Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
masih ingat lagi kisah tragedi di Keramat yang mengorbankan 23 nyawa anak-anak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 14 September 2017 yang lalu. Tragedi itu bukan untuk disia-siakan dengan saling menyalahkan, kerana apa yang tercatat telah menjadi takdir besar untuk kita iktibarkan dan bangkit.
Pada hari sabtu yang lalu, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas bersama rakan sinerginya yang bergabung dalam misi mengukuhkan keluarga dengan Al Quran melalui agenda My Family #QuranHour di Keramat yang dipilih sebagai program rintis ini.
Keramat Lab telah dirasmikan oleh Menteri Kewangan II, YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Sebelum itu, Dato’ Hussamuddin Yaacub yang merupakan Pengasas kepada Yayasan Warisan Ummah Ikhlas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd turut memberikan ucapan aluan.
Pengisian selama 12 bulan pembinaan keluarga Al-Quran ini merangkumi:
- Keramat #QuranHour
- Pengajian Al Quran percuma di Rumah Ngaji Wilayah Persekutuan serta menjadi lokasi rehat dan rawat.
- Latihan transformasi diri kepada 1000 orang remaja serta para ibu bapa.
- Program RICH dan Subuh Keliling “9 Pesan Luqman untuk Bina Keluarga” kerjasama dengan masjid.
- Program Tadabbur dan Tazakkur, mengajak berinteraksi dengan Al Quran iaitu baca, faham dan amal.
My Family #QuranHour merupakan sebuah kempen sepanjang tahun yang telah digerakkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas sejak tahun 2015 selepas pelaksanaan Malaysia #QuranHour dan World #QuranHour yang dijalankan lebih 50 negara dengan menjangkau 357 impressions di media sosial.
Titik permulaan daripada rumah
Usaha untuk membangunkan keluarga ini juga merupakan agenda sosial negara dan ianya tidak mudah dan pasti berdepan dengan pelbagai bentuk cabaran. Berapa ramai keluarga yang musnah akibat tidak berpandukan Al Quran dan berapa ramai ketua keluarga yang istiqamah dalam membentuk keluarga bahagia berpandukan Al Quran dan Sunnah?
Keramat Lab ini adalah satu permulaan yang baik, untuk kita saling memahami dan mengharmonikan keupayaan kita masing-masing. Usaha murni kempen My Family #QuranHour #savingfamilies ini sepatutnya disokong oleh semua dengan menjadikan Al Quran sahabat terbaik kita dalam mengemudi keluarga, masyarakat dan negara melalui baca, faham dan amalkan Al Quran itu sendiri.
Sudah sampai masanya kita tidak lagi melihat perbezaan yang ada sama ada perbezaan ekonomi dan taraf hidup, parti, aliran agama dan perbezaan lain sebagai satu penghalang untuk kita bekerjasama terutamanya dalam membangunkan keluarga. Sesungguhnya Al Quran merupakan mukjizat paling besar yang amat kita perlukan bagi melonjak keupayaan dan potensi diri dalam menyelesaikan apa jua permasalahan.
Bilakah kali terakhir kita khatam membaca Al Quran?
Usia kita di kala ini seharusnya menunjukkan dalam kematangan berfikir, bertindak dan mengambil keputusan. Sudah sampai masanya kita semua memerdekakan cara berfikir yang bebas dari hasad dengki, ego, takut kepada persaingan, dan kita sebenarnya mampu memecahkan belenggu jurang yang diciptakan oleh diri kita sendiri.
Adakalanya hidup kita keluh kesah terumbang-ambing. Adakalanya kita merasakan hati tidak menentu. Walau sibuk seharian dengan kerja dari awal pagi hingga lewat malam, namun ada satu kekurangan jika kita tidak luangkan masa beberapa ketika untuk membaca Al Quran.
Semoga pelancaran Keramat Lab ini menjadi titik mula My Family #QuranHour #SavingFamilies ke lokasi-lokasi yang lain di Malaysia.
36 Comments
Nama saja dah keramat
harapnya perlaksanaannya penuh dengan hikmah supaya keluar hebatnya
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Patutlah pantang larang pesakit buah pinggang penting! Rupa rupanya…
Pernah terdengar satu lontaran idea yang di rasakan bernas
nak mendirikan rumah tangga perlu kursus
Nak jadi ibu bapa tak perlu pula kursus?
Mungkin itu sebabnya suka suka buang anak
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Taman Rama Rama & Reptilia di Melaka! Jalan jalan bersama keluarga
Selagi kita berpegang kepada Al quran dan sunnah Nabi Muhammad saw, insyallah pasti ada kejayaan disana.
Mama memang suka program keagamaan
Paling penting tu penghayatan supaya dapat meresap masuk dalam jiwa
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Doa Untuk Kesihatan
dah reda sikit kes rumah tahfiz yg dibakar tu.. semoa si pelaku dpt balasan setimpal
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Lagu Gegar Vaganza 2017 Separuh Akhir
Tragedi Rumah tahfiz di bakar oleh golongan remaja sedikit sebanyak telah memberi kesedaran kepada kita… Tentang perlunya memberi perhatian kepada golongan remaja dengan lebih serius lagi..
