Kontroversi Ibadah Haji PM @Najibrazak

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pesanan Twitter PM Najib Razak “Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai,” telah menimbulkan kontroversi. Kontroversi menjadi lebih teruk apabila Mufti Perlis Dr Juanda Jaya membuat komen tanpa mendapat pengesahan sebenar. Berbagai blog menulis dengan sinis dan melemparkan berbagai tuduhan dengan persepsi tersendiri. Tidak kurang juga perbincangan dan kutukan ibadah haji Najib Razak di wall Facebook. Banyak sungguh pahala kita sehingga berani melabelkan ibadah orang lain. Aku tak mahu komen ibadah haji PM Najib Razak kerana itu hak beliau dengan Allah SWT.

Aku nak kongsikan pergerakan ibadah haji yang mungkin ramai kurang tahu dan kurang faham.

1. Kebiasan jemaah haji Malaysia dan jemaah Asia Tenggara mula bergerak dari Mekah dengan berihram untuk bermalam di Padang Arafah pada 8 Zulhijjah. Setelah wukuf pada 9 Zulhijjah, jemaah haji akan bergerak untuk mabit di Mudzalifah dan kemudian bergerak ke Mina untuk melontar jamrah kubra dan bertahlul maka terlepaslah 10 larangan berihram. Jemaah akan bermalam di Mina selama 3 malam untuk lontaran 3 jamrah. Selesai melontar jemaah haji akan bergerak ke Mekah untuk Tawaf Haji dan Sa’i Haji maka terlepaslah lagi 3 larangan berihram dan sempurnalah ibadah haji rukun Islam ke lima. Gerakan ibadah haji ini mengambil masa 6 hari untuk lepas daripada 13 larangan berihram.

2. Kebanyakan jemaah haji selain Asia Tenggara dan sebagaian kecil jemaah haji pakej dan VIP Malaysia melakukan ibadah haji dengan gerakan yang berbeza. Majoriti jemaah haji mula bergerak dari Mekah dengan berihram untuk bermalam di Mina pada 8 Zulhijjah. Pagi 9 Zulhijjah akan bergerak dari Mina ke Padang Arafah untuk Wukuf selepas gelincir matahari. Setelah selesai wukuf jemaah akan bergerak untuk mabit sebentar di Mudzalifah dan terus bergerak ke Mekah melakukan Tawaf Haji, Sa’i Haji dan Tahlul maka terlepaslah 10 larangan berihram. Kemudian pada 10 Zulhijjah jemaah haji akan bergerak menuju ke Mina untuk melontar jamrah kubra maka terlepaslah 3 lagi larangan berihram. Jemaah haji hanya mengambil masa 3 hari untuk bebas dari 13 larangan berihram dan yang tinggal hanya melontar 3 jamrah pada 3 Hari Tasyrik. Gerakan ibadah haji kedua ini memang cepat berbanding dengan gerakan haji pertama dan aku yakin PM Najib pasti melaksanakan ibadah hajinya dengan kaedah ini kerana itu beliau berani menghantar pesanan Twitter Haji Telah selesai pada 10 Zulhijjah, selesai tu maksudnya telah bebas daripada 13 larangan berihram.

3. Terdapat juga gerakan yang seperti dari Mekah ke Padang Arafah ke Mudzalifah kemudian ke Mina untuk melontar jamrah kubra dan bertahlul kemudian berjalan kaki ke Mekah untuk Tawaf Haji dan Sa’i Haji maka terlepas daripada 13 larangan berihram kemudian kembali semula ke Mina untuk lontaran 3 jamrah.

Sebenarnya ada berbagai gerakan ibadah haji yang dilakukan oleh jemaah mengikut kefahaman yang berbeza tetapi tidak melanggar rukun-rukun haji. Jadi jangan pelik apabila kita melihat kepelbagaian cara menyempurnakan ibadah haji. Hak untuk menentukan haji mabrur hanya pada Allah SWT kita manusia berusaha semaksimum yang boleh untuk mencapai haji mabrur. Pasti tidak akan ada jemaah haji yang datang untuk mengerjakan ibadah haji dengan tertib yang salah melainkan ustaz yang mengajar memberi panduan yang salah tetapi ada ke ustaz yang nak mengajar ilmu yang salah?


