Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pesanan Twitter PM Najib Razak “Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai,” telah menimbulkan kontroversi. Kontroversi menjadi lebih teruk apabila Mufti Perlis Dr Juanda Jaya membuat komen tanpa mendapat pengesahan sebenar. Berbagai blog menulis dengan sinis dan melemparkan berbagai tuduhan dengan persepsi tersendiri. Tidak kurang juga perbincangan dan kutukan ibadah haji Najib Razak di wall Facebook. Banyak sungguh pahala kita sehingga berani melabelkan ibadah orang lain. Aku tak mahu komen ibadah haji PM Najib Razak kerana itu hak beliau dengan Allah SWT.
Aku nak kongsikan pergerakan ibadah haji yang mungkin ramai kurang tahu dan kurang faham.
1. Kebiasan jemaah haji Malaysia dan jemaah Asia Tenggara mula bergerak dari Mekah dengan berihram untuk bermalam di Padang Arafah pada 8 Zulhijjah. Setelah wukuf pada 9 Zulhijjah, jemaah haji akan bergerak untuk mabit di Mudzalifah dan kemudian bergerak ke Mina untuk melontar jamrah kubra dan bertahlul maka terlepaslah 10 larangan berihram. Jemaah akan bermalam di Mina selama 3 malam untuk lontaran 3 jamrah. Selesai melontar jemaah haji akan bergerak ke Mekah untuk Tawaf Haji dan Sa’i Haji maka terlepaslah lagi 3 larangan berihram dan sempurnalah ibadah haji rukun Islam ke lima. Gerakan ibadah haji ini mengambil masa 6 hari untuk lepas daripada 13 larangan berihram.
2. Kebanyakan jemaah haji selain Asia Tenggara dan sebagaian kecil jemaah haji pakej dan VIP Malaysia melakukan ibadah haji dengan gerakan yang berbeza. Majoriti jemaah haji mula bergerak dari Mekah dengan berihram untuk bermalam di Mina pada 8 Zulhijjah. Pagi 9 Zulhijjah akan bergerak dari Mina ke Padang Arafah untuk Wukuf selepas gelincir matahari. Setelah selesai wukuf jemaah akan bergerak untuk mabit sebentar di Mudzalifah dan terus bergerak ke Mekah melakukan Tawaf Haji, Sa’i Haji dan Tahlul maka terlepaslah 10 larangan berihram. Kemudian pada 10 Zulhijjah jemaah haji akan bergerak menuju ke Mina untuk melontar jamrah kubra maka terlepaslah 3 lagi larangan berihram. Jemaah haji hanya mengambil masa 3 hari untuk bebas dari 13 larangan berihram dan yang tinggal hanya melontar 3 jamrah pada 3 Hari Tasyrik. Gerakan ibadah haji kedua ini memang cepat berbanding dengan gerakan haji pertama dan aku yakin PM Najib pasti melaksanakan ibadah hajinya dengan kaedah ini kerana itu beliau berani menghantar pesanan Twitter Haji Telah selesai pada 10 Zulhijjah, selesai tu maksudnya telah bebas daripada 13 larangan berihram.
3. Terdapat juga gerakan yang seperti dari Mekah ke Padang Arafah ke Mudzalifah kemudian ke Mina untuk melontar jamrah kubra dan bertahlul kemudian berjalan kaki ke Mekah untuk Tawaf Haji dan Sa’i Haji maka terlepas daripada 13 larangan berihram kemudian kembali semula ke Mina untuk lontaran 3 jamrah.
Sebenarnya ada berbagai gerakan ibadah haji yang dilakukan oleh jemaah mengikut kefahaman yang berbeza tetapi tidak melanggar rukun-rukun haji. Jadi jangan pelik apabila kita melihat kepelbagaian cara menyempurnakan ibadah haji. Hak untuk menentukan haji mabrur hanya pada Allah SWT kita manusia berusaha semaksimum yang boleh untuk mencapai haji mabrur. Pasti tidak akan ada jemaah haji yang datang untuk mengerjakan ibadah haji dengan tertib yang salah melainkan ustaz yang mengajar memberi panduan yang salah tetapi ada ke ustaz yang nak mengajar ilmu yang salah?
