Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
hari ini kita akan berbincang dan membuat review mengenai laman LimauMandarin.com sebuah laman yang berkongsikan pelbagai info mengenai lokasi lawatan di China. Ianya membawakan konsep blog yang mudah di baca dan di fahami. Kali ini ulasan akan lebih kepada struktur laman dan beberapa perkara teknikal.
Ini adalah ulasan untuk kita belajar bersama-sama, bukan untuk menuding kesalahan sesiapa, yang baik kita ambil dan teladani.
Halaman utama yang kemas
Apabila kita membuka halaman utama LimauMandarin.com, kita akan dihidangkan dengan paparan yang kemas dengan paparan 2 sticky post yang mereka ingin tonjolkan, diikuti oleh artikel terbaru di bawahnya. Laman Limau Mandarin menggunakan template yang ringkas dan mudah untuk dilayari oleh pembaca.
Ruangan menu menggunakan konsep mega menu, dan mempunyai pembahagian mengikut kategori, ianya memudahkan pembaca yang ingin membuat rujukan dalam laman ini. Setakat yang disemak semasa artikel ini ditulis, ada 87 artikel yang telah diterbitkan dan 12 halaman statik yang boleh dilayari.
Capaian dan optimasi laman
Semasa membuat semakan awal menggunakan gtmetrix, berikut adalah keputusan yang diperolehi.
Ini adalah keputusan yang terlalu kasar jika kita ingin buat penilaian, antara faktor utama kenapa ianya kasar adalah disebabkan lokasi pelayan gtmetrix ini yang berada di luar negara. Biasanya gtmetrix ini hanya digunakan untuk analisa awal.
Andai skor di gtmetrix terlalu teruk, kita boleh buat optimasi terlebih dahulu, sebelum ujian menggunakan tools yang berbeza pula. Dalam gambar, skor untuk limaumandarin pada tahap yang baik. Walaupun mungkin anda nampak ada skor D di situ. Ianya bukan dalam kategori kritikal, kerana hanya perlu buat beberapa tetapan untuk perbaiki skor D tersebut.
Seterusnya, semakan menggunakan webpagetest.org pula dibuat, ini membolehkan kita memilih pelayan yang lebih dekat dengan negara kita Malaysia. Dalam gambar di bawah, ini adalah keputusan menggunakan pelayan dari Singapura.
Kita dapat lihat bagaimana semua elemen utama yang diuji mendapat skor A. Tahniah diucapkan kepada LimauMandarin.com. Skor ini adalah baik cuma untuk total loading time 4 saat itu masih boleh diperbaiki. ada beberapa file yang digunakan menyebabkan ianya jadi begitu. kita boleh lihat dalam paparan di bawah.
Ini adalah paparan waterfall view daripada webpagetest.org, rakan-rakan boleh buat semakan sendiri untuk web masing-masing. Pergi ke halaman webpagetest.org kemudian masukkan URL penuh untuk analisa percuma.
Ruangan artikel yang boleh ditambahbaik
Sekiranya kita memilih mana-mana artikel dalam laman LimauMandarin untuk dibaca, paparan seperti dibawah akan kelihatan terlebih dahulu.
Paparan seperti ini memang nampak cantik, namun ianya menyebabkan pembaca keliru terutama pembaca yang masih baru melayai halaman ini. Ada ketika, pembaca tak perasan ada anak panah di bawah paparan itu atau perlu skrol untuk membaca artikel penuh.
Sebaiknya, apabila link artikel diklik, sekurang-kurangnya paparkan perenggan pertama agar pembaca tahu, mereka perlu skrol untuk membaca artikel penuh. Ini sekadar cadangan agar pengalaman pembaca akan lebih baik. Kita bukan sekadar inginkan kecantikan tetapi ianya perlu praktikal.
Lain-lain sudut dalam laman LimauMandarin.com
Secara keseluruhan, laman LimauMandarin ini tidak mempunyai masalah yang kritikal, ianya telah dibina dan disusun dengan baik. Penulisan artikel, struktur artikel, penggunaan gambar, pembahagian perenggan dalam keadaan yang selesa untuk di baca.
Satu perkara yang mungkin boleh difikirkan, untuk menambah saiz font dalam artikel, ini sekadar cadangan untuk memberi keselesaan kepada pembaca yang berumur. Kemudian, boleh juga tambah no telefon dan email di bahagian top bar (selain button click to whatsapp yang telah disediakan), agar sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkan pakej, boleh buat nampak nombor telefon tersebut.
Kita akan sentuh beberapa teknikal lain dalam review seterusnya untuk laman yang berbeza pula. Setiap laman ada keunikan dan keistimewaan yang tersendiri, semakin banyak kita mengkaji, ianya akan menjadi semakin seronok.
69 Comments
bagus juga entri ulasan mcm ni. blogger lain pun boleh blajar dan tambah baik blog masing masing
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis My Coffee Prince di Astro Ria
Found your post interesting to read. This article is really very interesting and effective. Good Luck for the upcoming update. – shirdi flight package, best shirdi tour package from chennai
bagus sekali, nama domain pun dah best, kena dengan nichenya.boleh ramai blogger lagi ikut macam ni
review yang menarik, kami blogger lain dapat mengambil manfaat yang dikongsikan dalam artikel ini
Curahan rasa rujukan @ ..Buat Untung 12.5% Dengan Saham THHeavy (7206)
Sahabat blogger yang lain boleh contohi cara Denai Hati buat ulasan laman Limau Mandarin bila nak dapat job review.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pelan Integriti Jabatan Kastam Di Raja Malaysia
sebelum ni tak pernah dgr atau masuk page limau mandrin. bagus juga DH buat ulasan mcm ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..5 SEBAB KENAPA ANDA PERLU BELI iPHONE X
Pendedahan khas sebelum pergi ke tanah besar China, kalau tak nanti pergi terpinga pinga.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penguasa Kastam Gred WK41
saya berharap website begini mendapat limpahan trafik yang organik dari Google atau enjin carian yang lain..
