Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang rugi siapa yang tak tengok Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya. Satu persembahan komedi yang sangat hebat. Lawak Ke Der 3 menggabungkan penampilan muka lama dan muka baru dalam 7 persembahan yang berlangsung pada 4 hingga 8 Disember 2013 di Istana Budaya.
Gabungan muka lama dan baru ni untuk menyuntik kelainan serta memberikan pengisian dan idea baru dalam lawak yang dipersembahkan kepada penonton. Kalau asyik dengan lawak yang dah selalu kita tengok memang bosan la kan.
Lawak Ke Der 3 merupakan sambungan bagi Lawak Ke Der 1 dan 2 arahan Hans Issac yang telah diadakan dengan penuh jayanya sebelum ni walaupun berlaku kes rakaman persembahan tersebar di YouTube. Kali ni ternyata Lawak Ke Der 3 satu persembahan lawak paling terbaik pernah diadakan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Hans Isaac serta barisan pelawak dan krew yang terlibat.
Lawak Ke Der 3 dibarisi pelawak Harith Iskander dan Nabil Ahmad yang dikekalkan, selain penampilan muka baru iaitu Kumpulan Jambu (Yus dan Taukey) dan Douglas Lim yang berjaya menyenakkan lagi perut dengan lawak-lawak kental mereka.
Ada yang cakap Lawak Ke Der 2 lebih kelakar. Ada juga yang cakap Lawak Ke Der 3 ni lebih hebat dan terbaik. Mana satu yang betul? Kalau nak tahu, kenalah tengok sendiri. Tapi kehebatan Lawak Ke Der 3 terbukti bila tiket-tiket semuanya habis dijual. Ramai yang kecewa sebab tak sempat nak tengok.
Lawak Ke Der 3 Persembahan Komedi Terhebat
Setelah menonton persembahan Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya baru-baru ni, rasanya idea lawak yang dibawa kali ni memang lebih hebat terutamanya persembahan lawak daripada Douglas Lim yang paling banyak menerima tepukan gemuruh daripada penonton.
Persembahan Nabil, Harith Iskander dan Kumpulan Jambu pun tak kurang hebatnya. Ada saja idea lawak yang dikeluarkan mereka. Kadang-kadang lawak Nabil tak menjadi, tapi dia tetap mampu buat orang ketawa dengan lawak yang tak jadi tu. Dia pandai cover. Haha. Memang terbaiklah Nabil yang juga merupakan pengacara Lawak Ke Der 3.
Kumpulan Jambu pun best juga dengan lawak spontan mereka. Lawak Harith Iskander pula memang sangat terbaik. Maklum sajalah dia kan dikenali sebagai King of Malaysian Stand Up Comedian. Lawak jenaka dia dah semestinya setanding dengan gelaran yang diberi.
ESCAPE ‘cuit-cuit’ dengan Lawak Ke Der 3
Berita baik bagi mereka yang tak sempat pergi menonton persembahan Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya, mulai 31 Disember 2013 anda berpeluang menyaksikan Lawak Ke Der 3 secara eksklusif di ESCAPE selama 6 bulan! Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Lawak Ke Der 3 di ESCAPE.
ESCAPE merupakan dunia hiburan peribadi yang boleh anda bawa ke mana-mana saja. Dengan ESCAPE anda dapat nikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak lagi. Anda boleh memilih untuk membayar dan menonton filem kegemaran dengan sekali bayar atau melanggan akses bulanan tanpa had hanya RM25 sebulan.
Lebih 500 filem dan rancangan boleh anda pilih merangkumi pelbagai genre seperti aksi, ngeri, komedi, drama, seram, cinta, termasuk konsert terkini, acara karpet merah yang eksklusif, berita terbaru dan banyak lagi.
