Kontroversi Ibadah Haji PM @Najibrazak

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pesanan Twitter PM Najib Razak “Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai,” telah menimbulkan kontroversi. Kontroversi menjadi lebih teruk apabila Mufti Perlis Dr Juanda Jaya membuat komen tanpa mendapat pengesahan sebenar. Berbagai blog menulis dengan sinis dan melemparkan berbagai tuduhan dengan persepsi tersendiri. Tidak kurang juga perbincangan dan kutukan ibadah haji Najib Razak di wall Facebook. Banyak sungguh pahala kita sehingga berani melabelkan ibadah orang lain. Aku tak mahu komen ibadah haji PM Najib Razak kerana itu hak beliau dengan Allah SWT.

Aku nak kongsikan pergerakan ibadah haji yang mungkin ramai kurang tahu dan kurang faham.

1. Kebiasan jemaah haji Malaysia dan jemaah Asia Tenggara mula bergerak dari Mekah dengan berihram untuk bermalam di Padang Arafah pada 8 Zulhijjah. Setelah wukuf pada 9 Zulhijjah, jemaah haji akan bergerak untuk mabit di Mudzalifah dan kemudian bergerak ke Mina untuk melontar jamrah kubra dan bertahlul maka terlepaslah 10 larangan berihram. Jemaah akan bermalam di Mina selama 3 malam untuk lontaran 3 jamrah. Selesai melontar jemaah haji akan bergerak ke Mekah untuk Tawaf Haji dan Sa’i Haji maka terlepaslah lagi 3 larangan berihram dan sempurnalah ibadah haji rukun Islam ke lima. Gerakan ibadah haji ini mengambil masa 6 hari untuk lepas daripada 13 larangan berihram.

2. Kebanyakan jemaah haji selain Asia Tenggara dan sebagaian kecil jemaah haji pakej dan VIP Malaysia melakukan ibadah haji dengan gerakan yang berbeza. Majoriti jemaah haji mula bergerak dari Mekah dengan berihram untuk bermalam di Mina pada 8 Zulhijjah. Pagi 9 Zulhijjah akan bergerak dari Mina ke Padang Arafah untuk Wukuf selepas gelincir matahari. Setelah selesai wukuf jemaah akan bergerak untuk mabit sebentar di Mudzalifah dan terus bergerak ke Mekah melakukan Tawaf Haji, Sa’i Haji dan Tahlul maka terlepaslah 10 larangan berihram. Kemudian pada 10 Zulhijjah jemaah haji akan bergerak menuju ke Mina untuk melontar jamrah kubra maka terlepaslah 3 lagi larangan berihram. Jemaah haji hanya mengambil masa 3 hari untuk bebas dari 13 larangan berihram dan yang tinggal hanya melontar 3 jamrah pada 3 Hari Tasyrik. Gerakan ibadah haji kedua ini memang cepat berbanding dengan gerakan haji pertama dan aku yakin PM Najib pasti melaksanakan ibadah hajinya dengan kaedah ini kerana itu beliau berani menghantar pesanan Twitter Haji Telah selesai pada 10 Zulhijjah, selesai tu maksudnya telah bebas daripada 13 larangan berihram.

3. Terdapat juga gerakan yang seperti dari Mekah ke Padang Arafah ke Mudzalifah kemudian ke Mina untuk melontar jamrah kubra dan bertahlul kemudian berjalan kaki ke Mekah untuk Tawaf Haji dan Sa’i Haji maka terlepas daripada 13 larangan berihram kemudian kembali semula ke Mina untuk lontaran 3 jamrah.

Sebenarnya ada berbagai gerakan ibadah haji yang dilakukan oleh jemaah mengikut kefahaman yang berbeza tetapi tidak melanggar rukun-rukun haji. Jadi jangan pelik apabila kita melihat kepelbagaian cara menyempurnakan ibadah haji. Hak untuk menentukan haji mabrur hanya pada Allah SWT kita manusia berusaha semaksimum yang boleh untuk mencapai haji mabrur. Pasti tidak akan ada jemaah haji yang datang untuk mengerjakan ibadah haji dengan tertib yang salah melainkan ustaz yang mengajar memberi panduan yang salah tetapi ada ke ustaz yang nak mengajar ilmu yang salah?


