Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, entri ini sambungan dari entri kembara Turki sebelum ini iaitu “Turki aku datang“, “Urfa kota Para Nabi” dan “Tarsus kota purba menarik di Turki“. Daripada tiga entri ini alhamdulillah perjalan beribu batu sangat mencabar tapi banyak juga ilmu baru yang aku belajar dan paling best apabila melawat lokasi yang pernah dicatatkan dalam entri yang lepas seperti “kisah ashabul kahfi”.
Tak banyak yang dapat dilihat dalam perjalanan dari Tarsus ke Konya kerana hari sudah malam melainkan semua terlena kepenatan. Konya adalah sebuah bandar yang terletak ditengah-tengah Turki merupakan bandar terbesar di Turki. Konya merupakan bandar yang sangat tua yang dibina pada tahun 3000 SM yang telah diperintah berbagai Kerajaan antaranya Seljuk, Karamanid dan Ottoman dan pernah menjadi ibu negara kepada Kerajaan Seljuk. Kalau melawat Turki jangan lupa untuk singgah di bandar menarik Konya yang penuh dengan sejarah tamadun dunia.
Paling tersentuh hati apabila dapat bertemu dengan empat pelajar Malaysia di asrama MTS Konya. Mereka sangat teruja untuk berjumpa kami sehingga sanggup menunggu sehingga lewat malam. Asrama MTS tempat kami menginap adalah antara beratus asrama MTS yang terdapat di Konya. Semua asrama MTS dibina hasil wakaf daripada penderma Usahawan dan Jutawan Turki contohnya seorang jutawan telah menderma dua juta Turki Lira untuk pembinaan asrama tempat kami menginap. Semuga ramai di kalangan kita yang berjiwa memberi seperti mereka sehingga terbina asrama yang bagus untuk anak-anak kita. Apa kata kita mulakan dengan minima RM10 (kalau lebih lagi bagus) untuk pembinaan Madrasah Tahfiz An Nuur Muar.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahannya, sedih juga bila tiba masa meninggalkan anak-anak Malaysia semuga mereka menjadi pendakwah yang bertebaran di seluruh alam. Semuga ALLAH permudahkan usaha mereka dan usaha MTS mendidik anak-anak tanpa mengira negara. Untuk maklumam pembaca bukan sahaja anak Malaysia yang belajar di MTS Turki tetapi mereka datang dari berpuluh negara yang ditempatkan di beratus madrasah di seluruh Turki. Ramai yang sudah tamat belajar dan mereka di tempatkan di madrasah-madrasah di 148 negara.
Memang besar bandar Konya dengan berbagai fasiliti pengangkutan dan berbagai bagunan perniagaan yang moden tetapi mata terpukau dengan bagunan lama tinggalan sejarah berbagai kerajaan lama. Kami singgah di Makam Maulana Jalaluddin Muhammad Rumi ulama yang sangat terkenal di Turki. Kalau pernah dengar Tarian Sufi Turki banyak dikaitan dengan Maulana Jalaluddin kerana ramai pengikutnya mengamalkan zikir sambil menari berpusing-pusing. Kami melawat musium dengan berbagai peninggalan antaranya naskah Al Quran lama dan berbagai momemun kehebatan zaman Maulana Jalaluddin. Barulah aku tahu rupanya serban besar yang digunakan oleh pengikut Maulana Jalaluddin adalah kain kapan mereka sendiri yang yang digunakan apabila mereka meninggal. Kami tidak dibenarkan mengambil gambar ketika menziarahi makam Maulana Jalaluddin Muhammad Rumi. Makam Maulana Jalaluddin terletak di bawah kubah hijau teringat pulak Makam Rasulullah yang juga di bawah kubah hijau. Paling menarik dalam makam tersebut terdapat rambut Nabi Muhammad SAW yang sangat harum tersimpan dalam bekas.
