Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, entri ini sambungan dari entri kembara Turki sebelum ini iaitu “Turki aku datang“, “Urfa kota Para Nabi” dan “Tarsus kota purba menarik di Turki“. Daripada tiga entri ini alhamdulillah perjalan beribu batu sangat mencabar tapi banyak juga ilmu baru yang aku belajar dan paling best apabila melawat lokasi yang pernah dicatatkan dalam entri yang lepas seperti “kisah ashabul kahfi”.
Tak banyak yang dapat dilihat dalam perjalanan dari Tarsus ke Konya kerana hari sudah malam melainkan semua terlena kepenatan. Konya adalah sebuah bandar yang terletak ditengah-tengah Turki merupakan bandar terbesar di Turki. Konya merupakan bandar yang sangat tua yang dibina pada tahun 3000 SM yang telah diperintah berbagai Kerajaan antaranya Seljuk, Karamanid dan Ottoman dan pernah menjadi ibu negara kepada Kerajaan Seljuk. Kalau melawat Turki jangan lupa untuk singgah di bandar menarik Konya yang penuh dengan sejarah tamadun dunia.
Paling tersentuh hati apabila dapat bertemu dengan empat pelajar Malaysia di asrama MTS Konya. Mereka sangat teruja untuk berjumpa kami sehingga sanggup menunggu sehingga lewat malam. Asrama MTS tempat kami menginap adalah antara beratus asrama MTS yang terdapat di Konya. Semua asrama MTS dibina hasil wakaf daripada penderma Usahawan dan Jutawan Turki contohnya seorang jutawan telah menderma dua juta Turki Lira untuk pembinaan asrama tempat kami menginap. Semuga ramai di kalangan kita yang berjiwa memberi seperti mereka sehingga terbina asrama yang bagus untuk anak-anak kita. Apa kata kita mulakan dengan minima RM10 (kalau lebih lagi bagus) untuk pembinaan Madrasah Tahfiz An Nuur Muar.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahannya, sedih juga bila tiba masa meninggalkan anak-anak Malaysia semuga mereka menjadi pendakwah yang bertebaran di seluruh alam. Semuga ALLAH permudahkan usaha mereka dan usaha MTS mendidik anak-anak tanpa mengira negara. Untuk maklumam pembaca bukan sahaja anak Malaysia yang belajar di MTS Turki tetapi mereka datang dari berpuluh negara yang ditempatkan di beratus madrasah di seluruh Turki. Ramai yang sudah tamat belajar dan mereka di tempatkan di madrasah-madrasah di 148 negara.
Memang besar bandar Konya dengan berbagai fasiliti pengangkutan dan berbagai bagunan perniagaan yang moden tetapi mata terpukau dengan bagunan lama tinggalan sejarah berbagai kerajaan lama. Kami singgah di Makam Maulana Jalaluddin Muhammad Rumi ulama yang sangat terkenal di Turki. Kalau pernah dengar Tarian Sufi Turki banyak dikaitan dengan Maulana Jalaluddin kerana ramai pengikutnya mengamalkan zikir sambil menari berpusing-pusing. Kami melawat musium dengan berbagai peninggalan antaranya naskah Al Quran lama dan berbagai momemun kehebatan zaman Maulana Jalaluddin. Barulah aku tahu rupanya serban besar yang digunakan oleh pengikut Maulana Jalaluddin adalah kain kapan mereka sendiri yang yang digunakan apabila mereka meninggal. Kami tidak dibenarkan mengambil gambar ketika menziarahi makam Maulana Jalaluddin Muhammad Rumi. Makam Maulana Jalaluddin terletak di bawah kubah hijau teringat pulak Makam Rasulullah yang juga di bawah kubah hijau. Paling menarik dalam makam tersebut terdapat rambut Nabi Muhammad SAW yang sangat harum tersimpan dalam bekas.
Rupanya kembara turki ini telah merungkai rahsia lebih lima puluh tahun rahsia asal nama Bos Karangkraf, Datuk Husamuddin yang selama ini tertanya kenapa nama beliau berbeza dari adik beradik yang lain yang bermula dengan huruf “F”. Husamaddin adalah nama yang disebut dalam naskah menulisan di musium Maulana Jalaluddin. Inshaa ALLAH dengan nama yang indah Datuk Husamuddin aku doakan Datuk akan menjadi pencentus pengerakkan Islam keseluruh alam yang bebas dari pengaruh politik terlampau.
