MaTiC Fest 2013 Acara Menarik Pusat Pelancongan Malaysia

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, rugi rasanya siapa tak pergi ke program ‘MaTiC Fest 2013’ yang diadakan pada 29 November hingga 1 Disember 2013 baru-baru ni. Seronok! Aku sempat pergi sekejap pada petang hari Sabtu tengok majlis perasmian MaTiC Fest 2013.

Memang sangat meriah program MaTiC Fest 2013 pada petang tu. Lepas majlis perasmian, berpeluang tengok aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan di situ, melawat Pameran Kucing Antarabangsa dan bersiar-siar sekitar kawasan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).

MaTiC Fest 2013 program anjuran oleh Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)

MaTiC Fest 2013 ni merupakan program anjuran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) iaitu agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Penganjuran program ini bertujuan mempromosikan MaTiC sebagai ‘One-Stop Centre‘ untuk kemudahan pelancong dalam dan luar negeri menerusi pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.

Perasmian MaTiC Fest 2013 di Pusat Pelancongan Malaysia

Senaman Tarian Cuti-Cuti 1Malaysia di MaTiC Fest 2013

MaTiC Fest merupakan acara tahunan dan penyertaannya terbuka kepada orang ramai serta pelancong asing. MaTiC Fest turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuklah KFC, Ribena Malaysia, Secret Garden, Cocoa Boutique, Saloma Bistro serta mendapat kerjasama erat daripada pihak Tourism Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Sekretariat Visit Malaysia Year 2014.

MaTiC Fest 2013 di Pusat Pelancongan Malaysia, Jalan Ampang Kuala Lumpur

Banyak aktiviti menarik di program MaTiC Fest 2013. Pengisian program bersifat komprehensif iaitu melibatkan aktiviti sukan lasak / sukan rakyat, bakat, ilmiah dan juga kebudayaan. Kesemua aktiviti yang diadakan bersesuaian dengan setiap peringkat umur. Antara aktiviti yang diadakan di MaTiC Fest 2013:

  • Pertandingan Paint Ball
  • Pertandingan dan Pameran Cat Show
  • Pertandingan Treasure Hunt
  • Pertandingan Karaoke
  • Pertandingan Mewarna Batik
  • Pertandingan Cabaran Sukan Rakyat
  • Pertandingan Mewarna
  • Pertandingan Gusti Lengan
  • Pertandingan Kereta ‘Tamiya’

Chicky, Maskot KFC meraikan kanak-kanak di program MaTiC Fest 2013

Pertandingan Paintball di program MaTiC Fest 2013

Pertandingan Kereta Tamiya di MaTiC Fest 2013

Pertandingan Kucing Antarabangsa di program MaTiC Fest 2013

Cadangnya nak pergi lagi pada hari terakhir MaTiC Fest 2013 tapi tak berkesempatan. Kalau pergi mungkin boleh bagi sokongan moral kepada rakan blogger yang masuk bertanding Treasure Hunt pada hari tu, antaranya blogger Ben Ashaari yang merupakan salah seorang personaliti online paling berpengaruh di Malaysia.

Walaupun acara MaTiC Fest 2013 ni dah pun tamat, tahun depan akan diadakan lagi. Di samping tu, kita juga boleh ke acara yang tak kurang menariknya iaitu 1Malaysia KL Family Fair yang diadakan setiap hari Sabtu di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).

Maklumat lanjut tentang program-program menarik anjuran Pusat Pelancongan Malaysia boleh layari laman web www.matic.gov.my atau Facebook MaTiC.

Gambar-gambar Program MaTiC Fest 2013
[customgallery]


Spread the love

54 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!