Rupanya kembara turki ini telah merungkai rahsia lebih lima puluh tahun rahsia asal nama Bos Karangkraf, Datuk Husamuddin yang selama ini tertanya kenapa nama beliau berbeza dari adik beradik yang lain yang bermula dengan huruf “F”. Husamaddin adalah nama yang disebut dalam naskah menulisan di musium Maulana Jalaluddin. Inshaa ALLAH dengan nama yang indah Datuk Husamuddin aku doakan Datuk akan menjadi pencentus pengerakkan Islam keseluruh alam yang bebas dari pengaruh politik terlampau.
Di akhir lawan di Konya kami singgah di sebuah tadika MTS daripada lebih 50 buah tadika yang ada di seluruh Konya. Memanglah hebat tadika untuk anak-anak Turki berusia dari 3 – 6 tahun dengan berbagai fasiliti dan kemudahan seperti bilik komuter, bilik tidur, bilik aktiviti dan bilik makan. Paling best bila tengok anak-anak berusia 6 tahun sudah khatam 30 juzuk dan mahir berbagai doa dan zikir. Bukan sahaja ilmu Al Quran tetapi sunnah Nabi juga diajar di tadika sehinggakan mengamalkan makan secubit garam sebelum makan. Anak-anak memang perlu dididik dengan ilmu agama bermula dari usia muda tetapi ramai ibu bapa di Malaysia yang terlupa kerana sibuk dengan dunia.
Perjalanan seterusnya adalah menuju ke Bandar Alanya sebuah bandar di pinggir Lautan Mediterranean. Semuga ada ilmu baru yang dipelajari dari entri “Konya kota bermula tarian sufi Turki“. Untuk melihat keenseman kami dan keindahan tempat menarik di Turki sila ke http://instagram.com/denaihati. Kepada yang tak pernah tahu apa itu tarian sufi Turki jom kita tonton bersama.
108 Comments
sungguh cantik bandar konya salah satu tempat entah bila saya akan dapat pergi
Curahan rasa cahayacinta @ ..Terlanggar Pin Langgar Lari Tak Perlu Buat Laporan Polis
dulu AB ingat tarian sufi ni merupakan tarian ekstrimis islamik. huhuhu. rupanya diorang berzikir sambil berpusing je. dan info mengenai serban diorang tu agak menarik.
kita tidka tahu sebab bukan orang yang berasal dari sana. tapi kalau kita rajin cari ilmu isyallah kita akan tahu apa tujuan dan sebab mereka buat
Curahan rasa cahayacinta @ ..Terlanggar Pin Langgar Lari Tak Perlu Buat Laporan Polis
seronoknyeee…handsome dan cantik anak-anak turki ni ya. kecik-kecik dah khatam alquran. bagusnya. tadika diorang pon lengkap fasiliti, siap dengan bilik komputer. tak lupa jugak asuhan mengikut sunnah oleh pekerja tadika.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..School Service Part 3
Seronoknya kalau dapat jejak kaki di bumi Turki yang penuh dengan sejarah dunia yang dapat kita pelajari ni. Bilalah saya dapat jejak kaki kesana.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
Melihat kembara dh dan dgn gambar2 yg diselitkan membuatkan sungguh teruja untuk ke Turki!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Tetapkan Pendirian Dan Fokus Pada Kekuatan Diri
pemandangan pon cantik turki ni, ditambah lagi dengan sejarah islam di negara ni. bertambah menarik untuk dikunjungi
Curahan rasa Aksara Biru @ ..School Service Part 3
Bumi Turki yang oenuh dengan peninggalan sejarah, Insyaallah kalau berpeluang, teringin juga nak ke sana untuk menimba ilmu. 🙂
Curahan rasa KANVAS DAKWAT @ ..business card MURAH !!!!
Satu niat yang amat murni, semoga keinginanan anda dimakbul Allah suatu hari nanti.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Tetapkan Pendirian Dan Fokus Pada Kekuatan Diri
Terasa bangga dihati melihat anak2 melayu berada diserata dunia untuk menuntut ilmu. Semoga mereka semua berjaya dan membawa pulang ilmu utk kebaikan dan kejayaan bangsa, agama dan negara.
