kan. heeh
Curahan rasa Steward John @ ..How to- Change your favicon for blogger and wordpress
Jom.. kita tengok jer dulu contest kali ni.. bila dah rasa boleh join. kita join.
Tengok sambil kongsi ILMU dan dapat ILMU.
Tukang tengok je la… PR 1 je… almaklumlah blog tak popular.. 🙁
Bro, kalau blog bro tak popular, blog saya lagi la tiada jenama.. PR pun masih telur.. hehe
selamat berjaya kepada semua peserta kuiz Hidup Seorang Blogger..sedih takleh nak join..support dari belakang jela
Curahan rasa zuriey @ ..Bakal suami aku seorang penyanyi
Haaha.. tak pe la..saya pun support peserta dari belakang jer.. nak tengok macam mana dorang ni berentap
link populariti memang memainkan peranan penting, di samping itu faktor lain ialah cuba belek2 kalau anda ada blog lama mungkin dkt situ boleh membantu blog yg masuk pertandingan
sekian
Curahan rasa mijie @ ..Kisah hidup blogger yang terdesak
huh aku macam dah termasuk dalam mangkuk gergasi hanya tinggal nak ditelan je hahaha. yang masuk semua hebat2 beb 😀
Curahan rasa tmukmkd @ ..Foursquare- Jom Jadi Datuk Bandar
Haha.. Lawak pulak.. siap analogi mangkuk besar.. tapi kalau mangkuk besar tu digegarkan, mesti isi mangkuk tu melempar keluarkan..
Curahan rasa Steward John @ ..SEO Contest- Hidup Seorang Blogger
lg satu blog kne lah ade content yg bsek….klu link byk, layout lawa tp content hampeh xgune gk…
Curahan rasa aidi @ ..WTC diganti 13 tingkat Masjid dan Pusat Komuniti
Betul sangat kata bro tu.. content tu lagi penting sebenarnya.
Nice tips bro.
Curahan rasa neodmarco @ ..Blogger Malaysia Di Facebook Sebab Kenapa Aku Keluar Dari Kelab Ini
banyak benda nak kena buat utk seo nie yek… cara paling cepat nk dpt backlink contohnya kita buat contest….
nk buat comment banyak2 secara manual tak larat la…
Curahan rasa Cabaran SEO @ ..Masa Berlalu… Manusia Berubah…
Setuju sangat pendapat bro tu.. Kalau melalui contest cepat jer dapat backlink.. tapi kena kreatif juga buat contest, biar lain daripada yang lain.
Curahan rasa Steward John @ ..SEO Contest- Hidup Seorang Blogger
ya tapi mesti keluar uang dulu lah
Curahan rasa munir ardi @ ..Saatnya Untuk Para Blogger Indonesia Bergandeng Tangan
Loh… koq sampai keluar uang?
untuk apa sih?
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Indonesia Merdeka
Ha tu la Bang Iwan kena baca komentar dari atas.. yang dibincangkan ialah mengenai backlinks melalui contest.
Curahan rasa Steward John @ ..SEO Contest- Hidup Seorang Blogger
Betul tu bro.. terpaksa la kalau nak benda ni terjadi kan.
Curahan rasa Steward John @ ..SEO Contest- Hidup Seorang Blogger
belom layak utk join contest..PR masih 0 huhu…apa2hal tip yg bagus
Tak pe.. kita duduk tengok jer la otai2 ni berentap dalam contest ni.
Curahan rasa Steward John @ ..SEO Contest- Hidup Seorang Blogger
kena naikkan PR macam ni. dulu sebelum domain dah PR2.
takpe, nnt denai hati bolehh buat contest lagi ye!
hak3
Curahan rasa hakimfaridzul @ ..Trafik mencanak- thanx to Dahlia Journal!
Sama la.. pindah jer pegi domain, terus PR jadi reset…
Curahan rasa Steward John @ ..SEO Contest- Hidup Seorang Blogger
Itulah salah satu resikonya bro….
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Indonesia Merdeka
Ya betul. nasib baik saya sudah awal2 melalui risiko tu..
Curahan rasa Steward John @ ..SEO Contest- Hidup Seorang Blogger
thanks, memang banyak manfaat from this article
Hidup Seorang Blogger
Betul tu.. lepas ni kena praktikkan pulak dekat blog kita tu.
Curahan rasa Steward John @ ..SEO Contest- Hidup Seorang Blogger
ya untuk SEO dan meningkatkan PR
Curahan rasa munir ardi @ ..Saatnya Untuk Para Blogger Indonesia Bergandeng Tangan
Itu sudah pasti.. dah bulan August ni, entah dah update atau belum PR ni.
Curahan rasa Steward John @ ..SEO Contest- Hidup Seorang Blogger
masih terkial-kial mempraktis teknik seo nie…huhuh
Curahan rasa Sir Marcello @ ..Kubur Bercahaya
Memanglah kita semua pun sedang belajar ni terutama SEO Bahasa Malaysia ni
Comments are closed.