Keputusan JDT vs Kelantan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sebagai anak Johor bohonglah kalau tidak teruja dengan pasukan bolasepak Johor Darul Takzim FC (JDT) yang membawa nafas baru kepada bolasepak Malaysia. Setiap perlawanan JDT di Stadium Larkin melempah ruah penyokong menyemarakan lagi bolasepak Malaysia yang suam-suam sejuk sebelum ini.

[box type=”shadow”]Keputusan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia

JDT vs Kelantan : 4 – 2

Sime Darby vs Sarawak : 0 – 0

Lions XI vs ATM : 1 – 0[/box]

Final piala FA Malaysia 2013 pertembungan dua pasukan yang paling hangat di Malaysia iaitu JDT vs Kelantan. Kedua-dua pasukan ini hangat bukan sahaja kehebatan pemain-pemain tetapi juga kehebat pemimpinnya Tengku Mahkota Johor dan Datuk Annuar Musa yang berani menentang President FAM Tengku Ahmad Shah.

Aku pun tak faham selama 28 tahun President FAM sekarang memegang jawatan apa agaknya sumbangan kepada kemajuan bolasepak Malaysia. Ranking pasukan bolasepak kebangsaan terpesosok ketangga yang memalukan. Tapi pantang dikritik pasti melenting macam super hero yang telah melahirkan jaguhan bola sepak dunia seperti Messi atau Ronaldo. Apalah nak jadi FAM ni??

Perlawanan sengit antara Kelantan vs JDT

JDT berjaya masuk final piala FA 2013 setelah menewaskan Pahang dalam perlawanan panas sehingga mendapat perhatian dari Menteri Belia dan Sukan baru, Khairy Jamaluddin. Kelantan pula berjaya masuk final setelah menewaskan Trengganu dengan persainagan yang sangat sengit.

Persaingan final JDT vs Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil pasti panas bukan sahaja antara pemain tetapi pasti antara penyokong kedua-dua pasukan. Semuga kedua-dua penyokong datang dengan semangat kesukanan yang tinggi supaya tidak berlaku pekara yang tidak baik seperti semi-final JDT vs Pahang.

JDT vs Kelantan

Keputusan JDT vs Kelantan boleh disaksilan secara live di Astro Arena 801 jam 8.45 pm atau boleh live streaming JDT vs Kelantan di Twitter dengan hashtag #JDTvsKelantan pasti ada beribu update dan pasti akan jadi trending terkini.

Keputusan JDT vs Kelantan : 0 – 1

Menang kalah adat perlawanan yang penting peminat bolasepak Malaysia ingin melihat perlawanan yang berprestasi tinggi dengan gerakan yang menarik ala bolasepak profesional.

Harap rakan-rakan dapat kongsikan keputusan di sini.

Hidup Bolasepak Malaysia!


Spread the love

66 Comments

  1. tak salah pun nak kritik, yang penting kritikan itu membina…Dalam dunia bola sepak Malaysia banyak yang perlu diusahakan lebih agar dapat dikenali di seluruh asia mahupun dunia dengan ranking @ pencapaian yang membanggakan. JDT luaskan kuasamu!,
    Curahan rasa adarain @ ..Powerbank Jenama PinengMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!