Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest SEO “HIDUP SEORANG BLOGGER” semakin panas. 55 blogger telah mendaftar termasuk 7 blogger dari negara jiran Indonesia dan tak mustahil lebih ramai akan ikut serta setelah membaca tips ringkas SEO dalam entri ini. Tips SEO yang akan aku persembahkan ini memang bagus dan aku sendiri pun banyak belajar dari tips ni …kenapa tak percaya??? Jadi kenalah baca sampai habis jangan sekerat-sekerat dan bagus RE TWEET dan Share kat FB tu..heee.
Kepada sesiapa yang telah membaca entri aku SEO Tutorial: Komponen Yang Mempengaruhi Google Ranking, korang nampak dalam carta tu Link Popularity terletak di tangga kedua sebagai salah satu komponen penting kepada Google untuk menyenaraikan page korang dalam Google search. Disebabkan entri ni bertemakan pertandingan SEO Hidup Seorang Blogger, kat sini aku nak kasi satu penerangan mudah kepada korang supaya semua orang dapat idea macam mana Link Popularity ni dikira. Dengan itu, pertandingan ni nanti jadi lebih sengitlah kan. hehe.. Barulah adil macam tu.
Pertama sekali nak tanya, laman web apa yang paling popular dalam internet selain Google? Laman web ni memang satu dunia popular, walaupun kita tak nampak orang link website-website ni kat mana-mana, tapi kalau kena keyword dia kat Google memang senang sangatlah nak cari. Jawapan dia kita tunggu di penghujung entri ni ye.
Perkara asas untuk menaikkan populariti sesebuah laman adalah link. Konsep dia senang je, semakin banyak link yang diterima oleh laman web tu dari pelbagai domain lain, semakin popular laman web tu. Populariti ini dikesan apabila Google mengindex laman web, spiders ni akan sampai semula ke laman web yang telah dilinkkan dari tempat lain. Dalam bahasa yang lebih mudah, contohnya kalau blog.ariff mendapat satu link daripada satu juta laman web atau blog yang lain, maka berjuta-juta kalilah Google bot akan mengindex blog.ariff (kemungkinan akan mendapat PR yang lebih tinggi pada update yang seterusnya). Itu pada asasnya.
Tapi Google pun pandai. Dalam hal ini mereka tahu yang orang akan mula buat berjuta-juta website baru yang lain semata-mata untuk memberi linkback ke website mereka (ada yang menjual kepada website lain). Untuk menangani masalah ini, mereka ambil kira maklumat click through daripada link-link ini, anchor text yang digunakan, IP, ISP dan pelbagai data lain. Kadang-kala sebuah laman web tidak perlu untuk memiliki linkback yang banyak untuk menjadi popular kalau kadar click through untuk laman web tersebut terlalu tinggi.
Dalam hal pertandingan SEO Hidup Seorang Blogger ini pula, disamping usaha-usaha untuk memantapkan entri pertandingan yang berlandaskan best SEO practices, click through rate adalah penting untuk mendapatkan 10 tempat pertama dalam Google Search Engine Result Page (SERP) dan seterusnya kekal di kedudukan tersebut sehingga pertandingan tamat. Kreativiti peserta adalah penentu kepada keputusan pertandingan ini. Sedikit tips: Anda boleh tweet entri tersebut tiap-tiap hari dengan mesej yang berlainan serta meminta rakan-rakan anda untuk ReTweet entri tersebut.
Oh ya, sebelum terlupa website yang aku maksudkan di awal entri ini adalah website pornografi. Kita tak nampak link dia pada laman web biasa atau blog orang lain, tapi kalau kena pada keywordnya memang laman web pornografi ni akan tersenarai di page pertama SERP dan biasanya kita tak perlu cari jauh sebab ianya dah memang popular!
Selamat berjaya kepada semua peserta pertandingan Hidup Seorang Blogger. Untuk tips SEO asas dalam bahasa Malaysia, silalah ke laman SEO blog.ariff.
Keterangan Penulis : Entri ini adalah hasil karya Ariffshah yang merupakan seorang blogger yang sangat ngetop sekarang. Blog beliau Ariffshah.com penuh dengan panduan dan tips yang dapat membantu teman-teman blogger baru dan lama berblogging.
P/s : Senarai penuh blogger berdaftar untuk Contest HIDUP SEORANG BLOGGER.
[ad#Mangga 300]
163 Comments
owh.. aku masih lagi bingung mengenai seo.. namun sedang belajar sikit2.. harap bro dan lain2 dapat membantu..
Curahan rasa RedBoy @ ..Penjara Yang Cantik dan Mewah
Jangan risau, ramai jer yang akan membantu dekat sini ni..
Curahan rasa Steward John @ ..How to- Change your favicon for blogger and wordpress
Trims infonya, segera kami pelajari lebih lanjut dan menuju ke Ariffshah.com
Curahan rasa aura pelupa @ ..Canda Rasulullah SAW
Ha.. betul tu, banyak jer informasi dekat blog tu.. harus diterjah.
Curahan rasa Steward John @ ..SEO Contest- Hidup Seorang Blogger
dah 2x baca tapi still kurang paham…hurmm learning and learning
Curahan rasa ray ban @ ..Size guide
Haha.. tak pe.. baca perlahan baru faham benda ni..
