Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, biasa sangat apabila dengar ceramah agama pak ustaz akan menasihati kita supaya sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian ALLAH samada yang senang atau susah. Tetapi, menjadi lumrah manusia semasa senang kekadang terlupa pada ALLAH tetapi apabila ditimpa kesusahan tidak lekang di bibir memohon pertolongan. Ramai ustaz yang memberi peringatan tetapi sering kali kita terlupa. Mungkin kisah ini akan membuka hati kita ..
Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen. Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan sekelilingnya. Tiada siapa yang berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syilling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.
“Rezeki aku” Kata lelaki itu dalam hati. Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.
Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu. Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.
Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
Sahabat sekalian, Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ), rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi, acap kali kita lalai utk ‘mendongak’ ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat utk mendongak, menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.
Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah dia (dengan sombongnya): Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah dia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu) – Surah Azzumar ayat 49.
Ramai kata kawan semasa senang ramai tetapi semasa susah ramai yang melarikan diri. Fakta ini hanya benar sekiranya semasa senang kita lupa pada kawan-kawan dan hanya berkawan dengan yang setaraf sahaja. Daripada pengalaman aku kalau kita tidak lupa kepada ALLAH dan kawan semasa senang pasti di masa susah berbagai bantuan akan tiba tanpa disangka-sangka.
Semuga kisah duit syilling jatuh dari langit menjadi pengajaran kepada kita supaya jangan sesekali lupa pada kawan-kawan dan paling penting sekali jangan lupa pada ALLAH apabila kita senang kerana hidup ini bagai roda sekali di atas sekali di bawah sentiasa kena bersiap sedia dalam apa juga keadaan.
Mungkin anda ada kisah yang sama boleh dikongsikan di ruangan komen untuk dijadikan pengajaran kita bersama.
423 Comments
rezeki boleh jatuh dari langit kalau Allah izinkan. rezeki ada kat mana2
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Sebaiknya kita tak tunggu rezeki dari langit semata-mata tanpa sebarang usaha..usaha dulu selebihnya berserah kepada-Nya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Korea Selatan Asian Games 2014 Incheon
Satu pengkongsian yang sangat bermanfaat dan juga sebagai pengajaran buat kita semua. Rezeki itu datangnya daripada Alllah dan sering kali kita terleka dengan pemberiannya. Semoga kisah ini dapat membuatkan kita membuka mata hati… 😀
Curahan rasa Eshamz Halim @ ..Moh Ke Perak: Homestay Pendiat Bota Kanan Perak #VMY2014
Kisah pengajaran sebegini wajar dijadikan peringatan buat kita yang sering terleka..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Korea Selatan Asian Games 2014 Incheon
Bila benda susah je kita selalu fikirkan ianya ujian.. Sedangkan kesenangan pun salah satu ujian daripada Allah. :/
Curahan rasa Rara Zack @ ..Travelling – Mekkah and Madinah VS Paris, Tokyo
Bila diuji dengan kesenangan, ramai dari kita yang terleka..bila dah susah baru teringat pada-Nya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
Kisah yang penuh dengan pengajaran. Terima kasih kerana sudi berkongsikan kisah bermanfaat ini. Semoga kita tidak melupakan kawan-kawan terutamanya jangan sesekali melupakan Allah S.W.T.
Sebenarnya pengalaman hidup kita juga wajar untuk kita kongsikan..mana tahu ianya boleh memberi manfaat untuk orang lain 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
allah uji manusia dlm bentuk kesenangan nak tengok kita bersyukur atau tak
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Ramai yang terlupa atau terleka dikala senang..baru teringat pada-Nya bila kesusahan melanda..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
terima kasih Denaihati moga ia menjadi pengajaran serta panduan buat kita bersama,syukur dapat Ilmu lagi dari DH
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Penampakkan Makhluk Berkepala Manusia Berbadan Lembu
Kadang kala tanpa kita sedar banyak kisah menarik yang memberi pengajaran berlaku di sekeliling kita..
Curahan rasa UpProfits @ ..Fernando Torres dalam radar JDT?
Manusia bila berjaya tapi cepat lupa diri,lupa bersyukur kepadaNya memang susah nak cakap,Doa bukan hanya tika susah je tapi waktu senang pun harus di amalkan,jika kita tidak lupa kepada yang Maha Esa,Inn sha Allah Rezeki tu datang dengan pelbagai Cara.
