Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, entri ini sambungan dari entri kembara Turki sebelum ini iaitu “Turki aku datang“, “Urfa kota Para Nabi” dan “Tarsus kota purba menarik di Turki“. Daripada tiga entri ini alhamdulillah perjalan beribu batu sangat mencabar tapi banyak juga ilmu baru yang aku belajar dan paling best apabila melawat lokasi yang pernah dicatatkan dalam entri yang lepas seperti “kisah ashabul kahfi”.
Tak banyak yang dapat dilihat dalam perjalanan dari Tarsus ke Konya kerana hari sudah malam melainkan semua terlena kepenatan. Konya adalah sebuah bandar yang terletak ditengah-tengah Turki merupakan bandar terbesar di Turki. Konya merupakan bandar yang sangat tua yang dibina pada tahun 3000 SM yang telah diperintah berbagai Kerajaan antaranya Seljuk, Karamanid dan Ottoman dan pernah menjadi ibu negara kepada Kerajaan Seljuk. Kalau melawat Turki jangan lupa untuk singgah di bandar menarik Konya yang penuh dengan sejarah tamadun dunia.
Paling tersentuh hati apabila dapat bertemu dengan empat pelajar Malaysia di asrama MTS Konya. Mereka sangat teruja untuk berjumpa kami sehingga sanggup menunggu sehingga lewat malam. Asrama MTS tempat kami menginap adalah antara beratus asrama MTS yang terdapat di Konya. Semua asrama MTS dibina hasil wakaf daripada penderma Usahawan dan Jutawan Turki contohnya seorang jutawan telah menderma dua juta Turki Lira untuk pembinaan asrama tempat kami menginap. Semuga ramai di kalangan kita yang berjiwa memberi seperti mereka sehingga terbina asrama yang bagus untuk anak-anak kita. Apa kata kita mulakan dengan minima RM10 (kalau lebih lagi bagus) untuk pembinaan Madrasah Tahfiz An Nuur Muar.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahannya, sedih juga bila tiba masa meninggalkan anak-anak Malaysia semuga mereka menjadi pendakwah yang bertebaran di seluruh alam. Semuga ALLAH permudahkan usaha mereka dan usaha MTS mendidik anak-anak tanpa mengira negara. Untuk maklumam pembaca bukan sahaja anak Malaysia yang belajar di MTS Turki tetapi mereka datang dari berpuluh negara yang ditempatkan di beratus madrasah di seluruh Turki. Ramai yang sudah tamat belajar dan mereka di tempatkan di madrasah-madrasah di 148 negara.
Memang besar bandar Konya dengan berbagai fasiliti pengangkutan dan berbagai bagunan perniagaan yang moden tetapi mata terpukau dengan bagunan lama tinggalan sejarah berbagai kerajaan lama. Kami singgah di Makam Maulana Jalaluddin Muhammad Rumi ulama yang sangat terkenal di Turki. Kalau pernah dengar Tarian Sufi Turki banyak dikaitan dengan Maulana Jalaluddin kerana ramai pengikutnya mengamalkan zikir sambil menari berpusing-pusing. Kami melawat musium dengan berbagai peninggalan antaranya naskah Al Quran lama dan berbagai momemun kehebatan zaman Maulana Jalaluddin. Barulah aku tahu rupanya serban besar yang digunakan oleh pengikut Maulana Jalaluddin adalah kain kapan mereka sendiri yang yang digunakan apabila mereka meninggal. Kami tidak dibenarkan mengambil gambar ketika menziarahi makam Maulana Jalaluddin Muhammad Rumi. Makam Maulana Jalaluddin terletak di bawah kubah hijau teringat pulak Makam Rasulullah yang juga di bawah kubah hijau. Paling menarik dalam makam tersebut terdapat rambut Nabi Muhammad SAW yang sangat harum tersimpan dalam bekas.