Di akhir lawan di Konya kami singgah di sebuah tadika MTS daripada lebih 50 buah tadika yang ada di seluruh Konya. Memanglah hebat tadika untuk anak-anak Turki berusia dari 3 – 6 tahun dengan berbagai fasiliti dan kemudahan seperti bilik komuter, bilik tidur, bilik aktiviti dan bilik makan. Paling best bila tengok anak-anak berusia 6 tahun sudah khatam 30 juzuk dan mahir berbagai doa dan zikir. Bukan sahaja ilmu Al Quran tetapi sunnah Nabi juga diajar di tadika sehinggakan mengamalkan makan secubit garam sebelum makan. Anak-anak memang perlu dididik dengan ilmu agama bermula dari usia muda tetapi ramai ibu bapa di Malaysia yang terlupa kerana sibuk dengan dunia.
Perjalanan seterusnya adalah menuju ke Bandar Alanya sebuah bandar di pinggir Lautan Mediterranean. Semuga ada ilmu baru yang dipelajari dari entri “Konya kota bermula tarian sufi Turki“. Untuk melihat keenseman kami dan keindahan tempat menarik di Turki sila ke http://instagram.com/denaihati. Kepada yang tak pernah tahu apa itu tarian sufi Turki jom kita tonton bersama.
108 Comments
Pembinaan masjid, surau atau sekolah den an hasil derma atau wakaf insyaAllah berkat
Curahan rasa Faizal @ ..Guna Peluang Waktu Mustajab Doa
Baru saya tahu, di sini tempat berasal nya tarian Sufi. Ingatkan di Andalusia
Curahan rasa Faizal @ ..Guna Peluang Waktu Mustajab Doa
Menarik tengok sufi dance tu. Lagi menarik kalau boleh tengok betul-betul depan mata.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Cara Melakukan Qunut Nazilah
Berbahagialah hari ini, saat kita masih dapat berbuat sesuatu untuk kebaikan. Mungkin esok kesempatan itu sudah tidak ada. Jangan tunda sampai besok apa yang bisa kita lakukan hari ini hehe 😀
Marhaban ya ramadhan, mohn maaf lahir dan batin 🙂
Uishh ada gambar selfie gak tu. Harapnya datang ke Turki ni tentu banyak pengalaman dan pengetahuan baru dah dapat, memang seronok belajar berkaitan sejarah, terutama mengenai tamadun Islam yang memang gah dan hebat.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Ciri Blog Berpengaruh
terima kasih atas informasinya
SubhanAllah..benarkah rambut nabi Muhammad SAW tuh berbau tersangat harum? Ada cerita ker disebalik rambut nabi Muhammad SAW yg berada di situ?
Curahan rasa UpProfits @ ..Jorge Pereyra Diaz Wira Baru JDT
ramai yang terpikat dengan gambar yang pertama… subahanallah, memang cantk
Curahan rasa KelipKelip @ ..Tips Mendidik Anak Tanpa Kekasaran
Betul tu… gambar tu pun dah buat orang yang tgk rasa nak pergi sangat sangat ke Turki
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Ciri Blog Berpengaruh
haha DH join sufi dance tak?
Curahan rasa KelipKelip @ ..Resepi Biskut Chocolate Chip Famous Amos
Tarian Sufi nih kalau tak salah diorang menari sambil berzikir..tapi orang kita lebih advance siap berlagu disko berzikir..
Curahan rasa UpProfits @ ..JDT vs Pahang MSL Liga Super
berlagu disko berzikir? macam dah terpesong jauh tu hehe
Curahan rasa JMR @ ..Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.
pertama kali dengar dan lihat tarian sufi ini
gambar pertama tu edit HDR ke? sangat lawaaa
Curahan rasa cikgu naman @ ..Melompat Lebih Tinggi!
Tarian sufi ini tidak boleh ditarikan di Malaysia.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Ramadhan Dan Aidil Fitri Semakin Hampir
oh yeke..mengapa ye? memang unik sekali tarian ini
Curahan rasa cikgu naman @ ..Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Ganti PMR
seronok tengok tempat orang ni..sambil2 mengimbau sejarah..jauh berjalan luas pandangan..
Curahan rasa weschairs @ ..Hotspring Sungkai, Perak (air panas)
tak semua berkemampuan tetapi semuanya berkemungkinan
teringin jugak travel² sebegini..mengenal bumi Allah yang luas ni
Curahan rasa cikgu naman @ ..EPHYRA PILIHANKU PHASE 2 – Cabaran 30 hari bersama Ephyra
Bak kata orang..jauh perjalanan luas pengalaman.. bukan semua orang berpeluang menjelajah ke negara orang..
Curahan rasa UpProfits @ ..EPHYRA PILIHANKU PHASE 2 – Cabaran 30 hari bersama Ephyra
Comments are closed.