Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, awal tahun 2014 berkesempatan minum petang bersama toke Severfreak syarikat yang menyediakan hosting untuk blog Denaihati sejak Disember 2009. Punyalah lama sudah bersama sehingga terlupa bila mula menggunakan khidmat hosting Severfreak. Terima kasih kepada Kak Jie yang telah memperkenalkan aku kepada Serverfreak dan entri “Selamat datang ke rumah baru Denaihati” akan terus tersemat di hati.
Minum bersama Eizil, Anarm, Melasti Bintang dan Sam banyak rahsia permulaan blog Denaihati yang terbongkar. Sebelum berpindah aku menggunakan platform Blogspot jadi ketika berpindah ke domain Denaihati.com aku fikir boleh kekal di platform Blogspot. Terkejut beruk bila Severfreak kata mereka hanya menguruskan blog wordpress tapi alang-alang dah buat keputusan nak pindah teruskan sahaja. Alhamdulillah Severfreak sudi melayan kerenah aku yang lansung tak tahu tentang wordpress walaupun masa tu blog Denaihati belum terkenal.
Aku belajar menggunakan wordpress dari rakan-rakan Blogger yang sudah menggunakan wordpress dan juga mencari informasi di google. Orang tua kata malu bertanya sesat jalan dan bila ada kemahuan semua boleh jadi. Alhamdulillah berkat bantuan kawan-kawan seperti Kak Jie, Ariffshah (baru menamatkan zaman bujangnya), Azman Ishak, Anarm, Eizil dan ramai lagi yang tak tersebut telah meletakan blog Denaihati disatu tempat yang tidak pernah diimpikan. Terima kasih semua jasa kalian akan dibalas oleh ALLAH dengan ganjaran berlipat kali ganda.
Sambil pekena teh tarik dan jus buah-buahan serverfreak bercerita berbagai kisah dan ragam sepanjang tempoh berurusan dengan blogger. Antara kisah dan ragam blogger yang menarik yang dikongsikan.
1. Ramai juga blogger yang berpindah daripada blogspot kepada wordpress akhir berpindah balik ke blogspot kerana terkejut dengan budaya wordpress dan tak bersedia untuk menerima budaya baru. Blogger wordpress kata wordpress mudah tapi blogger blogspot kata blogspot lagi mudah. Dari pengalaman Eizil katanya ada blogger yang sudah berpindah ke wordpress masih menulis entri baru di blogspot kemudian copy paste ke wordpress. Bagi aku paling penting kena belajar apabila sudah berhijrah dari blogspot ke wordpress tapi kalau minda kita masih minda blogspot setelah berpindah ke wordpress pasti akan berlaku konflik personaliti. Aku yang pernah menggunakan kedua-dua platform lebih suka kepada wordpress.
2. Ada blogger yang berpindak semula kepada blogspot apabila trafik blog bertambah dengan banyak. Mereka tidak bersedia untuk membayar kos hosting dan bandwith yang lebih untuk menampung kenaikan trafik. Mereka kurang faham bahawa ada harga yang perlu dibayar apabila trafik blog semakin tinggi. Ramai blogger fikir seronoknya beautifulnara collect pendapatan setiap bulan tetapi tak pernah tahu bagaimana beliau bertarung untuk mengekal blog sentiasa dapat dipapar setiap masa walau trafik semasa mencecah sehingga ribuan orang. Cuba klik blog Beautifulnara tengok berapa trafik semasa sekarang dan semua itu ada nilai yang perlu dibayar.
3. Ada blogger yang mengharap syarikat hosting menguruskan semua hal tentang blog mereka termasuk pengurusan sekuriti dan back up dengan menyangka tugas blogger hanya menulis sahaja. Apabila berlaku masalah terus melabel syarikat tersebut tak boleh harap walaupun setelah bertahun memberi khidmat yang baik. Blogger kena faham kenapa mereka beli domain dan hosting bukan sekadar ikut-ikut kawan sahaja, kawan beli kita pun beli tapi tak pernah ambil tahu apa yang sepatutnya dibuat.
4. Paling malang ada blogger yang mencanang kisah buruk syarikat hosting di sosial media setelah berpindah ke syarikat hosting lain hingga terlupa syarikat yang dicerca itulah yang telah memberi khidmat di masa susah mereka. Ibarat bila sudah terkenal terlupa siapa yang membantu semasa belum terkenal dulu. Tak salah berpindah hosting tapi jangan lupa jasa mereka walaupun sesaat masalah dimana pun ada dan tak perlu mencerca bila dapat tawaran yang lebih baik.