Peraduan ESCAPE Hadiah Wang Tunai RM5,000
Satu lagi peluang yang mesti direbut terutamanya pelanggan Celcom. Anda boleh sertai peraduan Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 setiap hari! Caranya mudah saja. Mulai 7 Disember – 27 Disember 2013, pelanggan Celcom perlu tonton YouTube Channel – Cuit-Cuit @ESCAPE setiap hari untuk menjawab satu teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3.
Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan hantarkan jawapan yang tepat dengan pantas ke 20888. Jawapan tak perlu panjang, cukup dengan hanya satu perkataan.
Nak tahu lebih lanjut? Layari laman web ESCAPE di www.ESCnow.com.
44 Comments
Masih ada peluang untuk menonton Lawak Ke Der 3 dengan ESCAPE.
Curahan rasa akubiomed @ ..Lawak Ke Der 3 yang dibawa oleh ESCAPE
Waalaikumsalam, lawak adalah seni untuk menghibur orang banyak, lawak sangat perlu untuk kita yang setiap hari jenuh dengan pekerjaan masing-masing sehingga lupa untuk bercanda ria dengan teman, nah dengan menonton lawak kita bisa menghilangkan stress.
Curahan rasa obat darah tinggi alami @ ..Obat Tradisional Darah Tinggi 99
Layan dengan Escape pun puas hati jugak ni
Curahan rasa wazy @ ..Mood Menulis Yang Baru
Nak kena layan online nmpaknya…hohoho
Curahan rasa hafizmd @ ..5 Tips Rumah Tangga Pasangan Baru Kahwin
Cara marketing yang sangat berkesan..buat contest sambil tonton youtube!
Curahan rasa kaykillua @ ..Ape Kriteria Untuk Naikkan SEO?
entah bila la den dapat tonton LIVE kat Istana Budaya tuh…huhu
Curahan rasa papa mifz @ ..Ramalan Cuaca di Kuala Terengganu ( 08/12/2013 – 14/12/2013 )
tak penah plak tengok douglas Lim buat lawak.. biasa lawak ramai2 je cam rancangan spontan..
Curahan rasa zool @ ..Sudah 35 tahun
ramai bagi feedbac terbaik utk LKD3 ni..terbaik ! 😀
Curahan rasa Farisya Anastasyia @ ..Kebaikan Bedak Sejuk
Sekali sekala nonton cerita lawak boleh jugak untuk berlatih senyum. Kalau asyik serius fikir masalah saja tak akan habis.
Curahan rasa Mohd Shubhi @ ..Kenapa kedai mamak buat kenduri hari pembukaan restoran
Betul jugak tu. Kena ada jugak masa utk senyum
Curahan rasa hafizmd @ ..Siri 2:10 Tips Menjadi Ibubapa Cemerlang
Seriously nak sangat try masuk istana budaya. Dulu pernah masuk klpac je. Kecik. Nak try tgk pentas besar lak. Huhuu.. Frust tak de jozan ngan sepahtu.. Huhuuu
Mantaap…! Sambil menonton lawak yang membuat kita tertawa gembira, juga bisa dapat hadiah. Siapa yang tak mau…?
Curahan rasa Dawaihati @ ..Blogger Penggemar Arsenal
Sayang tak dapat join blogger2 gi tengok Lawak Ke der 3 rabu lepas
Ternyata tanpa jozan ia tetap hebat…
ingatkan kat Penang Escape… lawak ke der memang dah terbukti terbaik sejak yang pertama lagi… 🙂
Curahan rasa muktasim @ ..Man Utd terus di timpa Malang
Ramai blogger yang dah tengok lawak ker der 3 dekat Istana Budaya rupanya.. Saya tak sempat lagi nak tengok.. Nak tunggu tengok dekat Escape jer nanti.
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO Eridy bahan Ujikaji ke 6
mesti best lawak ke der 3 ni kaaaan
Curahan rasa pinkbubblegumprincess @ ..Kad kahwin Che Ta dan Zain : Eksklusif siot! ~
Comments are closed.