Tonton Lawak Ke Der 3 di ESCAPE

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang rugi siapa yang tak tengok Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya. Satu persembahan komedi yang sangat hebat. Lawak Ke Der 3 menggabungkan penampilan muka lama dan muka baru dalam 7 persembahan yang berlangsung pada 4 hingga 8 Disember 2013 di Istana Budaya.

Gabungan muka lama dan baru ni untuk menyuntik kelainan serta memberikan pengisian dan idea baru dalam lawak yang dipersembahkan kepada penonton. Kalau asyik dengan lawak yang dah selalu kita tengok memang bosan la kan.

Lawak Ke Der 3 persembahan komedi di Istana Budaya

Lawak Ke Der 3 merupakan sambungan bagi Lawak Ke Der 1 dan 2 arahan Hans Issac yang telah diadakan dengan penuh jayanya sebelum ni walaupun berlaku kes rakaman persembahan tersebar di YouTube. Kali ni ternyata Lawak Ke Der 3 satu persembahan lawak paling terbaik pernah diadakan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Hans Isaac serta barisan pelawak dan krew yang terlibat.

Lawak Ke Der 3 dibarisi pelawak Harith Iskander dan Nabil Ahmad yang dikekalkan, selain penampilan muka baru iaitu Kumpulan Jambu (Yus dan Taukey) dan Douglas Lim yang berjaya menyenakkan lagi perut dengan lawak-lawak kental mereka.

Ada yang cakap Lawak Ke Der 2 lebih kelakar. Ada juga yang cakap Lawak Ke Der 3 ni lebih hebat dan terbaik. Mana satu yang betul? Kalau nak tahu, kenalah tengok sendiri. Tapi kehebatan Lawak Ke Der 3 terbukti bila tiket-tiket semuanya habis dijual. Ramai yang kecewa sebab tak sempat nak tengok.

Event blogger di Istana Budaya menonton persembahan Lawak Ke Der 3

Lawak Ke Der 3 Persembahan Komedi Terhebat

Setelah menonton persembahan Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya baru-baru ni, rasanya idea lawak yang dibawa kali ni memang lebih hebat terutamanya persembahan lawak daripada Douglas Lim yang paling banyak menerima tepukan gemuruh daripada penonton.

Persembahan Nabil, Harith Iskander dan Kumpulan Jambu pun tak kurang hebatnya. Ada saja idea lawak yang dikeluarkan mereka. Kadang-kadang lawak Nabil tak menjadi, tapi dia tetap mampu buat orang ketawa dengan lawak yang tak jadi tu. Dia pandai cover. Haha. Memang terbaiklah Nabil yang juga merupakan pengacara Lawak Ke Der 3.

Kumpulan Jambu pun best juga dengan lawak spontan mereka. Lawak Harith Iskander pula memang sangat terbaik. Maklum sajalah dia kan dikenali sebagai King of Malaysian Stand Up Comedian. Lawak jenaka dia dah semestinya setanding dengan gelaran yang diberi.

Blogger menonton Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya

Event blogger persembahan Lawak Ke Der 3

Blogger di event Lawak Ke Der 3 yang diadakan di Istana Budaya

ESCAPE ‘cuit-cuit’ dengan Lawak Ke Der 3

Berita baik bagi mereka yang tak sempat pergi menonton persembahan Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya, mulai 31 Disember 2013 anda berpeluang menyaksikan Lawak Ke Der 3 secara eksklusif di ESCAPE selama 6 bulan! Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Lawak Ke Der 3 di ESCAPE.

ESCAPE merupakan dunia hiburan peribadi yang boleh anda bawa ke mana-mana saja. Dengan ESCAPE anda dapat nikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak lagi. Anda boleh memilih untuk membayar dan menonton filem kegemaran dengan sekali bayar atau melanggan akses bulanan tanpa had hanya RM25 sebulan.

Lebih 500 filem dan rancangan boleh anda pilih merangkumi pelbagai genre seperti aksi, ngeri, komedi, drama, seram, cinta, termasuk konsert terkini, acara karpet merah yang eksklusif, berita terbaru dan banyak lagi.

Tonton persembahan Lawak Ke Der 3 eksklusif di ESCAPE (escnow.com)

Peraduan ESCAPE Hadiah Wang Tunai RM5,000

Satu lagi peluang yang mesti direbut terutamanya pelanggan Celcom. Anda boleh sertai peraduan Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 setiap hari! Caranya mudah saja. Mulai 7 Disember – 27 Disember 2013, pelanggan Celcom perlu tonton YouTube Channel – Cuit-Cuit @ESCAPE setiap hari untuk menjawab satu teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3.

Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan hantarkan jawapan yang tepat dengan pantas ke 20888. Jawapan tak perlu panjang, cukup dengan hanya satu perkataan.

Nak tahu lebih lanjut? Layari laman web ESCAPE di www.ESCnow.com.

Lawak Ke Der 3 eksklusif di ESCAPE


Spread the love

44 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!