Memang ramai yang bersemangat nak buat blog. Bila dah ada blog bersemangat pulak nak menjadikan blogger terkenal dengan pendapatan yang berganda. Semua itu tidak akan berlaku begitu sahaja tanpa ilmu dan usaha yang istiqamah. Untuk menjadi blogger yang berjaya kita kena berani berubah dan berhijrah mengikut perubahan masa. Ada banyak urusan di belakang tabir yang perlu diuruskan oleh blogger apabila blog menjadi terkenal seperti pengurusan domain, pengurusan sekuriti, promosi, komunikasi, sosial media dan sebagainya. Kalau kita tak bijak mengurus itu yang banyak blog tak mampu berkembang dan berada pada takuk yang sama sahaja walaupun sudah bertahun. Tiada kejayaan tanpa usaha yang istiqamah dengan modal ilmu dan wang ringgit.
219 Comments
Saya guna hosting percuma… Utk mencuba yg baru.. Belajar slow2.
Saya ada guna wprdpress cuma nak setting plugin yg membuat sedikit kesukaran
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Keputusan Terkini Liga Super 28 Januari 2014
kata orang, di mana ada kemahuan, di situ terbentang jalan. cuma nak jalan di atas jalan tu saja tak ramai orang buat. Ada juga yang berhenti di tengah jalan.
SFlah hosting pertama saya, setakat ni perkhidmatannya memuaskan..
Curahan rasa hafiz @ ..Blog sudah ada Contact Form
Masih ingat lagi masa menang domain hosting percuma JomHosting. Sebab niat kuat utk belajar, beli ebook sifu smartzul utk pasang wp sendiri dan belajar ftp, cpanel sikit2..alhamdulillah…fahamlah jugak dan tak menyesal berwordpress…
dalam masa yg sama, masih lagi guna juga blogpot utk benda2 lain…
terima kasih tuan DH utk entri pembangkit semangat…
saya suka kata2 ini “Tiada kejayaan tanpa usaha yang istiqamah dengan modal ilmu dan wang ringgit.”
Curahan rasa hafizmd @ ..Korang Dah Singgah Pondok Paling Power?
sya tukar ke wp pun sbb dapat theme wp percuma kalau tak memang tak tukar ke wp lah sampai sekarang dan masih guna blogspot .. hiks
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
terima kasih kerana memberi input berguna.. memang sedang mencari ilmu dan kekuatan untuk tukar ke wordpress. syukran
memang ada kebaikan dan keburuan menggunakan blogspot dan wp. tapi kena kena melakukan anjakan paradigma sekiranya mahu berjaya.
Curahan rasa fyna @ ..By: fyna
bertukar ke WP sejak tahun lepas bulan 6 , setakat nih amat berpuas hati…=)
Curahan rasa papa mifz @ ..Ole-Ole dari Kota London
aku pindah ke wordpress ni gara-gara join group denaihati. Semua dok cerita pasal wordpress. itu yang berkobar nak tahu pasal wordpress ni. Bila dah pakai baru tahu lagi best sebenarnya. Setiap orang ada pandangan masing-masing. Setakat ini masih pakai hosting yang sama.
Curahan rasa Bahrain @ ..Blog Telah Diserang Virus?
Pernah mencuba untuk berpindah ke wordpress. Memang agak sukar..so at the ednd of the day kekal dengan blogspot. Mungkin kita bukanlah Blogger yang serius. Tapi kita mat setuju dengan pandangan DH. Kalau dah bertekad untuk berpindah ke arah sesuatu yang lebih baik, kena ambil cabara. Hanya yang berusaha tanpa kenal putus asa akan berjaya…tahniah untuk DH!!!!
Curahan rasa Raudzah @ ..Harga Runtuh Untuk Semua Rakyat Malaysia!!!!
Banyak yang kena belajar lagi dengan Bro DH saya ni. Terima kasih atas nasihat DH.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Bekerja Dari Rumah Boleh Jana Pendapatan Sampingan
pengorbanan dan minat seorang blogger yang menghasilkan kepuasan maksima
Curahan rasa Que @ ..Diskaun Rebat Tol Tahun Baru Cina 2014
betul tu, Tapi kena belajar dengan mereka yang pakar juga agar kita tak tersalah arah.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Bekerja Dari Rumah Boleh Jana Pendapatan Sampingan
Setuju sgt. Dan kita untung sbb sekarang ni, ramai blogger macam tuan DH, bro Eizil, bro Anarm yg boleh kita rujuk.
Curahan rasa hafizmd @ ..Kelebihan Aura Beauty Perfect!
nak berjaya kena ada harganya juga
Curahan rasa onlajer @ ..Tukar Kepada News Pro Theme
Betul tu. Berani untuk berubah.
Saya sebagai blogger baru akan terus belajar ilmu tentang blog,
pengalaman yang di lalui denaihati akan menjadi sumber inspirasi bagi saya
InshaAllah..
Curahan rasa Ahmad Zikryy @ ..Wordless Wednesday
InsyaAllah..satu masa nanti saya pun nak kecapi kejayaan macam saudara denaihati kecapi ni..emmm sekarnag ni saya tengok dah ramai juga yang tukar themes pakai genesis…haha
Curahan rasa Hafizul @ ..Panduan Peperiksaan Pegawai Belia Dan Sukan
Comments are closed.