Kiamat semakin dekat

Assalamualaikun dan Salam 1Dunia, sejak dua bulan lepas kata kunci “Dunia Akhir Zaman” menjadi salah satu kata kunci yang memberi banyak trafik organik kepada blog Denaihati. Kalau nak dikira kata kunci “Dunia Akhir Zaman” bukanlah antara kata kunci panas tetapi sejak kebelakangan ini menjadi antara carian ramai pembaca.

Sejak bertahun-tahun ramai yang mengaitkan 2012 dengan akhir zaman sehingga lahirnya filem bertajuk 2012 yang mengambarkan bumi akan dilanda Badai Matahari.

Mengikut kalendar kaum Maya seperti yang telah dijelaslan di blog INI tarikh 21/12/12 adalah tarikh keramat dimana dunia akan kiamat. 21/12/12 yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat seperti banyak tertulis dalam kitab bawah kiamat akan berlaku pada hari Jumaat. Mungkin inilah sebabnya mengapa kata kunci “Dunia Akhir Zaman” menjadi carian ramai pembaca. Ramai ulama dan cendiakawan Islam telah menyangkal ramalan yang dibuat oleh kalendar kaum Maya.

Tak abis lagi kisah kiamat pada 21/12/12 kini heboh pula kisah bumi akan bergelap pada 23, 24 dan 25 Disember 2012 kerana Bumi dan semua planet akan berada satu baris seperti yang telah ditulis di blog INI. Kisah Bumi akan bergelap selama tiga hari telah kedengaran sejak beberapa tahun lepas dan telah dinafikan oleh NASA dan ANGKASA.

bumi bergelap tiga hari - sumber Google

Dunia ini memang sudah di akhir zaman seperti yang disabdakan oleh Rasulullah. Banyak sudah tanda-tanda akhir zaman boleh kita lihat di sekeliling kita. Kita sendiri menuju akhir zaman pada setiap detik yang berlalu. Soalnya apa yang kita lakukan sebagai persediaan menuju akhir zaman.

Seandainya benar 21/12/12 itu kiamat sudahkah kita bersedia? Seandainya 23, 24 dan 25/12/12 itu bumi akan bergelap dimanakah kita ketika itu?

Allah berfirman yang maksudnya : “Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah.’ Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? – boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi.” (Surah al-Ahzab, ayat 63)

Ia bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?” (Jawabnya) “Maka apabila pemandangan menjadi berpendar-pendar. Dan BULAN HILANG CAHAYANYA (kerana cahaya matahari yang terlalu terang ketika itu membuatkan bulan tidak kelihatan- seperti pada waktu tengah hari). Dan matahari serta bulan DIHIMPUNKAN BERSAMA (apabila matahari mula menelannya).”- (Al-Qiaamah: 6-9)

“Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya.” (Surah Luqman, ayat 34)

Kiamat memang semakin dekat kalau tidak kiamat besar pasti kiamat kecil dimana kita akan dipanggil mengadap yang MAHA ESA. Sudahkah kita bersedia?

144 Comments

  1. kemarin saya membaca sebuah artikel yang menyebut bahwa Jika benar bahwa misteri di balik issu “Kiamat 2012” adalah dollar (duit), maka para dalang dan provokator issu tersebut telah berhasil. Itu adalah jurus kotor marketing yang paling jitu di akhir 2009.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Selamat Hari IbuMy Profile

          1. Apalagi jika tema issu itu tentang bagian pokok dari rukun iman, yaitu kiamat. Karena Allah telah menegaskan dalam al-Qur’an, dan Rasulullah juga telah mengajarkan kita semua bahwa tidak ada yang tahu kapan terjadinya kiamat kecuali Allah sendiri.
            Curahan rasa Bang Iwan @ ..Selamat Hari IbuMy Profile

    1. Saya malahan baru tahu ni Bang Iwan kalau memang semua ini ujung-ujungnya duit pula…
      Pakar di balik ini semua memang hebat kalau isu itu memang benar hanya saja ‘hebat’ nya dalam konotasi yang negatif

  2. Kalendar Mayan tidak secara spesifik menyatakan dunia akan kiamat. Cuma putaran kalendar mereka berakhir pada 21hb 2012 semalam. Satu fakta yg tidak disangkal oleh semua pihak cuma tafsiran berbeza. Of course, manusia akan mengambil kesempatan dari apa-apa perkara yg boleh dimanupulasikan seperti kalendar Mayan bagi mengaut keuntungan dsb. Samada kiamat itu lama lagi atau tidak bukan utk manusia fikirkan. Yg baik adalah mencuba membuat seberapa banyak kebaikan buat bekalan dunia dan akhirat. IMO.
    Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..Rewind YouTube Style 2012 – Acknowledging the Choice Of The MassesMy Profile

  3. Qiamat adalah antara perkara ghaib yg wajib dipercayai. Namun mempercayai ramalan2 adalah boleh membawa khurafat dan syirik. Wal’iya Zu Billah… Cumanya tingkatkan amalan sentiasa sebab ajal mmg tak mengira masa. Hanya pendapat shj 🙂 Trm kasih atas perkongsian.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!