Memang tak dinafikan kita selalu terleka dikala senang tapi baru nak beringat dikala susah..sama2lah kita ingat mengingatkan sesama kita..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
padahal baru sekali batu jatuh kena kepala kita dah mula rasa sakit…masa belambak duit syiling jatuh dulu sedikit pun tak ingat…semoga aku dilindungi dari sifat kufur nikmat seperti ini
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Tips Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5s
Kisah pengajaran sebegini wajar kita ambil tauladan..tak dinafikan kadang-kala kita terlalu terleka dengan duniawi..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
rezeki akan datang bile ada usaha dan peluang…dan kadang-kadang bila banyak bersedekah pun rezeki akan datang tanpa disangka
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs of Panasonic Lumix Smart Camera CM1
Sebenarnya banyak cara menjemput rezeki..rajin bersedekah juga salah satu caranya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
bila kita tak ada duit kita selalu ‘mendongak keatas’ memohon agar ‘duit syiling’ jatuh sedangkan apabila ‘duit dijatuhkan’ jarang sangat kita mendongak ke atas mengucapkan terima kasih.
Curahan rasa ainun @ ..Pengalaman Guna Altel
Fitrah manusia biasa yang adakalanya terlupa dikala senang..dikala susah baru nak beringat kepada-Nya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
Lumrah manusia, apabila susah dan diuji, baru teringat akan Tuhan.
Semoga kita menjadi manusia yang kekal teguh kepada Allah sama ada ketika susah atau senang. Amin.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?
Itu dah jadi kebiasaan kita manusia yang tidak pernah sempurna..semoga kita dapat ingat mengingatkan sesama kita..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Korea Selatan Asian Games 2014 Incheon
Rezeki boleh datang dari sumber-sumber yang tidak disangka. Namun antara syarat penting adalah kekal berdoa kepada Allah, maka Allah akan memberi jalan keluar dari kesusahan yang dialami.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?
Sebaiknya kita merancang dan berusaha mencapai matlamat baru lah kita berserah dan berdoa kepada Allah..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Korea Selatan Asian Games 2014 Incheon
Manusia mmg selalu alpa bila berasa berada di atas dan memang ramai yang bila di atas tidak lagi ingin memandang yang di bawah… Semoga someday bila saya senang saya tidak sebegini… Insha Allah.. 🙂
Curahan rasa shamiera osment @ ..Wordless Wednesday : 100 Followers Akhirnya…
In sha Allah..tak dinafikan memang ada yang lupa diri bila berada di atas..tapi bila dah jatuh terduduk baru nak menyesal kendian tak berguna..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
Kerdil dan insaf rasanya selepas membaca entry ni.
Memang wan akui kadangkala wan lupa untuk bersyukur. Dengan keadaan di siang hari yang sibuk dengan kerja yang tak sudah-sudah. Malam pula dengan hal yang lain.
Terasa sangat kurang masa untk bersyukur sedangkan mudah saja untuk lakukannya. Perumpamaan yang sangat baik untuk menyedarkan kita semua.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
Memang kita kadangkala lupa dan terleka bila waktu senang..seeloknya kita senantiasa bersyukur dikala susah dan senang..semoga mendapat keredhaan-Nya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
adat manusia,bila senang tak pernah rasa bersyukur dengan menadah tangan memanjat kesyukuran pada yang berada diatas itu
Curahan rasa Kisah Si Dairy @ ..WW:My Precious Princess
Kalau tak mahu lupa seeloknya kita senantiasa bersyukur biar susah atau senang..jadikan amalan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
Begitu lah adat manusia dikala senang selalu lupa mendongak ke langit..
Curahan rasa SentiasaPanas @ ..Misteri Foreign Accent Syndrome
Harap harap kita sentiasa jadi manusia yang sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 17 ; 5 Perkara yang Nik Rindu.
Alhamdulillah..biar menjadi kebiasaan sentiasa bersyukur biar susah mahupun senang..itu semua ujian dari-Nya..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Kebanyakannya memang mendongak ke langit tetapi sebab meninggi diri sehingga lupa ‘rumput di bumi’..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
Comments are closed.