Konvoi Freedom Flotilla di Mavi Marmara diserang Israel – ALLAHU AKBAR

Spread the love

Salam 1Malaysia, rasa letih dari ziarah Kemboja masih belum hilang tetapi apa yang berlaku ke atas Konvoi Freedom Flotilla sangat menyahat hati. Israel telah menyerang kapal Mavi Marmara yang membawa Konvoi Freedom Flotilla yang mengakibatkan korban melebihi 16 orang sehingga saat tulisan ini ditulis.

Sehingga saat tulisan ini ditulis nasib 12 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Aqsa As Sharif dan Muslim Care serta 2 orang lagi adalah wartawan dari Astro Awani, Aswad Ismail dan jurugambarnya masih belum diketahui akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Perasaan sedih yang amat sangat ini kerana :

1. Anak-anak aku dengan penuh semangat telah menderma untuk tabung Konvoi Freedom Flotilla yang dianjurkan oleh HALUANPalestin dan juga ikut serta dalam perhimpunan Life Line 4 GAZA di Stadium Melawati, Shah Alam beberapa minggu lepas. Salah seorang NGO Malaysia adalah ayah kepada kawan anak aku.

2. Ketika dalam perjalanan menuju ke Airport Senai untuk ke Kemboja aku dengar wawancara LIVE di IKIM.fm bersama Saudara Noorazam Shamsudin yang mengatakan bahawa semua peserta rombongan telah bersedia untuk berkorban masa, harta dan nyawa untuk membantu Rakyat Palestin di GAZA. Semuga yang terkorban itu akan di tempatkan di Syurga, insyallah.

3. Melihat berita di CNN menyatakan bahawa serangan Israel ini dilakukan kerana mereka diserang oleh aktivis. Tak logik lansung alasan yang diberi oleh Israel jahanam ini.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada diatas kapal dan Allah swt sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka.  Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat  keredhaan dari Allah swt.

Untuk  1Dunia sila terus bersama Life Line 4 Gaza dan HALUANPalestin untuk berita terkini. Semuga ada hati yang tersentuh dan sila copy paste dan hebahkan sebanyak yang boleh…silakan…


Spread the love

80 Comments

  1. Pingback: Tweets that mention Konvoi Freedom Flotilla di Mavi Marmara diserang Israel – ALLAHU AKBAR | Denaihati -- Topsy.com
  2. Aku tak pernah anti agama atau pada sesiapa.. tapi kali ni aku anti pada individu/kumpulan yang mencetus keganasan.. yang suka menindas saudara kita..

  3. apa hal la israel ni..x habis2 nak ganggu umat islam..memang jahanam btl israel ni..bagi alasan x masuk akal langsung

    1. @joegrimjow, bukan xnk tulis pasal ni bro..tp x thu keadaan semasa pasal ni..takut salah bg info je

      1. @mieran,

        malaysiakini cakap 12 rakyat malaysia yg kena
        berita cakap 2 je yg kena
        utusan lgi hebat tak update langsung
        😉

        just update pasal kekejaman je klu tak mahu update pasal fakta. skrg ni ramai yg xtahu pasal ni lg, tugas kita untuk bgtau
        .-= joegrimjow´s last blog ..Demo Gaza Flatillo =-.

        1. @joegrimjow, itu la pasal..semua info yang diberikan bertentangan antara satu sama lain..x dapat nak pastikan mana satu yang betul

    1. @zuls, sama-sama la kita berdoa agar rakyat malaysia dan semua yg ada dlm kapal 2 selamat..israel laknatullah..jahil btl

      1. Berbagai pihak pun mengecam tindakan brutal tersebut. Ini adalah sebuah momentum bagi negara Islam untuk bersatu mendukung perjuangan rakyat Palestina.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!