Tuhan Bukan Ada Pada Saat Kita Bersedih Sahaja

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Tuhan bukan ada pada saat kita bersedih saja. Itulah yang cuba diri ini tanamkan sedalam mungkin dalam hati. Kerana sejak kebelakangan ini, terlintas di fikiran.

Kenapa saat kita sedih, lemah dan berputus asa saja baru kita mengingati Allah. Bukanlah ia perkara yang tidak baik. Malah itulah objektif utama sang hamba diuji Tuhan, agar kembali semula pada Pencipta.

Baca : 7 Doa Pendek Yang Mujarab Untuk Hilangkan Stress, Sedih, dan Gelisah

Cuma, persoalannya adakah hanya bila kita sudah tidak terdaya baru kita ingin pulang pada Tuhan.

Adakah Tuhan hanya ada pada saat sedihnya kita dan tiada jika telah lenyap segala masalah yang menimpa. Nauzubillah.

Kita fikir pada waktu senang kita sudah tidak perlukan Allah dalam hidup kita. Tidak tahukah kita bahawa gembira itu juga nikmat dari Allah?

Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.”

(Surah Yunus ayat 12)

Mulai hari ini mari kita berubah. Mari kita ubah mindset kita. Janganlah kita hidup seperti kacang lupakan kulit. Jangan kita bersikap begini dengan Pencipta kita sendiri. Betapa tidak malunya kita dengan Allah.

Ingatlah Allah saat susahmu dan lebih-lebih lagi pada saat gembiranya kamu.

Allah Berfirman:

“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.”

(Al-Baqarah 2:152)

Ingatlah Allah pada saat kamu bangun dari tidur dalam keadaan yang sihat
Kerana puluhan manusia tidak mampu bangun dari perbaringan kerana kesakitan.

Ingatlah Allah saat kamu hendak minum dan makan. Kerana berjuta manusia sedang dahaga lagi kelaparan.

Ingatlah Allah saat kamu bahagia bersama keluarga dan rakan taulan, kerana ribuan manusia yang selama ini hidup berseorangan.

Baca : Allah Turunkan Ujian Dalam Pelbagai Bentuk Dan Waktu Yang Berbeza

Ingatlah Allah kerana kamu hidup dalam negara yang aman damai. Entah berapa ribu manusia yang sedang hidup ketakutan dalam peperangan.

Moga dari detik dan saat ini. Kita tidak lagi melupakan Tuhan disetiap waktu apapun. Kerana Allah sentiasa ada. Bukan hanya pada saat kita berduka namun pada setiap detik jantung yang berdegup keranaNya.

Moga saat kita mengingati Allah waktu senang, Allah tidak akan melupakan kita waktu kita sedang sudah.

Wallaahua’alam. Semoga bermanfaat untuk semua yang mambaca 🙂

Sumber : IloveIslam

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!