Teringat pula akan kisah Ammar…
p/s: kenapa url dan tajuk entri tidak sama….ada rahsia keistimewaan dan kebaikannya dlm SEO atau sebagainya ke?
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Kenapa Susahnya Jadi Wanita? Islam Tidak Adil!
semoga mereka terus berjaya dinegara orang dalam menuntut ilmu dan menjadi insan yang berguna.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..School Service Part 3
Inshaallah mudaha-mudahan anak Malaysia yang belajar di MTS Turki, menjadi insan yang boleh memberi kebanggan dan sumbangan kepada keluarga, agama dan bangsa. aamiin
Murni tertarik dengan tadika MTS bahkan kagum melihat anak-anak yang seawal usia begini sudah khatam al-quran.
Curahan rasa Murni Mohd Yusof @ ..Liebster Award #2
YA…InsyaAllah… Mereka telah menuntut ilmu ditempat yang terbaik. Semoga mereka dapat mencapai segala cita2 dan harapan keluarga.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Tetapkan Pendirian Dan Fokus Pada Kekuatan Diri
aminn..semoga ilmu yang dituntut dapat dimanfaat bersama yang lain. artikel sebegini menarik minat ramai pelajar malaysia untuk menyambung pelajaran di Turki jika bersesuaian dengan bidang yang dimohon.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..School Service Part 3
bila lihat gambaran keseluruahn ibu kota bandar konya luas dan membagun juga ya
Curahan rasa cahayacinta @ ..Selamat Menyambut Hari Satu Malaysia Dan Aktiviti Kami Sekeluarga
turki memang ada dalam list antara negara yang ingin dlawati. bukan sahaja cantik, tapi dipenuhi sejarah islam
Betul tu sis, saya nak jugak rasanya melawat ke bumi Turki suatu hari nanti. Kalau ada rezeki lebih, bolehlah kesana. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
Turki amat istimewa kerana kedudukannya disempadan Asia dan Eropah yang menjadi pertembungan budaya dan agama. Uniknya Turki!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Tetapkan Pendirian Dan Fokus Pada Kekuatan Diri
owhh..baru tau kedudukan dia disempadan Eropah dan Asia. sangat unik ! Ingatkan Turki ni kat negara Arab. hehehehhe
Curahan rasa Aksara Biru @ ..School Service Part 3
bila sebut saja turki da istanbul, teringat Ahmad Ammar. semoga rohnya tenang di sana.. amin!
Benar sekali! Bagi kita di Malaysia, nama Ammar begitu mekar dan sinonim sekali apabila dikaitkan dengan Turki.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Tetapkan Pendirian Dan Fokus Pada Kekuatan Diri
AMINN..semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan dirahmatiNya. Kisah Ammar di Turki membawa arus peubahan yang mendadak dalam kalangan remaja di Malaysia.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..School Service Part 3
Selain melihat keindahan bumi turki dapat juga mempelajari cara hidup di sana. Kata orang jauh perjalanan luas pengalaman. Pengalaman yang sangat menarik. Terima kasih berkongsi pengalaman
Curahan rasa Azhafizah @ ..Wordless Wednesday #120 | Tentang anda
Semoga suatu hari nanti, kita berpeluang menjejak kaki ke bumi Turki ini ya kak Fiza. Pastinya pengalaman yang sangat menarik. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
yang orang selalu sebut tudung turki itukan adakah tudung itu berasal dari bandar konya, turki
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
Apabila sudah selesa dibawah tempurung, bila melihat dunia luar…baru kita tahu yg kita ini masih banyak kekurangannya dan perlukan perubahan kearah yg lebih baik.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Tetapkan Pendirian Dan Fokus Pada Kekuatan Diri
Seronoknya dapat jejak kaki di bumi turki ni yang penuh dengan sejarah dunia yang dapat kita pelajari dan ketahui. Kagum dengan cara pembelajaran di sana. kecik kecik dah khatam 30 juzuk..
