Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pesanan Twitter PM Najib Razak “Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai,” telah menimbulkan kontroversi. Kontroversi menjadi lebih teruk apabila Mufti Perlis Dr Juanda Jaya membuat komen tanpa mendapat pengesahan sebenar. Berbagai blog menulis dengan sinis dan melemparkan berbagai tuduhan dengan persepsi tersendiri. Tidak kurang juga perbincangan dan kutukan ibadah haji Najib Razak di wall Facebook. Banyak sungguh pahala kita sehingga berani melabelkan ibadah orang lain. Aku tak mahu komen ibadah haji PM Najib Razak kerana itu hak beliau dengan Allah SWT.
Aku nak kongsikan pergerakan ibadah haji yang mungkin ramai kurang tahu dan kurang faham.
1. Kebiasan jemaah haji Malaysia dan jemaah Asia Tenggara mula bergerak dari Mekah dengan berihram untuk bermalam di Padang Arafah pada 8 Zulhijjah. Setelah wukuf pada 9 Zulhijjah, jemaah haji akan bergerak untuk mabit di Mudzalifah dan kemudian bergerak ke Mina untuk melontar jamrah kubra dan bertahlul maka terlepaslah 10 larangan berihram. Jemaah akan bermalam di Mina selama 3 malam untuk lontaran 3 jamrah. Selesai melontar jemaah haji akan bergerak ke Mekah untuk Tawaf Haji dan Sa’i Haji maka terlepaslah lagi 3 larangan berihram dan sempurnalah ibadah haji rukun Islam ke lima. Gerakan ibadah haji ini mengambil masa 6 hari untuk lepas daripada 13 larangan berihram.
2. Kebanyakan jemaah haji selain Asia Tenggara dan sebagaian kecil jemaah haji pakej dan VIP Malaysia melakukan ibadah haji dengan gerakan yang berbeza. Majoriti jemaah haji mula bergerak dari Mekah dengan berihram untuk bermalam di Mina pada 8 Zulhijjah. Pagi 9 Zulhijjah akan bergerak dari Mina ke Padang Arafah untuk Wukuf selepas gelincir matahari. Setelah selesai wukuf jemaah akan bergerak untuk mabit sebentar di Mudzalifah dan terus bergerak ke Mekah melakukan Tawaf Haji, Sa’i Haji dan Tahlul maka terlepaslah 10 larangan berihram. Kemudian pada 10 Zulhijjah jemaah haji akan bergerak menuju ke Mina untuk melontar jamrah kubra maka terlepaslah 3 lagi larangan berihram. Jemaah haji hanya mengambil masa 3 hari untuk bebas dari 13 larangan berihram dan yang tinggal hanya melontar 3 jamrah pada 3 Hari Tasyrik. Gerakan ibadah haji kedua ini memang cepat berbanding dengan gerakan haji pertama dan aku yakin PM Najib pasti melaksanakan ibadah hajinya dengan kaedah ini kerana itu beliau berani menghantar pesanan Twitter Haji Telah selesai pada 10 Zulhijjah, selesai tu maksudnya telah bebas daripada 13 larangan berihram.
3. Terdapat juga gerakan yang seperti dari Mekah ke Padang Arafah ke Mudzalifah kemudian ke Mina untuk melontar jamrah kubra dan bertahlul kemudian berjalan kaki ke Mekah untuk Tawaf Haji dan Sa’i Haji maka terlepas daripada 13 larangan berihram kemudian kembali semula ke Mina untuk lontaran 3 jamrah.
Sebenarnya ada berbagai gerakan ibadah haji yang dilakukan oleh jemaah mengikut kefahaman yang berbeza tetapi tidak melanggar rukun-rukun haji. Jadi jangan pelik apabila kita melihat kepelbagaian cara menyempurnakan ibadah haji. Hak untuk menentukan haji mabrur hanya pada Allah SWT kita manusia berusaha semaksimum yang boleh untuk mencapai haji mabrur. Pasti tidak akan ada jemaah haji yang datang untuk mengerjakan ibadah haji dengan tertib yang salah melainkan ustaz yang mengajar memberi panduan yang salah tetapi ada ke ustaz yang nak mengajar ilmu yang salah?
152 Comments
wallahua’lam… biarlah antara dia dgn allah Taala…
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..6 tahun,Seminggu & AidilAdha
berfikiran positif jangan berfikiran negatif… 🙂
Curahan rasa amie7834 @ ..Rahsia Ilmu “Pancha Sukma Sejati”
BETUL…. Positif thingking adalah kunci segalanya.
