Konflik tiga Putera Raja berebut takhta Hijaz menuju kemuncak tanda permulaan kepada pengakhiran

Spread the love

Ketika mengerjakan Umrah pada November 2019, seorang sahabat Saudi bercerita kisah pergolakkan kuasa antara Kerabat Di Raja Saudi. Beberapa bulan sebelum itu pengawal peribadi kanan Raja Salman telah dibunuh dengan cara yang sangat misteri.

Ada yang kata pembunuhan ini adalah angkara Putera Mahkota Mohammad yang sebelum ini juga dikatakan terlibat dalam kes pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi dalam Kedutaan Saudi di Turki.

Menurut sahabat tersebut Putera Ahmed berusia 70-an yang menetap di Eropah sudah kembali ke Arab Saudi selepas skandal kematian Jamal tercetus untuk menuntut hak sebagai pewaris kuasa.

“Tak kan Putera Mahkota Mohammad tak tangkap Putera Ahmed” tanya saya kepada sahabat tersebut orang Patani yang lahir di Mekah.

“Katanya Putera Ahmed sudah mendapat surat jaminan daripada United Nation.” terang sahabat tersebut.

Putera Mahkota Mohammad Bin Salman
Putera Mahkota Mohammad Bin Salman

Baca: Saintis bongkar rahsia kunyit hitam!

Pada 7/3/2020 tersebar berita pihak berkuasa Arab Saudi menahan tiga putera, termasuk saudara beradik dan anak saudara kepada Raja Salman, atas tuduhan merancang rampasan kuasa.

Menurut berita tersebut Putera Ahmed Abdulaziz al-Saud yang juga saudara beradik Raja Salman, dan anak saudara kepada raja itu, Putera Mohammed Nayef, dituduh melakukan pengkhianatan serta dibawa keluar dari kediaman mereka oleh pengawal diraja berpakaian hitam pada awal pagi semalam. Adik kepada Putera Mohammed, Putera Nawaf Nayef, juga ditahan.

Mohammed bin Nayef bin Abdulaziz al Saud menjawat kerusi putera mahkota antara tahun 2015-2017, sebelum digantikan Raja Salman pada 2017, dengan menamakan Mohammad bin Salman bin Abdulaziz al Saud sebagai putera mahkota baharu.

Putera Ahmed Abdulaziz al-Saud

Baca: Antioksidan Black G, senjata melawan radikal bebas.

Menurut berita, Mahkamah Diraja Arab Saudi, kedua-dua putera terbabit yang sebelum ini pesaing berpotensi untuk takhta, didakwa ‘merancang rampasan kuasa bagi menjatuhkan Raja dan Putera Mahkota’ serta boleh dipenjarakan seumur hidup atau dikenakan hukuman mati.

Penahanan itu dilapor menandakan tindakan keras terbaru oleh Putera Mahkota Mohammed Salman, selepas pemenjaraan ulama dan aktivis terkenal, selain putera serta individu elit perniagaan seperti yang pernah kami tulis dalam artikel Rahsia tiga putera raja akhir zaman.

Putera Mohammed Nayef

Dari Abu Bashir, dia mengatakan, aku mendengar Abu Abdullah, yakni Al Imam Ashaddiq dia berkata, “Siapa yang memberi jaminan kepada saya  bahwa kematian Abdullah (Raja Saudi) membuat keadaan menjadi aman?”

Dia lalu berkata, ”Apabila Abdullah meninggal dunia, manusia tidak akan bersatu untuk menyetujui seorang pun sebagai raja yang menggantikannya. Urusan ini tidak bisa diselesaikan oleh orang selain sahabat kalian (Al Mahdi) Insya Allah. Raja yang memerintah bertahun-tahun akan meninggal, dan akan digantikan oleh raja yang memerintah hanya dalam hitungan bulan dan hari.”

Mungkinkah apa yang sedang dan akan berlaku di Arab Saudi kini adalah “permulaan kepada pengakhiran” yang mana bakal menyaksikan kemunculan Imam Mahdi sebagaimana hadis di bawah;

Ummu Salamah RA melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Manusia akan berbalah setelah kewafatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari Madinah akan melarikan dirinya ke Mekah. Beberapa orang Mekah akan memaksa beliau agar menerima bai’ah (taat setia) mereka kepada beliau di antara Rukn dan al-Maqam. Satu pasukan tentera dari Sham akan dihantar menentang beliau dan mereka akan ditelan bumi di Baida’ (padang pasir di antara Mekah dan Madinah). Apabila diketahui manusia, mereka datang berbondong dari Sham dan Iraq untuk membai’ah beliau. Kemudian muncul pula seorang dari Kaum Quraish yang ibunya dari suku Kalb, menentang beliau dan akan ditewaskan; peperangan tersebut dinamakan Perang Kalb. Mereka yang tidak menyaksikan ghanimah peperangan itu adalah malang. Al-Mahdi akan membahagi-bahagikannya dan memerintah mengikut Sunnah Baginda SAW. Kemudian beliau wafat dan Kaum Muslimin akan menyembahyangkan beliau.”;- [ Riwayat Abu Daud, Kitab Al-Mahdi].

Amir Hassan (klik dan follow ya)

Telegram @ t.me/denaihatinetwotk

Video @ youtube.com/c/denaihatinetwork

Kedai online @ Denaisell.com


Spread the love

4 Comments

  1. Takut pulak baca kisah-kisah akhir zaman ni dah banyak sangat petunjuk.
    Semoga kita tidak tergolong dalam mereka yang lalai dan kufur nikmat.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!