Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, awal tahun 2014 berkesempatan minum petang bersama toke Severfreak syarikat yang menyediakan hosting untuk blog Denaihati sejak Disember 2009. Punyalah lama sudah bersama sehingga terlupa bila mula menggunakan khidmat hosting Severfreak. Terima kasih kepada Kak Jie yang telah memperkenalkan aku kepada Serverfreak dan entri “Selamat datang ke rumah baru Denaihati” akan terus tersemat di hati.
Minum bersama Eizil, Anarm, Melasti Bintang dan Sam banyak rahsia permulaan blog Denaihati yang terbongkar. Sebelum berpindah aku menggunakan platform Blogspot jadi ketika berpindah ke domain Denaihati.com aku fikir boleh kekal di platform Blogspot. Terkejut beruk bila Severfreak kata mereka hanya menguruskan blog wordpress tapi alang-alang dah buat keputusan nak pindah teruskan sahaja. Alhamdulillah Severfreak sudi melayan kerenah aku yang lansung tak tahu tentang wordpress walaupun masa tu blog Denaihati belum terkenal.
Aku belajar menggunakan wordpress dari rakan-rakan Blogger yang sudah menggunakan wordpress dan juga mencari informasi di google. Orang tua kata malu bertanya sesat jalan dan bila ada kemahuan semua boleh jadi. Alhamdulillah berkat bantuan kawan-kawan seperti Kak Jie, Ariffshah (baru menamatkan zaman bujangnya), Azman Ishak, Anarm, Eizil dan ramai lagi yang tak tersebut telah meletakan blog Denaihati disatu tempat yang tidak pernah diimpikan. Terima kasih semua jasa kalian akan dibalas oleh ALLAH dengan ganjaran berlipat kali ganda.
Sambil pekena teh tarik dan jus buah-buahan serverfreak bercerita berbagai kisah dan ragam sepanjang tempoh berurusan dengan blogger. Antara kisah dan ragam blogger yang menarik yang dikongsikan.
1. Ramai juga blogger yang berpindah daripada blogspot kepada wordpress akhir berpindah balik ke blogspot kerana terkejut dengan budaya wordpress dan tak bersedia untuk menerima budaya baru. Blogger wordpress kata wordpress mudah tapi blogger blogspot kata blogspot lagi mudah. Dari pengalaman Eizil katanya ada blogger yang sudah berpindah ke wordpress masih menulis entri baru di blogspot kemudian copy paste ke wordpress. Bagi aku paling penting kena belajar apabila sudah berhijrah dari blogspot ke wordpress tapi kalau minda kita masih minda blogspot setelah berpindah ke wordpress pasti akan berlaku konflik personaliti. Aku yang pernah menggunakan kedua-dua platform lebih suka kepada wordpress.
2. Ada blogger yang berpindak semula kepada blogspot apabila trafik blog bertambah dengan banyak. Mereka tidak bersedia untuk membayar kos hosting dan bandwith yang lebih untuk menampung kenaikan trafik. Mereka kurang faham bahawa ada harga yang perlu dibayar apabila trafik blog semakin tinggi. Ramai blogger fikir seronoknya beautifulnara collect pendapatan setiap bulan tetapi tak pernah tahu bagaimana beliau bertarung untuk mengekal blog sentiasa dapat dipapar setiap masa walau trafik semasa mencecah sehingga ribuan orang. Cuba klik blog Beautifulnara tengok berapa trafik semasa sekarang dan semua itu ada nilai yang perlu dibayar.
3. Ada blogger yang mengharap syarikat hosting menguruskan semua hal tentang blog mereka termasuk pengurusan sekuriti dan back up dengan menyangka tugas blogger hanya menulis sahaja. Apabila berlaku masalah terus melabel syarikat tersebut tak boleh harap walaupun setelah bertahun memberi khidmat yang baik. Blogger kena faham kenapa mereka beli domain dan hosting bukan sekadar ikut-ikut kawan sahaja, kawan beli kita pun beli tapi tak pernah ambil tahu apa yang sepatutnya dibuat.
4. Paling malang ada blogger yang mencanang kisah buruk syarikat hosting di sosial media setelah berpindah ke syarikat hosting lain hingga terlupa syarikat yang dicerca itulah yang telah memberi khidmat di masa susah mereka. Ibarat bila sudah terkenal terlupa siapa yang membantu semasa belum terkenal dulu. Tak salah berpindah hosting tapi jangan lupa jasa mereka walaupun sesaat masalah dimana pun ada dan tak perlu mencerca bila dapat tawaran yang lebih baik.
