LimauMandarin.com berkongsi pelbagai maklumat mengenai percutian di China

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

hari ini kita akan berbincang dan membuat review mengenai laman LimauMandarin.com sebuah laman yang berkongsikan pelbagai info mengenai lokasi lawatan di China. Ianya membawakan konsep blog yang mudah di baca dan di fahami. Kali ini ulasan akan lebih kepada struktur laman dan beberapa perkara teknikal.

Ini adalah ulasan untuk kita belajar bersama-sama, bukan untuk menuding kesalahan sesiapa, yang baik kita ambil dan teladani.

Halaman Utama LimauMandarin.com

Halaman utama yang kemas

Apabila kita membuka halaman utama LimauMandarin.com, kita akan dihidangkan dengan paparan yang kemas dengan paparan 2 sticky post yang mereka ingin tonjolkan, diikuti oleh artikel terbaru di bawahnya. Laman Limau Mandarin menggunakan template yang ringkas dan mudah untuk dilayari oleh pembaca.

Ruangan menu menggunakan konsep mega menu, dan mempunyai pembahagian mengikut kategori, ianya memudahkan pembaca yang ingin membuat rujukan dalam laman ini. Setakat yang disemak semasa artikel ini ditulis, ada 87 artikel yang telah diterbitkan dan 12 halaman statik yang boleh dilayari.

Paparan mega menu yang memudahkan
Paparan mega menu yang memudahkan pembaca membuat rujukan.

Capaian dan optimasi laman

Semasa membuat semakan awal menggunakan gtmetrix, berikut adalah keputusan yang diperolehi.

Keputusan awal analisa menggunakan gtmetrix

Ini adalah keputusan yang terlalu kasar jika kita ingin buat penilaian, antara faktor utama kenapa ianya kasar adalah disebabkan lokasi pelayan gtmetrix ini yang berada di luar negara. Biasanya gtmetrix ini hanya digunakan untuk analisa awal.

Andai skor di gtmetrix terlalu teruk, kita boleh buat optimasi terlebih dahulu, sebelum ujian menggunakan tools yang berbeza pula. Dalam gambar, skor untuk limaumandarin pada tahap yang baik. Walaupun mungkin anda nampak ada skor D di situ. Ianya bukan dalam kategori kritikal, kerana hanya perlu buat beberapa tetapan untuk perbaiki skor D tersebut.

Seterusnya, semakan menggunakan webpagetest.org pula dibuat, ini membolehkan kita memilih pelayan yang lebih dekat dengan negara kita Malaysia. Dalam gambar di bawah, ini adalah keputusan menggunakan pelayan dari Singapura.

keputusan skor menggunakan webpagetest

Kita dapat lihat bagaimana semua elemen utama yang diuji mendapat skor A. Tahniah diucapkan kepada LimauMandarin.com. Skor ini adalah baik cuma untuk total loading time 4 saat itu masih boleh diperbaiki. ada beberapa file yang digunakan menyebabkan ianya jadi begitu. kita boleh lihat dalam paparan di bawah.

Paparan optimasi fonts limaumandarin

Ini adalah paparan waterfall view daripada webpagetest.org, rakan-rakan boleh buat semakan sendiri untuk web masing-masing. Pergi ke halaman webpagetest.org kemudian masukkan URL penuh untuk analisa percuma.

Ruangan artikel yang boleh ditambahbaik

Sekiranya kita memilih mana-mana artikel dalam laman LimauMandarin untuk dibaca, paparan seperti dibawah akan kelihatan terlebih dahulu.

Paparan pada halaman artikel individu
Paparan pada halaman artikel

Paparan seperti ini memang nampak cantik, namun ianya menyebabkan pembaca keliru terutama pembaca yang masih baru melayai halaman ini. Ada ketika, pembaca tak perasan ada anak panah di bawah paparan itu atau perlu skrol untuk membaca artikel penuh.

Sebaiknya, apabila link artikel diklik, sekurang-kurangnya paparkan perenggan pertama agar pembaca tahu, mereka perlu skrol untuk membaca artikel penuh. Ini sekadar cadangan agar pengalaman pembaca akan lebih baik. Kita bukan sekadar inginkan kecantikan tetapi ianya perlu praktikal.

Lain-lain sudut dalam laman LimauMandarin.com

Secara keseluruhan, laman LimauMandarin ini tidak mempunyai masalah yang kritikal, ianya telah dibina dan disusun dengan baik. Penulisan artikel, struktur artikel, penggunaan gambar, pembahagian perenggan dalam keadaan yang selesa untuk di baca.

Satu perkara yang mungkin boleh difikirkan, untuk menambah saiz font dalam artikel, ini sekadar cadangan untuk memberi keselesaan kepada pembaca yang berumur. Kemudian, boleh juga tambah no telefon dan email di bahagian top bar (selain button click to whatsapp yang telah disediakan), agar sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkan pakej, boleh buat nampak nombor telefon tersebut.

Kita akan sentuh beberapa teknikal lain dalam review seterusnya untuk laman yang berbeza pula. Setiap laman ada keunikan dan keistimewaan yang tersendiri, semakin banyak kita mengkaji, ianya akan menjadi semakin seronok.


Spread the love

69 Comments

  1. Performa blognya sangat elok sekali.. Tapi di lihat dari speed GTMetrix YSlownya rendah, mungkin perlu ditingkatkan kembali.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!