Gelombang World #QuranHour pada 9 Zulhijjah

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

kesinambungan dari Malaysia Ngaji Perdana yang telah berlangsung pada 29 June di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, kini sedang merancang untuk gerakan seterusnya yang lebih besar.

World #QuranHour adalah kesinambungan dari inisiatif sejak tahun 2013 melalui #AktifkanRumahNgaji dan #MalaysiaNgaji yang diadakan pada setiap 24 Ramadhan.

Sehingga kini dibawah Rumah Ngaji lebih 1000 pusat beroperasi menawarkan pengajian percuma, bagi mengajak ummah untuk berinteraksi dengan Al-Quran; membaca, memahami dan mengamalkannya sehingga lahir Quranic Mindset dan akhlak mulia berlandaskan Al-Quran. 

apa itu Quran Hour

World #QuranHour yang julung kali diadakan pada tahun ini, adalah acara kemuncak penyatuan hati seluruh ummah dengan al-Quran di seluruh dunia dengan iltizam melakukan kebaikan berlandaskan ajaran al-Quran.  Setelah berinteraksi dan memahami al-Quran, manifestasinya adalah keikhlasan dalam bentuk tindakan, dan fokus melakukan perbaikan yang mampu kita lakukan sebagai hamba dan khalifah Allah di dunia.

Sempena perjumpaan terbesar umat Islam di hari Arafah, pada 9 Zulhijjah, kita ingin bersatu hati, mengajak diri kita, keluarga, kakitangan dan ummah seluruhnya untuk menghidupkan al-Quran dalam kerja dan tindak tanduk, mengeluarkan nilai dari al-Quran dan potensi diri menjadi realiti.

Quran Hour

Usaha ini telah mendapat sokongan Jakim serta majlis Agama Negeri-Negeri dengan menggabungkan seluruh rakyat dan komuniti, keluarga, guru, guru ngaji, syarikat, Agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Seluruh dunia akan berinteraksi dengan Al-Quran).  Untuk pelaksanaan World #QuranHour Perdana di Malaysia, adalah mengikut butiran berikut:

TEMPAT : Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Kuala Lumpur

TARIKH : 9 Zulhijjah 1437H

WAKTU : 9:00 pagi hingga 10 pagi (Ketibaan mulai 8:15 pagi)

AGENDA : WORLD #QURANHOUR “Sejam Bersama Al-Quran” (BERINTERAKSI DENGAN AL-QURAN)

TEMA : “Love & Gratitude”

TETAMU : Pemimpin Politik, Pemimpin Agama, Pemimpin Organisasi, Para Tokoh, Pemimpin NGO, selebriti dan wakil ummah dari 115 buah negara, komuniti, pencinta al-Quran dan rakyat.

Pelancaran World #QuranHour

Haji Masrukhin eQurban

Lokasi Hot Spot World #QuranHour di seluruh dunia adalah di 4 kategori lokasi utama iaitu: 

Padang Arafah (Jemaah Haji Malaysia dan negara-negara bergabung)

Malaysia – acara Perdana di UIA dengan pelaksanaan lain di 14 negeri membabitkan gabungan Rumah Ngaji Negeri, Agensi Kerajaan, Majlis Agama, syarikat korporat, masjid dan surau (sama ada berseorangan atau berkumpulan).

Lokasi di luar negara melibatkan rakyat Malaysia di luar negara

Kerjasama dengan Negara lain:  Alumni UIA di 31 Chapters di luar negara, Madrasah Tahfiz Sulaimaniyah di lebih 156 negara, Bayyinah dan gabungan Muslim NGO seluruh dunia.

Semoga dengan bergabung dalam naungan  al-Quran,   kita tinggalkan legasi ummah ikhlas yang jiwanya terisi dengan al-Quran, akhlaknya berlandaskan al-Quran dan meniatkan tindakan dalam hidupnya.


Spread the love

26 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!