Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Industri perfileman di Malaysia merupakan antara yang aktif saban tahun. Setiap minggu sudah pasti ada sahaja filem-filem baru yang dimasukkan ke senarai panggung wayang di Malaysia. Ada yang meletup box office dan ada juga yang mungkin pulang modalnya sahaja.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Tahun demi tahun, filem tempatan dilihat semakin mengorak langkah dengan adanya teknologi yang telah dikuasai dan dipelajari. Berbanding dengan puluhan tahun yang lalu, sudah pasti ada bezanya. Penerbit dan pengarah sesebuah filem sudah pasti mahukan bajet yang memberikan pulangan yang memberangsangkan.
Bagi menggalakkan perfileman di Malaysia, Finas turut memberikan bantuan dalam bentuk kemudahan pinjaman dan sewaan alat kelengkapan penggambaran serta kemudahan produksi filem, dewan pratonton dan studio.
Sehingga Oktober 2018, Munafik 2 kini merupakan filem tempatan paling hebat sepanjang masa di Malaysia dan satu-satunya filem yang melebihi kasar melebihi RM40 juta.
Kutipan filem tempatan paling tinggi di Malaysia:
- Munafik 2 – RM48 juta
- Hantu Kak Limah 3 – RM36 juta
- PASKAL – RM30 juta
- Polis EVO 2 – RM20 juta
- Abang Long Fadil 2 – RM18.15 juta
- Polis EVO – RM17.74 juta
- Munafik – RM17.04 juta
- The Journey – RM16.87 juta
- Ola Bola – RM16.67 juta
- BoboiBoy : The Movie – RM15.77 juta
Pihak kerajaan turut membantu pengeluar-pengeluar filem tempatan dengan menawarkan potongan 50% kepada iklan-iklan di televisyen kerajaan oleh Kementerian Penerangan.
Furious 7 kini merupakan filem antarabangsa tertinggi sepanjang masa di Malaysia dan memegang beberapa rekod iaitu filem tertinggi pada tahun 2015, rekod pembukaan tertinggi sepanjang masa dan satu-satunya filem kepada kasar melebihi RM60 juta.
Sehingga 2017, Fate of the Furious telah mengambil alih sebagai pembukaan tertinggi hujung minggu sepanjang masa pada tahun 2017.
Untuk pegetahuan, Avengers: Infinity War menjana lebih $2 bilion di seluruh dunia, menjadi filem keempat untuk melampaui pencapaian, dan filem ke-4 tertinggi sepanjang masa.
Black Panther, Jurassic World: Kingdom Fallen and Incredibles 2 masing-masing berjumlah lebih $1 bilion di seluruh dunia, dan merupakan antara filem-filem tertinggi kutipannya sepanjang zaman.
125 Comments
civil war tu ramai yang berdebat dgn mengatakan ia adalah filem super hero terbaik yg pernah dihasilkan.
infinity war adalah filem paling best 2018.. pada saya la. tak minat sgt super hero tp yg ni benar benar best
untuk film transformers, saya cuma tgk filem pertama sahaj. lepas tu terus hilang minat
age of ultron nombor 4? pada say filem biasa biasa sahaja. cuma nak mmperkenalkan karakter penting sperti wanda dan vision
jumanji mmg best.. mula mula saya skeptikal juga sbb ia adalah reboot. tak sangka best
kutipan filem di malaysia msih lagi dikuasai oleh file hollywood.. nak buat mcm mana kan?
hantu kak limah 2 memang sangat ssuai di tonton seisi keluarga. karya yang tak berat dan menghiburkan. ,,terbaik lah..
jamar tgk ya? sy tak tgk lagi cuma tgk filem yang pertama dulu je
Munafik 2 kena kecam sebab poster nya sangat buruk. Tp rata rata suka dgn filem nya
Filem suoerhero mmg membunuh filem lain dari segi kutipan. Nak buat mcm mana kan…
Susah nak jangka kutipan filem ni. Kalau salah percaturan mmg tak ada org tgk
Pada saya filem terbaik 2018 adalah infinity war dan hereditary. Tengok banyak kali pun tak pernah bosan
Filem-filem tertinggi kutipannya sepanjang zaman iaitu Black Panther, Jurassic World: Kingdom Fallen and Incredibles 2 masing-masing berjumlah lebih $1 bilion di seluruh dunia. Hebat!
Hebat kan? Tersenyum lebar la para penerbit dan pelakon nya sebab filem mereka ni laku
Pihak kerajaan pun prihatin juga dengan membantu pengeluar-pengeluar filem tempatan dengan menawarkan potongan 50% kepada iklan-iklan di televisyen kerajaan
Ye. Sebab mereka tahu filem tmpatan ni susah nak dpt sambuta. So mereka bantu sebanyak yg boleh
Comments are closed.