Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang rugi siapa yang tak tengok Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya. Satu persembahan komedi yang sangat hebat. Lawak Ke Der 3 menggabungkan penampilan muka lama dan muka baru dalam 7 persembahan yang berlangsung pada 4 hingga 8 Disember 2013 di Istana Budaya.
Gabungan muka lama dan baru ni untuk menyuntik kelainan serta memberikan pengisian dan idea baru dalam lawak yang dipersembahkan kepada penonton. Kalau asyik dengan lawak yang dah selalu kita tengok memang bosan la kan.
Lawak Ke Der 3 merupakan sambungan bagi Lawak Ke Der 1 dan 2 arahan Hans Issac yang telah diadakan dengan penuh jayanya sebelum ni walaupun berlaku kes rakaman persembahan tersebar di YouTube. Kali ni ternyata Lawak Ke Der 3 satu persembahan lawak paling terbaik pernah diadakan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Hans Isaac serta barisan pelawak dan krew yang terlibat.
Lawak Ke Der 3 dibarisi pelawak Harith Iskander dan Nabil Ahmad yang dikekalkan, selain penampilan muka baru iaitu Kumpulan Jambu (Yus dan Taukey) dan Douglas Lim yang berjaya menyenakkan lagi perut dengan lawak-lawak kental mereka.
Ada yang cakap Lawak Ke Der 2 lebih kelakar. Ada juga yang cakap Lawak Ke Der 3 ni lebih hebat dan terbaik. Mana satu yang betul? Kalau nak tahu, kenalah tengok sendiri. Tapi kehebatan Lawak Ke Der 3 terbukti bila tiket-tiket semuanya habis dijual. Ramai yang kecewa sebab tak sempat nak tengok.
Lawak Ke Der 3 Persembahan Komedi Terhebat
Setelah menonton persembahan Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya baru-baru ni, rasanya idea lawak yang dibawa kali ni memang lebih hebat terutamanya persembahan lawak daripada Douglas Lim yang paling banyak menerima tepukan gemuruh daripada penonton.
Persembahan Nabil, Harith Iskander dan Kumpulan Jambu pun tak kurang hebatnya. Ada saja idea lawak yang dikeluarkan mereka. Kadang-kadang lawak Nabil tak menjadi, tapi dia tetap mampu buat orang ketawa dengan lawak yang tak jadi tu. Dia pandai cover. Haha. Memang terbaiklah Nabil yang juga merupakan pengacara Lawak Ke Der 3.
Kumpulan Jambu pun best juga dengan lawak spontan mereka. Lawak Harith Iskander pula memang sangat terbaik. Maklum sajalah dia kan dikenali sebagai King of Malaysian Stand Up Comedian. Lawak jenaka dia dah semestinya setanding dengan gelaran yang diberi.
ESCAPE ‘cuit-cuit’ dengan Lawak Ke Der 3
Berita baik bagi mereka yang tak sempat pergi menonton persembahan Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya, mulai 31 Disember 2013 anda berpeluang menyaksikan Lawak Ke Der 3 secara eksklusif di ESCAPE selama 6 bulan! Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Lawak Ke Der 3 di ESCAPE.
ESCAPE merupakan dunia hiburan peribadi yang boleh anda bawa ke mana-mana saja. Dengan ESCAPE anda dapat nikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak lagi. Anda boleh memilih untuk membayar dan menonton filem kegemaran dengan sekali bayar atau melanggan akses bulanan tanpa had hanya RM25 sebulan.
Lebih 500 filem dan rancangan boleh anda pilih merangkumi pelbagai genre seperti aksi, ngeri, komedi, drama, seram, cinta, termasuk konsert terkini, acara karpet merah yang eksklusif, berita terbaru dan banyak lagi.
Peraduan ESCAPE Hadiah Wang Tunai RM5,000
Satu lagi peluang yang mesti direbut terutamanya pelanggan Celcom. Anda boleh sertai peraduan Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 setiap hari! Caranya mudah saja. Mulai 7 Disember – 27 Disember 2013, pelanggan Celcom perlu tonton YouTube Channel – Cuit-Cuit @ESCAPE setiap hari untuk menjawab satu teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3.
Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan hantarkan jawapan yang tepat dengan pantas ke 20888. Jawapan tak perlu panjang, cukup dengan hanya satu perkataan.
Nak tahu lebih lanjut? Layari laman web ESCAPE di www.ESCnow.com.
44 Comments
Tonton Lawak Ke Der 4 dah ade nak keluar ke?hehe..memang seronok tengok lawak ke der dari first lawak ke der lagi
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
tak pernah tengok gie xsempat nak tengok selalu layan maharaja lawak mega ja..
Curahan rasa adna2029 @ ..‘Pemanis SemulaJadi Stevia’
lagi satu suka tengok tv realiti mencari pelawak yg ada mentoor tu suka sangat layan sowang pun leh jadi hihii 🙂
Curahan rasa adna2029 @ ..‘Pemanis SemulaJadi Stevia’
Hahahaha…memang terbaik Lawak Ke Der 3 ni…sampai dua tiga kali ulang menonton…syabas!
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
tapi wawa rasa perlu dikurangkan rancangan lawak ni. walaupun boleh menghilangkan stress, tapi ada sesetengah cikgu cakap kalau banyak ketawa nanti ilmu berkurang. betul ke?
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..BERJAYA KE PUSINGAN SETERUSNYA DALAM CABARAN IPHONE 5S
wawa pernah tengok sekali je lawak ke der ni. menarik jugak. memang tak kering gusi kalau tengok lawak ke der ni. nak nak bila ade nabil. hihi
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Benarkah rugi kalau tak tengok? Sekarang ni dah terlalu banyak aksi lawak dan komedi sahaja menjadi bahan tontonan, dari filem, theater hinggalah ke siaran tv… Wajar dikurangkan kpd topik pengisian yg lebih bermanfaat.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Wow! 50 Juta Views!!!
Tak lernah tengok lagi. Tapi nik sebenarnya lebih minat kalau ada Jozan. Fanatik dengan Jozan sebernya. Tapi sekali sekala nak juga tengok lawak dari orang lain.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 22 : Destinasi Percutian Impian Nik
wawa pun minak jozan jugak nik! jozan memang terbaik hihi. betul tu, kita sekali sekala kena bertukar selera jugak. jangan asyik tengok yang sama je. Hehe
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Tak tertengok lagi Lawak Ke Der 3 ini. Dengar cerita, Lawak Ke Der 3 ini tetap best walaupun tanpa Jozan dan Boboi. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Giveaway 2014 Mialiana.com
Comments are closed.