Spread the love

152 Comments

  1. how is it wrong that the mufti tegur?betul teguran dia tu, sbb fact is macamana pun, walaupun ikut nombor 2 tu ( which is the popular route of the expensive packages), ibadah haji belum selesai. Why is it difficult to accept that Pm was wrong..tak ada masa baca buku haji mungkin…dia pikir since dah bebas ihram selepas bertahlul tawaf dan saie haji, that was it. Kalau pun dia dah buat jamrah aqabah at that time, which i doubt as the tweet was really early, wajib haji belum selesai. Apa lah guna mufti kalau tak dapat bagi pandangan…dia buka mulut dituduh tunjuk pandai. tak faham lah. of course lah we all know lepas tu he would have completed the jamrah aqabah and the 3 jamrahs. But its a valid issue sbb it was out there on twitter. some ignorant person might think there are different rules for different categories of people.

  2. salam buat muslimin dan muslimat. ingatla amal ibadah kita blom tentu cukup sempurna di pandangan Allah azzawajalla. jadi, dari kita menambah dosa dengan mengutuk amalan orang lain, ada baik kita cermin2 dulu amalan kita. dan lagi baik, kalo kita menegur orang lain secara bijaksana .
    Curahan rasa manja sheila @ ..CARDIGAN (album code: AC)My Profile

  3. (PR) Phantom Reader
    Islam itu indah
    Islam itu mudah
    Islam itu suci…
    Politik dan Agama tidak boleh dipisahkan.
    tak perlu la nak menghukum.kita sebagai manusia biasa, tak lepas dari melakukan kesilapan.siapakah kita hendak menghukum,mengghina @ mencaci?
    kita sebagai rakyat sepatutnya menegur,bukan menghina betul tak? siapa kita untuk menghukum tambah2 sesama insan? sedangkan Nabi pun ampunkan umat,ini sesama umat? ish3…ingat,tanpa pemimpin huru-haralah negara.melayu sama melayu pon nak bertekak? bilalah melayu nak berdamai? kira ok la tu pemimpin kita bangsa kita sendiri,kalau PM ni bangsa lain? lunyai la melayu…pikir2 la sendiri…udah2 la tu.tegur-menegur tidak ape,jangan diam seribu bahasa tanda setuju…maaf la kalau ada yang terasa.jangan campur adukkan agama,politik,dosa dan pahala…sepatutnya melayu dengan melayu bersatu,bukan berpecah belah @ menghukum sesama melayu.”Ya Allah,satukanlah bangga melayu ku ini…”AMIN”
    (Bukan berhujah,cuma betulkan diri jua) MALAYSIA for P.E.A.C.E Right? fikir2kan dan tenung2kan….=p

    Politik dan Agama mmg tak boleh dipisahkan, tetapi mempergunakan Agama demi kepentingan politik tu yang banyak berlaku… Tu yang sampai keluar bermacam-macam fatwa… Yang peliknya fatwa tu kat diri sendiri boleh kat orang lain jadi HARAM pulak…
    Curahan rasa eXception @ ..Panas!! Persoalan Ibadah Haji Datuk Seri Najib…My Profile

  4. Islam itu indah
    Islam itu mudah
    Islam itu suci…
    Politik dan Agama tidak boleh dipisahkan.
    tak perlu la nak menghukum.kita sebagai manusia biasa, tak lepas dari melakukan kesilapan.siapakah kita hendak menghukum,mengghina @ mencaci?
    kita sebagai rakyat sepatutnya menegur,bukan menghina betul tak? siapa kita untuk menghukum tambah2 sesama insan? sedangkan Nabi pun ampunkan umat,ini sesama umat? ish3…ingat,tanpa pemimpin huru-haralah negara.melayu sama melayu pon nak bertekak? bilalah melayu nak berdamai? kira ok la tu pemimpin kita bangsa kita sendiri,kalau PM ni bangsa lain? lunyai la melayu…pikir2 la sendiri…udah2 la tu.tegur-menegur tidak ape,jangan diam seribu bahasa tanda setuju…maaf la kalau ada yang terasa.jangan campur adukkan agama,politik,dosa dan pahala…sepatutnya melayu dengan melayu bersatu,bukan berpecah belah @ menghukum sesama melayu.”Ya Allah,satukanlah bangga melayu ku ini…”AMIN”
    (Bukan berhujah,cuma betulkan diri jua) MALAYSIA for P.E.A.C.E Right? fikir2kan dan tenung2kan….=p

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!