Rupanya kembara turki ini telah merungkai rahsia lebih lima puluh tahun rahsia asal nama Bos Karangkraf, Datuk Husamuddin yang selama ini tertanya kenapa nama beliau berbeza dari adik beradik yang lain yang bermula dengan huruf “F”. Husamaddin adalah nama yang disebut dalam naskah menulisan di musium Maulana Jalaluddin. Inshaa ALLAH dengan nama yang indah Datuk Husamuddin aku doakan Datuk akan menjadi pencentus pengerakkan Islam keseluruh alam yang bebas dari pengaruh politik terlampau.
Di akhir lawan di Konya kami singgah di sebuah tadika MTS daripada lebih 50 buah tadika yang ada di seluruh Konya. Memanglah hebat tadika untuk anak-anak Turki berusia dari 3 – 6 tahun dengan berbagai fasiliti dan kemudahan seperti bilik komuter, bilik tidur, bilik aktiviti dan bilik makan. Paling best bila tengok anak-anak berusia 6 tahun sudah khatam 30 juzuk dan mahir berbagai doa dan zikir. Bukan sahaja ilmu Al Quran tetapi sunnah Nabi juga diajar di tadika sehinggakan mengamalkan makan secubit garam sebelum makan. Anak-anak memang perlu dididik dengan ilmu agama bermula dari usia muda tetapi ramai ibu bapa di Malaysia yang terlupa kerana sibuk dengan dunia.
Perjalanan seterusnya adalah menuju ke Bandar Alanya sebuah bandar di pinggir Lautan Mediterranean. Semuga ada ilmu baru yang dipelajari dari entri “Konya kota bermula tarian sufi Turki“. Untuk melihat keenseman kami dan keindahan tempat menarik di Turki sila ke http://instagram.com/denaihati. Kepada yang tak pernah tahu apa itu tarian sufi Turki jom kita tonton bersama.
108 Comments
Mashaa Allah, teruja sangat dengan perkembangan Islam yang penuh kemodenan di Turki. Sebelum ni sangat respect dengan Jepun dari segi disiplin dan cara hidup yang diterapkan sejak kanak-kanak kecil di bangku sekolah. Turki bumi berkat.
Curahan rasa myliferia @ ..Petua Memilih Telur Ayam Yang Elok
Bab disiplin nih banyak yang kita di Malaysia perlu belajar..kita agak ketinggalan dari segi disiplin.. tugas berat ibu bapa dan guru untuk mendisiplinkan anak2 zaman sekarang yg tidak mahu dikongkong sehingga kadang-kala dilihat terlalu bebas bergaul..
Curahan rasa UpProfits @ ..JDT (2) – (1) T-Team Luciano Figueroa Wira Johor
pertama kali tengok tarian tersebut…
Curahan rasa Hero Borneo @ ..faham konsep fitrah pasti berjaya (2)
Cantik sunggu turki.
Antara tempat idaman untuk pergi… Doakan kami sampai.
Curahan rasa Wafa @ ..Cara Mudah Kempiskan Perut Yang Mungkin Anda Belum Pernah Tahu
Semoga ziarah saudari ke Turki dipermudahkan perjalanannya nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..Saham Akhirat Wakaf Madrasah Tahfiz An-Nuur
wah sungguh cantik gambar masjid yang pertama itu. agaknya siapa yang membina masjid tersergam indah itu ye. cantik tak dekorasi di dalamya.
Curahan rasa suri @ ..Terima Kasih Mak! Kasihmu Membawa Ke Syurga
Tu bukan masjib tapi makam maulana jalaluddin muhammad rumi ulama tersohor turki.
Makam dengan masjid dah lebih kurang semuanya berkubah..kat tempat saya nih pun ada juga stesen bas berkubah sehingga ramai tersalah sangka ingatkan masjid bila dilihat dari jauh..
Curahan rasa UpProfits @ ..JDT vs Pahang MSL Liga Super
seronoknya kembara ke Turki ni… seronok tengok gambar-gambar DH post selama ni kat Turki. Tapi pening bila tengok video tarian Sufi ni… hehehe
Curahan rasa Nadot @ ..BBQ Musim Bunga di Holyrood Park
Mungkin orang memperkenalkan tarian ini dulu cuba mencari kelainan dan kekusyukan ketika berzikir..memang pening berpusing-pusing..macam gasing daaa..
