Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “soal jawab solat jamak yang ramai keliru“. Kali ini Abang nak berkongi pengalaman buat salah dan terus dapat balasan.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Beberapa hari lepas kami satu group lebih kurang dua belas orang pergi makan di sebuah restoran di Shah Alam. Waktu makan tengahari, restoran penuh jadi terpaksa kami duduk berpisah.
Sedang sibuk-sibuk memilih menu untuk dipesan kelihatan ada satu meja sebelah group satu lagi yang kosong. Sebelum itu ada seorang wanita cina duduk sendirian. Abang nak pindah ke sana. Kawan kata dah ada orang booking. Yang Abang faham crew restoran tu yang book untuk pelanggan mereka. Jadi Abang pergi kat crew minta pindah meja. Crew tu nampak keliru semasa Abang minta kebenaran.
Kami berpindah ke meja tersebut dan pindahkan kad bisnis yang ada atas meja ke meja sebelah yang baru kosong. Rupanya pelanggan perempuan cina yang beritahu pada kawan Abang bukan crew restoran. Bila dia datang balik, dia nak duduk meja itu tapi Abang minta dia duduk meja lain dengan cara yang tak berapa bagus sikit. Dia tak gembira dengan apa yang Abang buat tapi duduk juga di meja kosong sebelah sambil tak berhenti menjeling kami. Setelah menunggu lama kawan dia tak sampai-sampai, dia pun keluar dari restoran tanpa memesan makanan.
Maka bermula sessi ujian darpada ALLAH …
Antaranya berlaku di restoran tersebut apabila makanan yang kami pesan lambat sampai. Pelanggan yang lewat sudah makan dahulu sehingga terpaksa Abang pergi ke kaunter bertanya, mengapa makan kami tak sampai lagi sedangkan pelanggan yang datang kemudian sudah menikmati hidangan yang dipesan.
Pada malam harinya semasa nak check in disebuah hotel di Sepang kami dimaklumkan hotel hanya boleh bagi dua katil bujang sedangkan selama ini sudah berpuluh kali buat tempahan di Agoda tidak pernah jadi begini melainkan memang minta dua katil bujang. Abang minta juga crew hotel sediakan katil queen atau king untuk kami suami isteri. Alhamdulillah dapat juga akhirnya itu pun selepas lebih lima minit adik itu mencari bilik yang kosong.
Sebelum itu di KLIA2 pun ada masalah nak check in ketika membantu sahabat yang hendak pulang ke Indonesia dan beberapa ujian kecil yang lain sepanjang hari selepas kes di restoran di Shah Alam.
Kata kepada isteri inilah kifarah tunai bila buat silap kepada sesama manusia. Kena terima dengan redha dan jangan ulang kesilapan pasti ada hikmahnya.
Subhanakallah humma wabihamdika Asyadu an la ilaha illa anta astaghfiruka waatubu illaik.
Pernahkan kawan-kawan melalui pengalaman begini?
Amir Denaihati
Founder Denaihati
(jangan lupa klik dan follower FB Abang ini untuk banyak lagi kisah motivasi)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
62 Comments
Ya.
Orang kita kekadang tak sedaq yang kita dah lukakan hati orang lain.
Itulah itu.
Sedarlah selalu.
Curahan rasa titan @ ..Tambah Duit Raya dengan Jobdirumah
lumrah manusia..
sikap yang kita tidak sedar boleh melukakan hati orang lain..
saya ambik iktibar
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Cepat Selesaikan Hutang Rumah
kifarah ni mcm warning light jgk..utk kita waspada di kemudian hari..suapaya tak ulang benda sama yg merugikan..ulang salah sama dua kali mmg parah namanya haha
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Kesan Cuaca Bayu Laut & Bayu Darat Terhadap Percutian Di Pantai & Pulau
kafarah macam hukum karma..
buat baik maka dibalas baik…
ia memang betul dan teruji sah dalam kehidupan ini..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Cepat Selesaikan Hutang Rumah
antara dosa yang takut saya terbuat..
dosa sesama manusia..
susah kalau tertunda ke akhirat..
banyak pahala ok la nak bagi sebagai ganti..
tak de pahala maka dosa dia beri dengan kita sebagai balasan..
minta dijauhkan
Curahan rasa mrhanafi @ ..2 Kaedah Jana Pendapatan Sampingan
Intinya harus bersabar abang,, Allah memberi cobaan karna dia sayang kepada hamba-hambanya. yang penting berbuat baik sajalah.
mampir bang ke website ku.. salam dari Indonesia .. hehehe
Curahan rasa Ananda @ ..Lari dari Masalah Bukan Solusi !
kasih sayang Allah pada hamba tidak terbatas..
sebab itu DIA tegur kita terus di dunia untuk tidak terus alpa..
Alhamdulillah
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Cepat Selesaikan Hutang Rumah
kadang kadang kita tak sedar yang kita ada buat silap. semua ada hikmah di sebaliknya
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Hero Seorang Cinderella di Astro Ria
kalau tak sedar tu…boleh minta untuk orang tegurkan ..
hehehe..
janji hati tabah dan terbuka untuk mengakui diri ada silap
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Cepat Selesaikan Hutang Rumah
Manfaatkan kasih sayang allah swt dengan sebaik-baiknya, aturan sama untuk semua kalangan muslim ..dimana pun berada
Curahan rasa ade sunandar @ ..Agen Danshen plus icp capsule serang
Allah maha permurah lagi maha penyayang… Bila difikirkan balik, apa yang berlaku dalam hidup kita merupakan “teguran” daripada Allah S.W.T untuk membetulkan kesilapan kita…
Curahan rasa Anuar @ ..Rahsia SALES 5 angka dengan menjual “keratan-keratan Akhbar”
Dalam keadaan ini, kita berpeluang untuk bermuhasabah diri dan bertaubat… Serta berpeluang untuk meminta maaf, sekiranya kita ada buat kesalahan kepada orang lain..