Spread the love

152 Comments

  1. Kalau ada yg salah, sbgai Islam berpengetahuan, kita wajib menegur / membetulkan. Sebagai Islam, kita wajib menegakkan ilmu Islam selagi kita mengikut Al-Quran & Sunnah. Bukankah menuntut & menyampaikan ilmu yg betul itu adalah jihad fisabilillah? Tiada beza pangkat & harta kita di sisi Allah, melainkan taqwa & iman sahaja. Jadi, fikir2 kan lah.. Manusia mmg tidak sempurna tapi bukankah kita juga wajib menyampaikan ?
    Curahan rasa szakia @ ..‘LIKE’ alkhattab batik fanpageMy Profile

      1. kelakar la awak ni…ape kene mengena perkare ini dengan zina pulak? jika orang berzina dengan bangganye tweet, konfem akan kecoh jugak kan? Bukannye nak kecoh pasal ibadat orang, tapi yang berkenaan ialah pemimpin yang menjadi sandaran dan perhatian rakyat Malaysia. Adakah bila pemimpin berbuat silap atau menghampiri kesilapan, sebagai seorang mufti tidak layak menegur beliau? Secara jujurnya saya mengaku bahawa saya sendiri tidak mengetahui akan adanya tatacara haji yang seringkas dan sesingkat itu, dan saya yakin majoriti rakyat juga tidak mengetahui perkara ini, bahkan seorang mufti juga boleh menganggap tatacara tersebut tidak lengkap. Pada saya adalah wajar untuk isu ini diperbesarkan dan menuntut penjelasan daripada pihak berwajib agama supaya seluruh rakyat boleh memahami ibadah ini dengan lebih mendalam. Namun, saya tidak bersetuju dengan golongan yang mengutuk dan mencaci membuta tuli tanpa merujuk kepada sumber ilmu yang benar. Saya setuju bahawa kita tidak layak untuk menghukum amalan seseorang kerana ianya adalah urusan mereka dengan Allah, cuma sebagai pemimpin yang menjadi perhatian dan ikutan rakyat, adalah sepatutnya mereka menjaga peribadi dan agama mereka dengan baik kerana rakyat sentiasa memerhatikan mereka. Salah siapakah, jika rakyat mengutuk pemimpin mahupun keluarga pemimpin yang masih berani meninggalkan suruhan Allah secara terang-terangan walaupun statusnya baru pulang dari mengerjakan haji? Apakah meninggalkan suruhan Allah secara terang-terangan sebaik sahaja pulang dari mengerjakan haji itu menunjukkan haji yang mabrur ataupun sebaliknya? haha, pikir la sendiri…
        Curahan rasa Akmalnizam @ ..bilik untuk disewa di senawang!!My Profile

  2. Sepotong ayat boleh ditafsirkan dengan pelbagai cerita. Para penentang terutamanya akan memanipulasi semaksmium mungkinn untuk kemenangan pilihanraya akan datang.

  3. apabila orang membuat kebaikan…sepatutnya kita mendoakannya yang terbaik…siapa kita untuk menentukan mabrur atau tidak hj seseorang,,,semoga blogger prihatin terhadap perkara sebegini…apatah lagi kitak hanya mendengar cerita yang tak pasti….dosa pula yang kita dapat…apatah lagi sekiranya berita itu tidak benar…dan bagaimana pula orang yang singgah dan membaca cerita yang kita buat tu ……dan berapa banyak pula saham dosa yang kita dapat setelah orang yang membaca itu menghebahkan pula kepada orang lain….macam multi level lah jadinya dosa kita itu kan…..cube fikir fikirkan
    Curahan rasa apaajanews @ ..wordless wednesday#2My Profile

  4. rasanya kan..kalau isu ini tidak diangkat masuk paper,rakyat takdenya nk keliru atau pape..tapi kalau dh masuk akhbar online macam malaysiakini tu,rasanya makin ramai la yg keliru..yang tak kesah pun jadi kesah..jadi timbul persoalan pulak..