152 Comments
kita buat haji…..yang penting semua rukun kena habis…saya sokong entri atas.
masa tu jangan pertikaikan..
aku tak berani nak bidas kata mufti lak…hehehehe..
kata bini aku ni mungkin mufti PAS kot…hehehehehe ( jokes okey).
Iskk kalu betui..agama kena politik..hemmm .
Curahan rasa Hanif @ ..Cara Selesaikan Blog Kena Removed
Sungguh berinformasi…saya suka entri anda……
Tahniah denaihati memberi penerangan yang sejelas-jelasnya kepada rakan blogger. Saya nak tanya adakah Denaihati sudah pergi menunaikan Haji. Kalau sudah Alhamdulillah, maknanya denaihati sudah memdapat seru dari Ilahi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..KEAGAMAAN
a’ah..nak tahu jugak..Denaihati dh pergi belum haji? isu ni memang hangat..tak larat dah nk bertekak..hehehe 🙂
Curahan rasa blackrosehunter @ ..BMW i8 dan BMW i3 Kereta Konsep yang Menarik.
yang menilai ibadah nie ALLAH S.W.T .kita tak boleh pertikai. Tapi kita boleh nampak orang pegi haji yang memang mengharap keredhaan ALLAH akan berubah. Kalau pg haji tudung pun x pakai lagi sendiri mahu ingat.
haji najib sudah pakai haji.. hahaha
Curahan rasa cotatua @ ..OMG: Pasangan Penguin Gay di Zoo Toronto (pic+video)
Assalamualaikum,
seperti biasa, media akan ada jawapan bagi persoalan itu. Kadang-kadang media sebenarnya yang menyalahtafsir statement daripada tuan badan. Tapi dalam isu ini, saya lebih suka kepada kenyataan yang telah dibuat oleh Datuk Khir, walau pedas tapi lebih logik…
Curahan rasa Mama Murai @ ..Terdesak ingin menjadi Top Malaysian Bloggers? Apa kata anda tiru cara penulis blog Taiwan ini
tiada manusia yang sempurna di dalam dunia ini…siapa la kita ni nak kutuk ke, komen ibadah haji orang lain….Hanya Allah S.W.T saja yang tahu….
Curahan rasa Norizwan @ ..Sut robot anti radioaktif dicipta
Apapun, eXception baru sahaja post artikel pasal isu ni… Silalah baca… Tenkiu…
Curahan rasa eXception @ ..Panas!! Persoalan Ibadah Haji Datuk Seri Najib…
siapa la kita untuk menentukan samada ibadah itu diterima olehNya atau tidak.
Curahan rasa anastasyea @ ..Chef Riz Akui Memalsukan Resume Profile Dalam Masterchef Malaysia
Untuk kepastian bacalah di laman web media mynewshub-satu perubahan- untuk tatapan anda cerita atau isu semasa serta terkin. Ia lebih telus.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Korban Di Hari Raya AidilAdha 2011
Ya Allah… ya Tuhan Kami…semoga Ibadat Haji PM kami mendapat haji mabrur. Teringat kisah cerita Pangilan Baitullah pada hari raya pertama baru-baru ni di TV. Ramai yang menunaikan haji dan juga banyak kali tapi tak dapat apa-apa kebaikan drpd ibadat haji mereka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Korban Di Hari Raya AidilAdha 2011
Jangan marahkan Mufti Perlis,kita perlu baca dgn teliti kenyataan yang dikeluarkannya…
Jgn lah marahkan mufti Perlis, sebab kenyataan beliau diputarbelitkan Malaysiakini… Korang jangan le percaya sgt Malaysiakini tu… Banyak putar belit… Org tu ckp A shaja… Malaysiakini tokok tambah B meleret sampai Z…
Curahan rasa eXception @ ..Anjing Pakatan Haram Mula Menyalak Lagi Pada KR1M
Mohon share artikel ini? Tq…
Curahan rasa eXception @ ..Anjing Pakatan Haram Mula Menyalak Lagi Pada KR1M
salam..
siapalah kita nak
menghukum amalan manusia
tak kira lah mereka
musuh kita sekalipun
hanya Allah yang berhak..
jangan pula kita cuba
mengambil Hak Allah
Curahan rasa zulkbo @ ..Bila Tungau Ayam Hinggap Di "Burung"
Comments are closed.