Curahan rasa Anuar @ ..Rahsia SALES 5 angka dengan menjual “keratan-keratan Akhbar”
perbuatan yang baik…
saling bermaafan dan mengakui kesilapan diri..
kita tak akan lepas dari buat silap sesama manusia..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Cepat Selesaikan Hutang Rumah
pernah juga hadapi macam ini, kadang kita tak sedar kita ada buat silap. muhasabah diri jalan terbaik
Curahan rasa raihanah @ ..Shaklee Collagen Powder Drink Terbaik Di Pasaran
Betul tu.. saya setuju..
Mana ada manusia yang terlepas daripada melakukan sebarang kesilapan..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia SALES 5 angka dengan menjual “keratan-keratan Akhbar”
Selalunya jadi macam tu lah. Kadang-kadang kita tak sedar kita dah buat silap. Dah buat silap sombong pulak tu lansung terus dapat masa tu jugak.
Curahan rasa rahimah majid @ ..Aksesori Percutian Musim Sejuk Penting Atau Boleh Di Lupakan
Semoga kita sentiasa beringat setiap masa.. roda kehidupan ni adil.. ada kalanya kita berada di atas.. ada masanya kita akan berada di bawah juga…
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia SALES 5 angka dengan menjual “keratan-keratan Akhbar”
Teringat satu kisah tentang seorang lelaki yang tertinggal beg duit semasa memandu kereta..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia SALES 5 angka dengan menjual “keratan-keratan Akhbar”
Semasa nak melalui tol baru dia terperasan dia tak bawa beg duit.. masa tu paniklah lelaki tersebut tercari-cari duit syiling di dalam kereta..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia SALES 5 angka dengan menjual “keratan-keratan Akhbar”
Selepas puas dia mencari dan menyelongkar di sana-sini.. duit yang diperlukan untuk membayar tol masih belum cukup 20 sen..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia SALES 5 angka dengan menjual “keratan-keratan Akhbar”
Dengan izin Allah S.W.T.. ada OKU datang membantu dengan menghulurkan wang tunai RM1..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia SALES 5 angka dengan menjual “keratan-keratan Akhbar”
Allah Maha Penyayang…bawa bertenang dan bersabar selalu…
selalu juga bersangka baik…
dalam apa jua keadaan….
lebih-lebih baik ketika membuat silap
Curahan rasa mrhanafi @ ..Lelaki Berduit Versus Lelaki Kacak
Walau pun lain bangsa dari kita, tapi kifarah dari Alla tetap tiba…
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Dengan Saham IPO
Betul tu.. sebab tu kita kena jaga hubungan baik kita, walau dengan sesiapa sahaja.. tak kiralah berlainan agama atau bangsa sekalipun..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia SALES 5 angka dengan menjual “keratan-keratan Akhbar”
betul tu..manusia adalah makhluk ciptaanNya ..
sebab itu kita tidak boleh melihat manusia dengan pandangan yang berbeza-beza
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Cepat Selesaikan Hutang Rumah
perkara yang tak disangka2 jadi.. boleh jadikan pengajaran di masa akan datang
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Hero Seorang Cinderella di Astro Ria
perkara yang tidak di sangka-sangka menyebabkan kita boleh terleka..
kalau perkara baik tak pe..
masalah yang perkara ynag kurang baik
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Cepat Selesaikan Hutang Rumah
Takper sebagai pengajaran.. pasti ada hikmah disebaliknya.. mungkin supaya bagi peluang kepada kita untuk bermuhasabah diri..
Curahan rasa anuar @ ..Penghargaan Untuk Sukarelawan FIRA 2017
Itu tandanya Allah sayang kita kerana kita sedar, apa yang berlaku adalah kerana kesilapan yang kita buat. Ada mereka yang Allah “biarkan”, asyik berlaku ‘kesilapan’ dalam hidup tapi masih tidak sedar-sedar lagi.
Saya pun pernah mengalami kifarah tunai. Yang terbaru beberapa minggu lepas ada berbuat silap, sebelah petang saya telah mengalami kemalangan Alhamdulillah hanya kecederaan ringan. Sesungguhnya ia adalah Peringatan dari Allah swt.
استغفر الله واتوب اليه
Curahan rasa Haidar @ ..7 Tempat Makan BEST di Perlis
Syukur Alhamdulillah… Mujur puan tak apa-apa..
Semoga ada hikmah disebaliknya untuk setiap apa yang berlaku…
Curahan rasa Anuar @ ..Rahsia SALES 5 angka dengan menjual “keratan-keratan Akhbar”
Terima kasih Encik Anuar. Moga kita semua dalam rahmat dan pengampunan Ilahi. Ameen.
Curahan rasa Haidar @ ..3 Pinjaman Peribadi Koperasi Terbaik Untuk Kakitangan Kerajaan di Perlis
Pernah juga merasai. Dan terus tersedar,
Bila kita buat baik, kita akan dapat baik. Begitulah sebaliknya.
Semoga apa yang terjadi terus menjadi pengajaran buat kita semua. In sha Allah.
Curahan rasa Cik Norizam @ ..Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna
Sungguh. Ianya amat menginsafkan. Banyakkanlah beristighfar dan sentiasa memaafkan orang lain mudah-mudahan orang lain memaafkan kesalahan kita.
Curahan rasa Haidar @ ..3 Pinjaman Peribadi Koperasi Terbaik Untuk Kakitangan Kerajaan di Perlis
Comments are closed.