  5. yuppp bukan hak kita nak menilai … tapi mak selalu cerita, kalau p sekolah jalan kaki, malaikat doakan setiap tapak kita ke sekolah untuk tuntut ilmu, tu time akak malas nak p sekolah dulu2 plus bila akak bandingkan napa org lain naik keta, akak jalan kaki jer……so kalau pakej vvip yg super mudah tu kureng ke pahala berbanding pakej murah2 rakyat biasa2 ni..
    Curahan rasa aimaniman @ ..Budak sekolah dibenarkan KawinMy Profile

  6. orang kita ni suka menghukum..suka mengata..diri sendiri tak pernah pula nk tengok, nak tegur..nampak salah orang lain jep..salah sendiri ?ada nak mengaku?tak de punya..orang yang cakap tu (yg dh pergi haji) adakah yakin hajinya diterima?dia sendiri pun tak tahu..tu urusan Allah..banyak lagi isu yang boleh ditegur..

    1. daripada kita tegur orang pergi haji..baik la tegur isu-isu lain..yang pergi haji tu semula dh pergi kursus..sampaikan kt Mekah pun ada tunjuk ajar dan peringatan lagi..cacat cela tu kekurangan masing-masing..kita yg cakap ni pun banyak cacat cela nya.

  7. kesian orang yang sibuk-sibuk menghukum itu ini, mabrur atau tidak haji orang, bukan urusan kita, begitu juga dengan hukum artis menggunakan wang hiburan utk buat ibadah haji. mcm2 org jatuhkan hukum padahal pada saya.. mereka itu tetamu Allah. mereka menjawab panggilan Allah dan bukan semua dapat panggilan ini.

    fikir positif sahaja, pasti Allah ada “plan” yang lebih baik utk mereka2. mana tahu lepas pergi pijak bumi Allah mereka jadi lebih baik. susahlah orang2 kita ni. suka amik dr segi negatif sahaja.
    Curahan rasa Lizz @ ..Skrip Kehidupan Paling Mudah dan MurahMy Profile

    1. kita lihat sendiri lah de 4 gologan akhir zaman g haji.. crik lah hadis sy x mau cter panjang gat.. kita lihat sendiri knp pm kite perlu kn pgawai jaga?? mekah tanah sape?? tanah haram so x perlu takot.. knp pm nk pgawai?? bb takot ng owg2 arab kutuk beliau x jalakan hukum huduq tp mgaku islam mau kne bunuh ng owg arab.. sal haji mabrur ke x?? 1 soalan jer lau solat tp wuduk x smpurna sah x solat?? lihat dr syariat.. so pham2 jer lah.. lau owg beriman takot akan allah… ada iman x?? harap2 bertambah lah iman..

      1. melihat kepada komen saudara mengenai pegawai jaga pm, itu sebenarnya adalah di bawah arahan Kerajaan Arab Saudi. Semua guest status, diberi keistimewaan sebegitu kerana mereka adalah pembesar negara. Saudi mesti memastikan tetamu-tetamu mereka dijaga dengan teliti termasuk membekalkan pengawal yang bertugas mengawasi mereka ketika tawaf, saie, dan juga melakukan pekerjaan haji. saya bukan bercakap kosong kerana saya sendiri terlibat dalam ibadat haji PM kali ini. Matinya PM tak sama dengan matinya kita. sejahat manapun beliau, seteruk mana pun beliau, beliau adalah pemimpin sebuah negara yang bernama Malaysia. Jika sekalipun, Anwar Ibrahim menjadi PM, dia juga akan menerima layanan sama apa yang YAB DS Najib terima pada hari ini. benar, makkah dan segala isinya adalah tanah Allah. Kita adalah sama, tapi tanggungjawab yang dipikulkan ke atas bahu kita adalah tak sama. rombongan PM kali ini adalah datang dibawah jemputan Raja Abdullah Abd Aziz AlSaud. Baginda tak nak perkara yang tak diingini berlaku. wallahualam. sekadar berkongsi pengalaman dengan saudara.
        Curahan rasa lutfi lokman @ ..beberapa peristiwaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!