Jumlah Mangsa Covid-19 melebihi 100,000

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

JUMLAH mangsa wabak jangkitan COVID-19 mencatat angka melebihi 100,000 pada Jumaat di seluruh dunia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa langkah keselamatan dipertingkatkan agar dunia dapat bersama-sama membendung wabak ini daripada terus menular.

Baca: Beberapa langkah mengekang jangkitan koronavirus

Negara yang mempunyai bilangan mangsa paling tinggi selain China setakat ini ialah Korea Selatan, Itali, dan Iran.

Beberapa negara seperti Cameroon, Togo dan Peru hari ini mengesahkan kes pertama jangkitan wabak itu, manakala Belanda mencatatkan kes kematian pertama akibat wabak berkenaan.

Di Malaysia pula, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 28 lagi kes baharu positif COVID-19 pada Jumaat.

Dan di bawah ini merupakan pesakit di Malaysia yang telah sembuh dan discaj daripada covid-19. Semoga lebih ramai lagi pesakit yang pulih daripada jangkitan ini.

Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara kini adalah sebanyak 83 kes.

Berikut adalah bacaan terkini mangsa wabak COVID-19 setakat jam 10 pagi pada Sabtu.

sumber: Awani

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!