Sonny Williams bangga jadi muslim di bumi New Zealand, tidak mahu lagi Islam dikeji

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kisah tragedi di New Zealand masih berpanjangan.

Antara yang terkesan dengan tragedi serangan pengganas di masjid Christchurch, bintang ragbi New Zealand Sonny Bill Williams yang juga merupakan seorang saudara baru turut kelihatan hadir pada upacara perkabungan serta solat jumaat.

Terdahulu, Sonny telah memuat naik video ucapan takziahnya dengan penuh emosi selepas mendapat perkhabaran mengenai serangan yang berlaku di di Christchurch sehingga mengorbankan 50 nyawa.

Bangga sebagai rakyat NZ dan seorang Islam

Ketika ditembual media, Sonny mengatakan dia berasa amat terharu dengan sokongan murni yang diberikan rakyat New Zealand yang mempamerkan banyak nilai-nilai murni seperti ikatan perpaduan, keamanan serta kasih sayang sesama manusia.

Menurutnya, sebagai rakyat New Zealand ternyata satu perasaan bangga menjadi salah seorang Muslim selepas menyaksikan kasih-sayang dan rasa hormat yang diberikan rakyat senegaranya terhadap Islam.

Embedded video

On behalf of the ouma (Muslims), thank you New Zealand. Now it’s time for the conversation to start ❤️ pic.twitter.com/cP9l0Hycbs— Sonny Bill Williams (@SonnyBWilliams) March 22, 2019

Hentikan kebencian pada Islam

Tambahnya, masih segelintir masyarakat yang hanya mengenali Islam melalui pandangan negatif tanpa mengenali apakah yang sebenarnya dituntut dalam agama ini.

Sonny juga sempat melawat beberapa mangsa yang masih lagi cedera dalam serangan tersebut, kelihatang kedatangan memberi semangat buat mereka.

Justeru dia meluahkan rasa bangga kepada kepimpinan New Zealand yang mengangkat martabat Islam lebih tinggi, baginya ini adalah satu harapan untuk mengenal Islam dengan cara yang positif.

Sumber : OMM, NZ Herald


Spread the love

3 Comments

  1. Kita merancang Allah juga merancang, namun perancangan Allah adalah terbaik. 50 nyawa Islam terbunuh, pasti lebih ramai Islam selepas ini. Insya Allah

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!