Memang ramai yang bersemangat nak buat blog. Bila dah ada blog bersemangat pulak nak menjadikan blogger terkenal dengan pendapatan yang berganda. Semua itu tidak akan berlaku begitu sahaja tanpa ilmu dan usaha yang istiqamah. Untuk menjadi blogger yang berjaya kita kena berani berubah dan berhijrah mengikut perubahan masa. Ada banyak urusan di belakang tabir yang perlu diuruskan oleh blogger apabila blog menjadi terkenal seperti pengurusan domain, pengurusan sekuriti, promosi, komunikasi, sosial media dan sebagainya. Kalau kita tak bijak mengurus itu yang banyak blog tak mampu berkembang dan berada pada takuk yang sama sahaja walaupun sudah bertahun. Tiada kejayaan tanpa usaha yang istiqamah dengan modal ilmu dan wang ringgit.
219 Comments
Terima kasih di atas perkongsian info… Sebelum ini saya ada beberapa domai dan hosting berbayar.. Tetapi disebabkan tiada masa untuk menguruskannya… Satu persatu terpaksa ditinggalkan… Bagi paltform blogsport, walaupun setahun tak aktif, tak menjadi masalah, sebab tak perlu nak kena bayar apa-apa pun… Walaubagaimanapun, untuk memperkembangkan perniagaan isteri saya, tak lama lagi saya akan membeli satu domain dan hosting yang baru.. In Shaa Allah…
Curahan rasa Anuar @ ..Hobi terbaru isteri saya, Cantik tak? (Bahagaian 31)
Kawe tak leh la pakai Blogspot he he.. Tak syok la. Tak tahu ler kenapa ada yg tak suka WP. Then again, rambut sama hitam, hati lain-lain kan bro?
Curahan rasa Brader Sports @ ..A Harmonious New MBR Treadmill Relay by UMS Students
pelbagai ragam, pelbagai perangai, tu yang memeriahkan lagi blogsphere kt malaya ni..hrp kita sume jadi lebih baik&mampu bg ‘something’ kpd diri sndr dan masyarakat..
Curahan rasa JMR @ ..Malam Tahun Baru Cina
Saya baru sebulan berhijrah ke wordpress.. memang banyak benda baru dan sgt mencabar pada saya..tapi saya suka! Kini saya sedang mula “jatuh cinta” dengan wordpress.
Curahan rasa ctfand @ ..Sebab Menggunakan Dua Telefon Bimbit
banyak ragam blogger ni..
semua tu dah power power 🙂
Curahan rasa Muaz @ ..Tambah Admin atau General User ke Akaun FB Ads anda
seronok baca perkongsian pngalaman blogger lama..
btol la org kata, pengalaman mngatasi segala2nya.
Curahan rasa akhil @ ..KKM siasat produk Double Stemcell
salam satu dunia..saya blogger baru masih bingung dengan rannk dan lainya
kunjungi balik http://www.semestaherbal-cakrudy.blogspot.com
http://www.jual-tehkulitmanggis.blogspot.com
Keren banget … banget bloggernya min
kayaknya keren nih …
memang demikianlah mesti ada pengorbanan untuk berjaya. waktu dan uang kalau tak demikian mestilah jalan ditempat seperti saya
Curahan rasa munir ardi @ ..The Possibility To Lose Weight After Pregnancy
Sebelum mula dengan blogspot, saya guna wordpress tapi sebab tak reti nak guna. Abaikan terus. huhu.
Curahan rasa Aini Zakaria @ ..Kempen virtual "SaveYarmoukCamp"
FA lebih selesa dengan wordpress. 🙂 Alhamdulillah.
Curahan rasa Farisya Anastasyia @ ..AylaMyra Produk Penjagaan Muka Terbaik
setuju sgt2….sy dulu dah tukar ke blog wordpress…tapi sbb rasa mcm lain sgt…dab tak biasa..terus tukar balik ke blogspot…huu…skrg tbe2 rase nak ke wordpress balik…mmg kena istiqamah kalo nak bertukar balik….
Curahan rasa nabila biela @ ..Baru Nak Tukar Kotak Komen
Betul tu. Sebagai blogger kita juga kena ambil kisah tentang semua ini. Jangan serah 100% kepada syarikat hosting sahaja.
Curahan rasa OhPanduan @ ..Diskaun Tol Sempena tahun Baru Cina 2014
Terima kasih di atas peringatan, insya Allah jika beristiqomah kejayaan pasti hampir 🙂
usaha sampai berjaya kan. Teruskan usaha.. 🙂
Curahan rasa OhPanduan @ ..Diskaun Tol Sempena tahun Baru Cina 2014
Jika ada apa2 kemuskilan dan nak tanya sesuatu di mana tempat nak bertanya? Dihrp ada tempat yg boleh utk dibincangkan.
Curahan rasa Blogger Top Star @ ..Custom Made Sticker Kereta
Tanya lah kat group fb denaihati network
Tempat terbaik untuk bertanya..
Curahan rasa OhPanduan @ ..Diskaun Tol Sempena tahun Baru Cina 2014
insya Allah nanti KB gunakan peluang terbaik ini…terima kasih tuan!
Curahan rasa kakiblog @ ..Meledak Trafik Dengan Berada Di Halaman Utama Google
Comments are closed.