Curahan rasa Anuar @ ..Suami ku Seorang Cleaner Homestay ‘On Duty’
program mcm ni sepatutnya di beri lebih perhatian berbanding program hiburan yg tidak bermanfaat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Teknik Dapatkan Jawline Tajam
Betul… Setuju..
Hari ni kita banyak disajikan dengan pelbagai hiburan.. Dari satu hiburan ke satu hiburan… Realiti TV dalam bentuk hiburan yang terlalu banyak boleh membawa kesan buruk kepada masyarakat..
Curahan rasa Anuar @ ..Suami ku Seorang Cleaner Homestay ‘On Duty’
bagus ada program macam ni. akan dapat bantu masyarakat kita lebh dekat dengan al quran
Curahan rasa Raihanah @ ..10 Jenis Polifenol Dalam Vivix Bantu Kesihatan
Bagi pendapat saya program seperti ini boleh dikembangkan lagi dari masa ke semasa melalui program Usrah yang boleh di laksanakan di masjid-masjid…
Curahan rasa Anuar @ ..Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017
Di setiap masjid boleh di bentuk kumpulan kumpulan Usrah yang kecil..
Curahan rasa Anuar @ ..Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017
Selepas berjaya dalam program ini…. 1000 peserta ini mungkin boleh diagih-agihkan ke masjid-masjid untuk mengetuai kumpulan-kumpulan Usrah tersebut..
Curahan rasa Anuar @ ..Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017
Melalui kumpulan-kumpulan Usrah seperti ini telah di laksanakan oleh Rasulullah S.A.W untuk menyelami hati sahabat-sahabat baginda S.A.W….
Curahan rasa Anuar @ ..Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017
Ini sekadar cadangan sahaja… mungkin ada pembaca lain yang dapat memberikan cadangan yang lebih baik daripada ini…
Curahan rasa Anuar @ ..Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017
program mcm ni lah patut masuk tv dan berikan pendedahan yang meluas
Curahan rasa rujukan @ ..Review Peribadi Mengenai Perodua Myvi 2018
Kalau masuk tv mungkin tak ramai penonton, masukkan dalam media sosial sebab tv ada banyak rancangan hiburan di waktu puncak.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
betul, tapi tak ramai yg nak menonton dan jarang ada penaja utk program seumpama ini
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Lagu Gegar Vaganza 2017 Separuh Akhir
Semoga usaha ini berterusan dan istiqamah
Dan mendatang kan hasil yang baik pada masyarakat
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Patutlah cara rawatan kencing manis kurang berjaya! Ini sebabnya
In Shaa Allah… Setiap perkara kebaikan yang kita buat secara Istiqamah dengan izin Allah S.W.T akan memberi impak yang cukup positif…
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Ini bak kata seorang Ustaz di tempat saya bekerja… Kalau sebelum ni kita buat yang biasa-biasa…. Kali ni kita cuba buat yang bukan biasa-biasa..
#Bukanbiasabiasa
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
hanya bila kembali pada Al Qur’an dan Sunnah maka kejayaan islam akan kembali seperti dulu
Curahan rasa Bujang @ ..5 Tips Sempoi Mudah Kurus
Kembali kepada zaman kegemilangan Islam… Bergantung sepenuhnya kepada Al-Quran dan Sunnah… Kemudian yakin dan banyakkan bertawakal…
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Setuju sangat, lihat sahaja zaman keagungan para sahabat radiallah hu anhum.
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Banduan Ni Buat Duit USD80,000 Melalui Kedai Online Shopify
Alhamdulillah… selepas berjaya menganjurkan Malaysia #QuranHour dan World #QuranHour.. kini tampil pula dengan My Family #QuranHour #savingfamilies … Tahniah!! diucapkan kepada pihak penganjur..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
ya..betul
bermula dari rumah…bila dah berjaya dalam famili…war warkan pada jiran..akhirnya satu kelompok masyarakat sekeliling buat benda macam ni..
terbentuklah keluarga yang ikut panduan Quran dan amalkan sunnah dalam setiap benda dalam keluarga..
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Cara dan Teknik Belajar Berenang yang Murah dan Mudah
Betul.. pembentukan keluarga berteraskan kepada ajaran Al-Quran perlu bermula dari rumah..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Sebab tu ada perumpamaan Melayu yang mengatakan rumah ku syurga ku…
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Bila tarikh program ini akan dimulakan?
Bermula pada tahun 2017 atau tahun 2018?
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Anuar punya komen terlalu banyak di sini.
Saya harap tuan baca betul betul info yang disampaikan di atas, usah fokus untuk banyak komen sampai tak baca dan faham artikel yang ditulis.
Curahan rasa Ikhwan @ ..4 Tips Bina Pendapatan Konsisten Di Internet
Dah jumpa dah tarikhnya pada 2 Disember 2017… saya cari pada tulisan tak jumpa.. fokus pada gambar signature tu baru nampak tarikh… itupun kecil.. Terima kasih di atas teguran..
Curahan rasa Anuar @ ..Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017
Satu usaha yang sangat baik dan harus dipuji dengan mewujudkan Keramat Lab..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Semoga hasrat untuk membentuk keluarga berdasarkan mukjizat terbesar (Al-Quran) berjaya di realisasikan..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Comments are closed.