Curahan rasa Azhafizah @ ..Wordless Wednesday #120 | Tentang anda
Ya! Saya pun begitu kagum dengan cara didikan mereka disana yg begitu menitik beratkan cara hidup Rasulullah sedari mereka kecil lagi!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Tetapkan Pendirian Dan Fokus Pada Kekuatan Diri
saya pun kagum dengan cara pembelajaran mereka. kanak-kanak seawal 5 tahun dah khatam Quran, anak-anak diMalaysia sedang sibuk pegang tablet, main game.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..School Service Part 3
cantik sungguh rekaan kubah masjid yang terdapat di ibu kota bandar konya
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Membuat Jubah Princess Cut Polka Dotku Renungan Matanya Tajam
jauh perjalanan luas pemandangn dan banyak juga ilmu yang boleh di pelarjari …
best nya dapat pergi ke sana dan berkongsi pengalaman dengan rakan2
Betul tu. Boleh mempelajari banyak ilmu kalau kita berpeluang melawat ke banyak tempat. Pasti seronok dapat kongsi pengalaman dengan rakan blogger kan.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
Dari melawat negara2 eropah yang lain, wajar sgtlah Turki didahulukan kerana terlalu byk tinggalan sejarah Islam yg menarik dan amat berharga utk dilawati!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Tetapkan Pendirian Dan Fokus Pada Kekuatan Diri
setuju. lagi pulak kos kenegara eropah amat tinggi. baik pergi ziarah negara islam dulu sambil belajar sejarah islam, dapat jugak tengok tempat orang
Curahan rasa Aksara Biru @ ..School Service Part 3
kann..kalau ada rezeki, AB nak jugak menjejakkan kaki di negara Turki ni. Menimba pengalaman di negara orang sambil belajar peradaban dan sejarah Islam yang banyak tersembunyi disini.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..School Service Part 3
Rasanya tuan denaihati.com dah menjelajah hampir seluruh bumi turki. Dan malam ni,barulah aku tahu rupanya serban besar yang digunakan oleh pengikut Maulana Jalaluddin adalah kain kapan buat mereka untuk digunakan apabila mereka meninggal. Alhamdulillah hari ini wawa dapat ilmu pengetahuan baru lagi mengenai orang di turki. SubhanaAllah baru usia 5 tahun, mereka dah khatam 30 juzuk. MasyaAllah
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK
Betul tu Wawa. Melalui entri kembara Tuan Denaihati ke Turki ini, kita dapat mempelajari macam-macam perkara kan. Walaupun hanya melalui blog saja.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
Artikel kembara Turki ini sangat menarik pengisiannya dan penuh dengan informasi serta pengajaran. Inilah keistimewaan yg tidak boleh didapati pd artikel lain yg lebih memperlihatkan keindahan dan kehidupan semata-mata.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Tetapkan Pendirian Dan Fokus Pada Kekuatan Diri
Baru juga tahu, kain serban akan digunakan sebagai kain kapan..
Begitu sekali mereka mengingati mati
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Kelas Blog Dan SEO Oleh Firdaus Azizi Training & Consultancy
dalam tarian pon mereka masih berzikir dengan memakai serban yang bakal menjadi kain kapan mereka.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..School Service Part 3
Tarian ni la yang menarik tuh. Lelaki seakan pakai blouse dan berpusing-pusing..
Curahan rasa amirnawawi @ ..AnCasa Royale : Hotel Pertama di Pekan Pahang Bertaraf 4 Bintang
Tarian yang sungguh unik…Kalau sayalah, mau tumbang! pening! Ini mungkin kerana kekusyukan mereka berzikir, mereka mampu lakukan dgn mudah!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Tetapkan Pendirian Dan Fokus Pada Kekuatan Diri
Comments are closed.