Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, awal tahun 2014 berkesempatan minum petang bersama toke Severfreak syarikat yang menyediakan hosting untuk blog Denaihati sejak Disember 2009. Punyalah lama sudah bersama sehingga terlupa bila mula menggunakan khidmat hosting Severfreak. Terima kasih kepada Kak Jie yang telah memperkenalkan aku kepada Serverfreak dan entri “Selamat datang ke rumah baru Denaihati” akan terus tersemat di hati.
Minum bersama Eizil, Anarm, Melasti Bintang dan Sam banyak rahsia permulaan blog Denaihati yang terbongkar. Sebelum berpindah aku menggunakan platform Blogspot jadi ketika berpindah ke domain Denaihati.com aku fikir boleh kekal di platform Blogspot. Terkejut beruk bila Severfreak kata mereka hanya menguruskan blog wordpress tapi alang-alang dah buat keputusan nak pindah teruskan sahaja. Alhamdulillah Severfreak sudi melayan kerenah aku yang lansung tak tahu tentang wordpress walaupun masa tu blog Denaihati belum terkenal.
Aku belajar menggunakan wordpress dari rakan-rakan Blogger yang sudah menggunakan wordpress dan juga mencari informasi di google. Orang tua kata malu bertanya sesat jalan dan bila ada kemahuan semua boleh jadi. Alhamdulillah berkat bantuan kawan-kawan seperti Kak Jie, Ariffshah (baru menamatkan zaman bujangnya), Azman Ishak, Anarm, Eizil dan ramai lagi yang tak tersebut telah meletakan blog Denaihati disatu tempat yang tidak pernah diimpikan. Terima kasih semua jasa kalian akan dibalas oleh ALLAH dengan ganjaran berlipat kali ganda.
Sambil pekena teh tarik dan jus buah-buahan serverfreak bercerita berbagai kisah dan ragam sepanjang tempoh berurusan dengan blogger. Antara kisah dan ragam blogger yang menarik yang dikongsikan.
1. Ramai juga blogger yang berpindah daripada blogspot kepada wordpress akhir berpindah balik ke blogspot kerana terkejut dengan budaya wordpress dan tak bersedia untuk menerima budaya baru. Blogger wordpress kata wordpress mudah tapi blogger blogspot kata blogspot lagi mudah. Dari pengalaman Eizil katanya ada blogger yang sudah berpindah ke wordpress masih menulis entri baru di blogspot kemudian copy paste ke wordpress. Bagi aku paling penting kena belajar apabila sudah berhijrah dari blogspot ke wordpress tapi kalau minda kita masih minda blogspot setelah berpindah ke wordpress pasti akan berlaku konflik personaliti. Aku yang pernah menggunakan kedua-dua platform lebih suka kepada wordpress.
2. Ada blogger yang berpindak semula kepada blogspot apabila trafik blog bertambah dengan banyak. Mereka tidak bersedia untuk membayar kos hosting dan bandwith yang lebih untuk menampung kenaikan trafik. Mereka kurang faham bahawa ada harga yang perlu dibayar apabila trafik blog semakin tinggi. Ramai blogger fikir seronoknya beautifulnara collect pendapatan setiap bulan tetapi tak pernah tahu bagaimana beliau bertarung untuk mengekal blog sentiasa dapat dipapar setiap masa walau trafik semasa mencecah sehingga ribuan orang. Cuba klik blog Beautifulnara tengok berapa trafik semasa sekarang dan semua itu ada nilai yang perlu dibayar.
3. Ada blogger yang mengharap syarikat hosting menguruskan semua hal tentang blog mereka termasuk pengurusan sekuriti dan back up dengan menyangka tugas blogger hanya menulis sahaja. Apabila berlaku masalah terus melabel syarikat tersebut tak boleh harap walaupun setelah bertahun memberi khidmat yang baik. Blogger kena faham kenapa mereka beli domain dan hosting bukan sekadar ikut-ikut kawan sahaja, kawan beli kita pun beli tapi tak pernah ambil tahu apa yang sepatutnya dibuat.
4. Paling malang ada blogger yang mencanang kisah buruk syarikat hosting di sosial media setelah berpindah ke syarikat hosting lain hingga terlupa syarikat yang dicerca itulah yang telah memberi khidmat di masa susah mereka. Ibarat bila sudah terkenal terlupa siapa yang membantu semasa belum terkenal dulu. Tak salah berpindah hosting tapi jangan lupa jasa mereka walaupun sesaat masalah dimana pun ada dan tak perlu mencerca bila dapat tawaran yang lebih baik.
Memang ramai yang bersemangat nak buat blog. Bila dah ada blog bersemangat pulak nak menjadikan blogger terkenal dengan pendapatan yang berganda. Semua itu tidak akan berlaku begitu sahaja tanpa ilmu dan usaha yang istiqamah. Untuk menjadi blogger yang berjaya kita kena berani berubah dan berhijrah mengikut perubahan masa. Ada banyak urusan di belakang tabir yang perlu diuruskan oleh blogger apabila blog menjadi terkenal seperti pengurusan domain, pengurusan sekuriti, promosi, komunikasi, sosial media dan sebagainya. Kalau kita tak bijak mengurus itu yang banyak blog tak mampu berkembang dan berada pada takuk yang sama sahaja walaupun sudah bertahun. Tiada kejayaan tanpa usaha yang istiqamah dengan modal ilmu dan wang ringgit.
