Kelebihan amalan zikir pagi dan petang setiap hari

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Mengembara di muka bumi menyaksikan bagaimana kesudahan orang terdahulu“. Kali ini Abang nak berkongsi Tips selesaikan masalah dan berjaya dalam hidup.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Siapa di sini yang tidak mahukan kejayaan, pasti semua berusaha untuk berjaya tapi lebih ramai yang gagal daripada yang berjaya. Ramai yang kecewa dalam berumahtangga dan sangat ramai yang kecewa dalam berkerjaya serta berniaga.

Nak tak kalau Abang kongsikan tips untuk berjaya? syaratnya bila sudah Abang bongkar rahsia ini kawan-kawan mesti kena amalkan.

Rahsianya begini

Abang dapat rahsia ini ketika berguru dengan seorang ustaz, itu pun setelah Abang hampir-hampir kecewa dalam hidup setelah berusaha siang dan malam untuk selesaikan masalah hutang yang sangat banyak kira-kira 15 tahun yang lalu.

Mungkin pembaca di sini tak ramai yang ada masalah hutang sebab zaman sekarang mudah nak mencari pendapatan kedua, ketiga, keempat dan sebagainya. Kepada yang tiada masalah hidup mungkin tips ini kurang berkesan.

Kepada yang memerlukan ini rahsianya

Ustaz minta Abang baca maksud ayat 55 surah Ghafir sebanyak 40 kali berturut untuk membongkar dan mencari rahsia amalan harian yang terdapat dalam ayat ini untuk diamalkan dengan istiqomah. Masa susah apa sahaja yang ustaz buat, Abang akan buat. Jadi Abang baca maksud ayat ini lebih daripada 40 kali.

(Setelah engkau mengetahui perihal Nabi Musa dan umatnya) maka bersabarlah (wahai Muhammad, dalam perjuangan menegakkan Islam); sesungguhnya janji Allah (untuk menjayakanmu) adalah benar. Dan pohonlah ampun bagi salah silapmu, serta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang.

Dah baca 40 kali?

Apakah tiga amalan yang mesti kita buat untuk keluar daripada masalah dan menjadi insan yang berjaya?

Tiga amalan yang mesti kita buat setiap hari secara istiqomah adalah :

  1. Istifar sekurang-kurang 70 kali sehari
  2. Baca zikir pagi selepas Suboh
  3. Baca zikir petang selepas Asar

Tiga amalan inilah antara magnet rezeki paling hebat yang pernah Abang belajar. Kalau tak percaya amalan zikir pagi dan petang setiap hari selama 40 hari berturut-turut dengan sabar pasti kawan-kawan akan merasai hasil yang sangat hebat. Jangan lupa beristifar paling sikit 70 kali setiap hari. Kelebihan amalan zikir pagi dan petang setiap hari memang sangat menakjubkan.

Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu), dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam. Serta bertasbihlah kepadaNya pada malam hari dan sesudah mengerjakan sembahyang. Surah Qaf, 39 – 40

Amalan yang diamalkan oleh Baginda SAW pasti ada barokahnya. Amalan zikir pagi dan petang setiap hari dengan  istiqomah pasti keajaiban akan berlaku dalam hidup kita.

Abang Denaihati
Penulis Blog

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

42 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!