Salah cakaptu mungkin kerana terlalu gembira, atau salah lapor oleh pemberita. Sungguhpun selepas berada di Arafah kemudian bermabit di Mudzalifah kemudian ke bermalam di Mina untuk melontar 3 jamrah sebelum kembali ke Mekah untuk tawaf rukun, ada hadis menyatakan Arafah itu Haji, tiada haji tanpa Arafah boleh bawa maksud ibadah haji sudah selesai. Namun hakikatnya rukun haji dan wajib haji masih belum selesai lagi sungguhpun sebahagian pantang larang berihram telah bebas. Sepatutnya perkara ini tidak dijadikan isu kerana mereka tentu dibawah pengawasan pihak tertentu yang mengiring PM bagi mengerjakan ibadah haji. Allah lebih mengetahui dan diterima atau sebaliknya ditentukan oleh Allah sahaja. Jadi, janganlah perkara ini menjadi bahan politik untuk menunjukkan kepandaian kita. Riak namanya.
bersangka baik adalah lebih baik ..=)
Curahan rasa Sarang Jerung @ ..Kumpulan Ciplak K-Pop Terbaru Di Malaysia Selepas Max 24:7
Itu adalah urusannya dengan Allah s.w.t dan hanya Allah yang lebih bijak untuk mengadilinya.Mungkin ada kekurangan dan mungkin ada juga kelebihan untuk Allah pertimbangkan segala amalannya di sana.
Sebelum nak pertikai atau mengata org lain lihatlah diri kita sendiri..dah pergi haji ke belum? sempurna sangatkah kita ni?..orang lain pergi haji dapat juga pahala (walau sikit) tapi yang mengata ni pulak lagi menambahkan dosa.
Curahan rasa ozzy @ ..SETELAH KITA MATI ~ APA YANG KITA TINGGALKAN
Tak perlu pertikaikan lagi… Jika korang tak faham pasal rukun fardu haji, toksah la dok pertikai… Pergi belajar rukun fardu haji, belajar pasal dam/denda… belajar pasal perkara yang haram dilakukan ketika fardu haji… Belajar dari orang yang betul-2 arif… Jangan cari ustaz segera yang diperolehi hanya dengan menyertai satu parti politik cukup hanya dengan memakai serban tapi ilmu agama hampeh…
Curahan rasa eXception @ ..Panas!! Persoalan Ibadah Haji Datuk Seri Najib…
Saya tak pergi haji lagi. Tapi saya harap bila rezeki saya sampai nanti, haji saya nanti mambrur lah.
Mempertikaikan ibadah haji orang lain sudah tentu bukan cara untuk menjadikan ibadah saya nanti mabrur.
Curahan rasa zuls @ ..Important: Google Will Penalize Ad Heavy Page.
adakah ini bermakna Najib tak faham cara kerja ibadah Haji yang sebenar? kalau btol la, agak memalukan utk srg pemimpin negara Islam ‘terbaik’ mengeluarkan kenyataan seperti itu
Curahan rasa ekspresiruang @ ..10 Ruang Kerja Berkomputer Pilihan Ekspresi Ruang
betul
mungkin ada salah faham berlaku..
Curahan rasa Mus @ ..Cara Mudah Mencari Bilik Penginapan Semasa Bercuti
Manusia.. Biasalah.. Bila dah taksub dengan politik, ssh la nak cakap.. Cakap banyak pun x guna… Bilalah agaknya malaysia nak aman..
Kalau sampaikan ibadah manusia pun dikritik, nampak sangat la si pengkritik tu dah banyak pahala sebab mungkin dengan kritikan tu, pahalanya masih dapat menampung dosanya..wallauaklam.. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahuinya..
Curahan rasa Jai @ ..Siaran Langsung AIM18 – Anugerah Industri Muzik Ke 18
tapi kalau xtau, lebih baik berdiam diri drpd hebatkan di Twitter. buat2 tahu dgn btol2 tahu adalah 2 perkara yg berbeza. apatah lg dlm soal agama.
sekadar pendapat…
Curahan rasa ekspresiruang @ ..10 Ruang Kerja Berkomputer Pilihan Ekspresi Ruang
kita x ada hak untuk menilai ibadah seseorang tu..yang tahu cuma allah je..kalau kita boleh menilai amalan seseorng tu maknanya kita lebih tahu dari allah..berdosa..(comment ni xde ditujukan pada sesiapa )..
Curahan rasa Easy Official @ ..PEMOHONAN UTM SECARA ONLINE SESI 2011/2012
sepatutnya jika satu Kitab Nabi dan Tuhan maka Janganlah saling menyalahkan, kecuali jika yang dilakukan itu memang sudah melanggar syariah
Curahan rasa Metrolisa @ ..Kontes Berhadiah Gadget Impian
Wah… Id baru Mas Munir…
ow, ane paham sekarang
Curahan rasa Gamecompressed @ ..FIFA Manager 12 Free Download PC Game
erk,no komen…
Curahan rasa azrijohan @ ..Welcome to http://www.azrijohan.com
Bagusnya entri. Memang amat bermanfaat dengan penerangan yang cukup lengkap.
Semuao orang perlu membacanya sebelum buat komen bukan-bukan di Facebok tu.
Curahan rasa Nur Aleesha @ ..Alasan makan ditepi longkang
Comments are closed.