barulah bisnes banyak masuk..
tambahan pula saya perhatikan website ini memang cantik la
Curahan rasa mrhanafi @ ..9 Teknik SEO 2018 Yang Terbaik
Ya, kita doakan Limau Mandarin dapat banyak trafik, sebab dah masuk Denai Hati mesti dapat banyak liputan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
betul . sebab ramain yg mencari info di google jika mahu ke luar negara
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis My Coffee Prince di Astro Ria
memang perlu sangat membaca web rujukan seperti ini sebelum kita melancong ke sebuah negara
Curahan rasa Bujang @ ..Penyebab Stress Kepada Seorang Usahawan
wajib tu kalau nak melancong ke China.
kalau di terjemah ke bahasa Mandarin lagi bagus..
dapat juga orang Cina membaca dengan lebih feel.
Curahan rasa mrhanafi @ ..9 Teknik SEO 2018 Yang Terbaik
Ramai rakyat Malaysia suka melancong ke China sama ada untuk membeli belah atau sekadar percutian. Ia salah satu platform rujukan yang bagus untuk mereka membuat persediaan sebelum kesana.
Hai, bang blog dah ok ke, nak blogwalking sekejap lagi, hari tu ada error ke.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pemasaran Emel Lebih Pantas Dari FB Ads
trafik blog dia tu tinggi..
itu sebab selalu error kot..
ya.
trafik adalah nadi sesuatu blog
Saya tak suka makan limau mandarin sebab kandungan khasiatnya kurang
makan mesti batuk batuk
Hehe
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Set tambah berat badan shaklee? Elakkan 3 perkara ini supaya berkesan!
Setiap orang ada rasa yang berbeza dengan limau, saya suka yang masam dan yang manis, keduanya saling melengkapi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Pujuk Pasangan Yang Berbeza Minat
bolehla limau masam masam manis..
sedap juga tu.
yang limau mandarin memang sedap..
tak hairan dah dijadikan domain pda website tersebut
Curahan rasa mrhanafi @ ..9 Teknik SEO 2018 Yang Terbaik
baru tahu juga tentang laman web limaumandarin.com
saya suka sangat dengan template ..
kemas dan bersih.
mata pun senang nak tengok.
boleh dikatakan Falling in love jadinya
Curahan rasa mrhanafi @ ..Tak Sangka Duit Banyak Masuk Dengan Teknik Wechat
Boleh jadikan laman web Limaumandarin sebagai contoh… Loading blog pun laju… Terbaik
Curahan rasa Anuar @ ..Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
betul tu tuan..
kalau saya ada blog lagi..
saya buat jenis yang kemas dan profesional begitu
Curahan rasa mrhanafi @ ..Tak Sangka Duit Banyak Masuk Dengan Teknik Wechat
Review terbaik tentang laman web Limaumandarin.com…. Pasti ramai yang berminat nak dapatkan maklumat percutian di China melalui laman web ini..
Curahan rasa Anuar @ ..Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
kalau berada di carian utama..
banyak trafik masuk tu..
lagi glamer la selepas ini.
mudah-mudah blog web tersebut terus sukses
Curahan rasa mrhanafi @ ..Tak Sangka Duit Banyak Masuk Dengan Teknik Wechat
Blog limau ini sesuai dijadikan rujukan. Saya suka membaca blog limau seperti yang anda sarankan.
pada mulanya saya hampir nak keliru..
wah ada blog yang jual limau mandarin.
kalau ada bagus juga..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Tak Sangka Duit Banyak Masuk Dengan Teknik Wechat
syokla baca review teknikal macam ni. banyak benda baru yang saya belajar .. best website tu, buat rasa nak gi China hari ni gak
Curahan rasa JMR @ ..Idea Kumpul RM 41,748.51 untuk Anak Sambung Belajar
ya..
bahagian teknikal blog memamg wajar diberi perhatian..
itulah yang menjadi pandangan pertama kepada pengunjung
Curahan rasa mrhanafi @ ..Tak Sangka Duit Banyak Masuk Dengan Teknik Wechat
Page yang ringan akan memudahkan pembaca terus mengikuti maklumat yang terkandung di dalamnya. Page yang berat walaupun banyak gambar menarik, akan menyebabkan loading lama dan pembaca tidak mahu tunggu lama. Blog limau mandarin boleh dijadikan contoh sebagai sebuah page carian maklumat mengenai percutian di china.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Khasiat Akasia Senegal Lebih Tinggi Daripada Akasia Seyal
betul tu..susah nak jumpa blog yang ada gambar banyak tapi laju je speed dia..
Curahan rasa JMR @ ..Idea Kumpul RM 41,748.51 untuk Anak Sambung Belajar
Mungkin setting pada web ini sangat cun..
sebab itu sangat laju.
template sangat kemas.
saya rasa template premium.
cuma font kecil dan perenggan rapat..
kalau nak baca agak lambat..
kalau nak scan ya sangat bagus
Curahan rasa mrhanafi @ ..Tak Sangka Duit Banyak Masuk Dengan Teknik Wechat
Kalau nak tunggu loading pun lambat, ada kemungkinan pelawat terus berpindah ke laman yang lain.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Beli Rumah Pertama
kepantasan blog memang menjadi tarikan utama pembaca.
saya sebenarnya kurang gemar kepada iklan top up..
kalau tiada iklan sayang juga ..
nanti tak dapat income
Curahan rasa mrhanafi @ ..9 Teknik SEO 2018 Yang Terbaik
Comments are closed.