Curahan rasa Steward John @ ..SEO Contest- Hidup Seorang Blogger
maknanya lepas habis kontes pon blog yg mana menyertai tetap akan mantap
gitu?
lepas contest tak pasti, kalau ctr dan banyak faktor lain tak berubah, maka kekal macam tu jelah.
faktor lain sama ada root domain blog tu naik/jatuh pr, ada pingback/trackback etc, entri pertandingan diupdate atau di ping di mana-mana..
banyak sangat faktor.. yang aku bagi tu contoh je la.
Curahan rasa ariff @ ..Aku Mula Membenci
salam…
wah hebat..ramai yang berminat
dan menyertainya..semoga semuanya
berjaya mendapat backlink
yang banyak dan terus popular..
Curahan rasa zulkbo @ ..Kematian Pasti Buat Yang Bernyawa
bermakna CTR juga memainkan peranan dalam ranking SERP?camtu ke?
yes. takde ctr link kosong je boleh turun ranking kalau nak banding link lain.
Untuk pertandingan macam ni, ctr biasanya main peranan besar sebab keyword semua sama.
Curahan rasa ariff @ ..Aku Mula Membenci
ini menda manyak susah mau buat.. tambah2 kalau malas mcm aku nie ha.
Curahan rasa Anwar Osman @ ..Activate your trial KIS 2011
still tak pandai dan tak faham suma tu…kena banyak membaca lagi ni
Curahan rasa afiq aiman @ ..Hidup Seorang Blogger-Mencari Identiti
Yer bro.. perlahan-lahan kita belajar sama2.. baca dan baca sehingga dapat faham.
Curahan rasa Steward John @ ..SEO Contest- Hidup Seorang Blogger
perlu belajar dan baca pelan-pelan supaya bisa mengerti
Curahan rasa munir ardi @ ..Jadwal Imsak dan Berbuka Puasa Seluruh Daerah Indonesia
Betul tu.. lagi pula mana la informasi ni akan lari kan.. hehe
Curahan rasa Steward John @ ..SEO Contest- Hidup Seorang Blogger
Ikon FB Sharenya baru dipasang yah Bro?
Aku cuba klik dulu ah…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pidato Kenegaraan SBY
iya baru nampak pula aku
Curahan rasa munir ardi @ ..Jadwal Imsak dan Berbuka Puasa Seluruh Daerah Indonesia
Haha.. yer la, kan bro baru berkunjung dekat sini petang ni.
Curahan rasa Steward John @ ..SEO Contest- Hidup Seorang Blogger
Ha.. klik saja button tu… baru tadi tengahari bro DH pasang benda tu.
Curahan rasa Steward John @ ..SEO Contest- Hidup Seorang Blogger
Intinya bikin blog supaya populer perlu waktu lama, bisa bertahun-tahun.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pidato Kenegaraan SBY
Salah satu cara ampuh untuk mendapatkan link popularity dan menaikkan page ranking dimata search engine adalah dengan cara mengirim (submit) artikel ke banyak direktori artikel ( Articles Directory )
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pidato Kenegaraan SBY
semakin banyak artikel kita yang di approve (diterima) makin bagus pula popularity website kita di search engine sehingga dapat menaikkan traffic, selain itu dengan banyaknya artikel kita yang “nempel” di situs lain kemungkinan kita mendapatkan traffic gratis juga semakin besar.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pidato Kenegaraan SBY
Saya merekomendasikan ezinearticles.com, articlecity.com dan articledashboard.com, dan juga ArticleCillin.com untuk anda coba.
ezinesarticles tu memang selalu dengar dekat mana2 tu.. dah fames benda tu.
Curahan rasa Steward John @ ..SEO Contest- Hidup Seorang Blogger
Saya jug setuju kalau Bang Iwan berkata macam tu. dah banyak link popularity, mesti cepat jer naik blog tu.
Curahan rasa Steward John @ ..How to- Change your favicon for blogger and wordpress
Direktori artikel umumnya mempunyai page ranking yang tinggi ( PR 5 keatas) di google, sehingga dengan adanya link kita yang biasanya ada di signature artikel nempel di situs yang page rankingnya tinggi kemungkinan kita akan dapat “pembagian” PR 1 atau 2 tingkat.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pidato Kenegaraan SBY
Ha.. kalau macam ni kena cari juga directory tu.. tapi kalau directory kebanyakkannya mengamalkan NoFollow jer tu.
Curahan rasa Steward John @ ..SEO Contest- Hidup Seorang Blogger
Kalau ini juga saya pernah terbaca ni.. memang bagus juga tipsnya
Curahan rasa Steward John @ ..SEO Contest- Hidup Seorang Blogger
hmm… masih blur2 sket2… tapi tgh proses cuba memahami ..
Curahan rasa mrnamie @ ..Resepi biskut Famos Amos
wow, hebatt
Curahan rasa matjoe @ ..Scam- 12DailyPro- Ramai tertipu
xsabar nk tulis entri contest nih walpon idea nk update tue xmuncol2 ag..uhuhu
perkongsian yg menarik.. apabila sesuatu link tu menjadi popular, ianya akan mendapat perhatian google.. bro denaihati, nak tanya, bro punya comment navigation yg previous dan newer comment ni bro pakai plugin apa? ke mmg dah default dr theme?
Curahan rasa Azuan @ ..Epilog Syurga Cinta Slot Akasia TV3
Comments are closed.