219 Comments
bila ada banyak orang pasti ada banyak ragam…yang duk canang cerita buruk tu aku rasa agak kurang bijak sebenarnya
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Impian Dan Harapan 2015
ramai juga blogger yang tak berminat nak jana pendapatan melalui blog. blogging hanya suka suka
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Betul tu sangat rugi kalau letakkan niat blogging sebagai suka suka kerana blog mampu menjana wang yang sangat banyak.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Nor gunakan kedua-duanya 🙂
Masing-masing ada kelebihan.
Nor belum pernah lagi jumpa dengan blogger face to face 🙂
Curahan rasa Norazizah @ ..Blogger buat duit online
saya pun sama. masih belum berjumpa dengan mana2 blogger setakat ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Saya pun tak berkesempatan lagi nak jumpa blogger blogger hebat ni. Dekat event sepetang bersama blogger sudah tentu dapat merapatkan hubungan sesama blogger.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
belum ada komitmen 100% dalam dunia blogging ni..buat masa ni masih selesa dengan menggunakan platform blogspot..
Curahan rasa pipoq @ ..Rumah Allah vs Rumah Kita
saya masih belum berminat nak tukar platform. dah selesa guna blogspot
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
InsyaAllah kalau dan ada komitmen ni nanti boleh tukar ke platform wordpress sebab ramai yg kata wordpress lagi ok.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
WordPress nih nampak cam susah . pernah bercadang nak pindah ke wordpress cuma takot jugak .
Curahan rasa Cikk Mira @ ..Portfolio : Fyra , The Travelover
pada saya, wordpress lebih nampak professional. tapi dua dua mempunya fungsi yang sama
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blog Bakal Dikenakan GST?
Saya pun sama huhu. Dulu pernah nak buat tapi ternyata segala usaha tersebut gagal.Banyak lagi yang saya kena belajar nampaknya.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
bab mencanang kisah buruk syarikat hosting di sosial media setelah berpindah ke syarikat hosting lain hingga terlupa syarikat yang dicerca itulah yang telah memberi khidmat di masa susah mereka memang tak patut buat..macam kacang lupakan kulit je
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs of Samsung Galaxy Ace Style LTE
Seronok tengok gelagat blogger ni. Tak berkesempatan lagi untuk jumpa dengan mereka semua.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Masih belajar untuk menjadi blogger yang berhemah dan menulis sesuatu untuk kebaikan orang lain..
Curahan rasa shamiera osment @ ..Salam Aidiladha…
Saya pun masih dalam proses nak belajar cara menulis blog dengan baik dan betul.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Nak jadi blogger yang orang kenal kerana sesuatu tu payah,. Sebab masing masing kene tunjuk masing masing punya kelebihan. baru lah orang tau,blog tu sapa punya apa cerita blog dia. kan? Banyak info dekat sini yang boleh digali,
Curahan rasa MIEZA SUHAINI @ ..BAHASA MELAYU BAHASA MUNDUR
kalau nak terkenal dlm alam siber ni kena banyakkan ilmu seo. sebab terlalu banyak persaingan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Betul tu tanpa kelebihan kita pasti tidak diketahui umum. Oleh itu, tunjukkan kelebihan yang kita ada sebanyak banyaknya.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
nak jadi blogger bukan mudah kena ada kesungguhan baru boleh berjaya. sebab banyak persaingan
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
persaingan yang banyak kerana muncul blog-blog baru yang makin mantap…jadi kita yang ada blog ni…kene mantapkan lagi supaya boleh bersaing dengan mereka
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
lagi pun ramai yang putus asa bila views berkurang. lepas tu terus tawar hati nak update blog
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Tentang Filem FROZEN
Banyak usaha yang perlu kita lakukan untuk menjadi blogger yang berjaya. Tanpa usaha sudah tentu kita tidak kemana mana.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Ya, betul tu…untuk berjaya bukannya dalam sekelip mata…bak kata pepatah, hutan bukan tumbuh dalam masa sehari…jadi, sebagai blogger baru, banyak yang saya perlu belajar… 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
Betul tu. Banyak lagi yang perlu kita belajar untuk menjadi seorang blogger yang berjaya. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..September Giveaway Party hosted by Iola Caviar
Kena usaha sikit sikit kerana suatu hari nanti pasti berbaloi untuk blog kita.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Aku sejak mula diperkenalkan dlm dunia blogger mmg dah terus kenal dengan wordpress. Aku beli ebook panduan asas wordpress masa tu. Mmh eksited nak belajar. Sebab tu bila nak beralah kpd blogspot aku kekok sikit. aku bangga dengan blogger blogspot. walaupun org kata nak nampak profesional berpindah ke wordpress. Tapi aku lihat blog mereka lebih nampak profesional bila mereka customkan domain…dan rekabentuk blog mereka juga kebanyakkannya kreatif dan menarik. Mungkin sesuai dengan jiwa mereka…
Curahan rasa Wira Merah @ ..Pengalaman Membeli Belah Di Lazada Malaysia
Saya belum pernah lagi menggunakan wordpress selama berblogging ini. Masih setia dengan blogspot saja.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..September Giveaway Party hosted by Iola Caviar
sama. belum bercadang nak bertukar ke wordpress sebab puas hati dgn blogspot.
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
hehe…blogspot memang cantik bile dicustomkan..cubelah tengok blog hasrulhassan…sangat cantik dan ringan..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Comments are closed.