Curahan rasa UpProfits @ ..Asean All Star vs Indonesia 5 pemain JDT terpilih
Gambar pertama paling cantik. Terpesona dengan view di sana. Pengalaman yang tak dapat dilupakan dapat pula beramah mesra dengan orang sana.
Curahan rasa Bahrain @ ..Tontonan Paling Menarik Sempena Hari Ibu
teringin jugak nak pergi ke konya nih. hoho..
mungkin satu hari nanti.
Curahan rasa titan @ ..Bisnes YSLM bakal SCAM?
suka juga layan kat youtube, kalau tengok tarian sufi turki memang mengasyikkan..
Curahan rasa zuls @ ..Gambar dengan Garry Kasparov?
unik tariannya, kali pertama tengok dan memang syok lah.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan Kontes Ephyra Cabaran 30 Hari
wah megah sekali ya bandarnya 🙂
Curahan rasa archer @ ..Heboh Langit California Berlubang, Gejala Alam atau Serangan UFO?
bestnya dpt kembara ilmu seperti ni…insyaAllah one fine day..
Curahan rasa JMR @ ..Selamat Hari Jadi, sayang.
Boleh nanya tuan? Selain pelajar Malaysia, adakah pelajar Indonesia di asrama MTS Konya?
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Persib Bandung vs Ajax Amsterdam
Dijawab dientri tebaru bawah ni kang Dadan…
Curahan rasa Denaihati @ ..Alanya Turki banyak tempat menarik untuk dilawati
Agaknya suhu di Konya nyaman dan dingin – saya nampak semua pakai kot/baju sejuk. Saya amat kagum dengan kanak2 tadika yg dah khatam Al Quran.
Curahan rasa Ismail N @ ..Hari Guru 2014
sejuk juga. memang patut kita contohi kecik-kecik lagi dan Khatam Al-Quran.
Curahan rasa Denaihati @ ..Konya bandar terbesar Turki
Terasa hebatnya pengembaraan DH kali ini.Pelbagai tempat dan sejarah zaman nabi dapat dilawati.Kemudian dikongsikan pula bersama kami..kadang2 bila membaca artikel pengembaraan seperti ini, terasa seperti diri sendiri yang berada di tempat tersebut..
Tahniah DH di atas penyampaian yang berkesan..dan terima kasih..
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Terkini Politik Di Terengganu – DUN Terengganu Bubar?
semoga perkongsian kembara kali ni, dan antara tempat yang penuh sejarah kegemilangan juga kejatuhan Islam memberi serba sedikit beri pendedahan dan pengajaran buat kita semua.
Curahan rasa Denaihati @ ..Ketahuilah Betapa Hebatnya Kuasa Doa
Team pengembaraan nih dah boleh masuk team Jejak Rasul TV3 nanti nih..hehe..bulan Ramadhan pun dah hampir tiba..
Curahan rasa UpProfits @ ..JDT vs Pahang MSL Liga Super
Waah…Denaihati ke Turki, tentunya banyak hal dan pengalaman menarik dan bermanfaat ketika berada disana
Curahan rasa Bewaraku @ ..Indonesia Blokir Vimeo
sangat menarik dan banyak ilmu dpat disana, teruskan follow http://instagram.com/denaihati ya..
Curahan rasa Denaihati @ ..10 Kesilapan Blogger Menyebabkan Kegagalan
tertarik dengan Tarian Sufi.. dan kali pertama dengar nama bandar Konya… menarik cerita ni…
Curahan rasa KiD @ ..Jom Bercuti Dengan Visa Wednesday!
hebatnya macam mana penari tak pening lepas berpusing-puisng, lama pula tu…
Curahan rasa Denaihati @ ..Tarsus kota purba menarik di Turki
Comments are closed.